Wednesday, May 29, 2013

kewl ke masalah nya?

Banyak kali dah aku dengar, dan aku tahu. Ramai sangat kata aku kewl. Haha kewl lah sangat nak spelling ada 'w' macam tu. Mama kata aku terlampau cool sampai orang pandang-cari-pasal bila baju aku keronyok, pun aku still boleh buat bangang --- maksud di sini lah aku kewl lah tu. Hahahahahahahahaha! Orang ajak gaduh gaduh ke provoke tak tentu pasal ke kena marah ke, aku masih kewl. Kewl sangatttt. Kewl di dalam tapi aku hawt di luar. HA HA HA HA HA HA HA. OMG sayda kau memang mintak dilempang.

Selain agaknya maksud nama aku adalah kewl, aku gatal sangat tak ada kerja tengah hari takmo keluar aku jumpa ini.

Amacam? Kewl, hawt, pewfect dan geniyus.


klik untuk tengok rahsia
sangat pandai
sangat pandai
sangat pandai 
sangat pandai 
sangat pandai ???


Haha. Okay lah sajo nak isi masa kosong. Tata.
 

Monday, May 27, 2013

Titian Kasih

Aku : Dik, siapa mandi kan pagi pagi ni.
Rodiah : Kita mandi sendiri.
Aku : Siapa pakai kan awak bedak.
Rodiah : Kita pakai sendiri.
Aku : Siapa basuh baju awak pulak
Rodiah : Kita basuh sendiri tapi pakai mesin basuh.

Tengok, betapa insensitive nya aku pergi tanya Rodiah ni. Sedangkan Rodiah adalah anak yatim tapi kenapa mesti mulut aku sungguh celupar nak mati pergi tanya siapa buat kan semuaaaaaa? Menyesal pula.

Hari tu RFCOP2 buat lawatan ke rumah anak anak yatim kat sepang. Ni adalah aku punya kali pertama pergi tempat macam ni. Rasa macam, hmm okay teruja dan sebak sekaligus. Sampai sampai je aku dah nampak beberapa budak dalam umur 5 tahun kot tengah lari lari. Macam nak hoi hoi nak pergi mana tu haha comel nya berkeliaran. Siap songkok dan selipar besar. Tak lama lepas tu datang segerombolan pula anak anak perempuan yang comel belako pakai jubah comel dengan riben kat tudung alololo comel nak bersalam dengan kittew. Pandainya bersopan santun. Kitorang dibawa ke surau yang juga tempat dorang berkumpul untuk majlis rasanya untuk agenda seterusnya. Selesai je serahkan sumbangan dan persembahan nasyid oleh anak anak comel itu, kitorang dijemput makan kat bawah khemah. Sementara budak budak tu nampak teratur dengan koleh dan talam masing masing ambik makanan. Pandai bawak diri semua nya. Ni kalau aku masa kecil, dah sah sah mintak mama ambik kan. Dah besar tua berjanggut ni pun kadang kadang mintak mama suap.

Antara benda benda lain selain wang ringgit dan beras yang nak diderma kan, ada beberapa lagi benda menarik untuk disumbangkan hasil lawatan haritu. Contoh nya, berus gigi ke, sabun mandi ke, bantal, selimut, selipar, tuala wanita untuk remaja perempuan yang dah akhil baligh, bedak, dan walaupun sekecil kecil jajan pun mampu menggembirakan budak budak ni nampak nya. Hehe. Gembira mengejar abang abang yang bawak jajan. Lain kali nak bawak aiskrim pula lah!

Jadi, kalau sesiapa berminat nak lawat atau hulur kan sumbangan boleh klik sini ----- /http://www.baitulbarokah.org/




gambar lousy gila

Wednesday, May 22, 2013

Malaysia Breakfast Day 2013

Kali ni punya larian tak ada penyesalan. Seronok dan yang paling seronok adalah masa dapat goodies dia. Macam WOW banyak macam ni ke dapat? Haha. Teruuuuuuuja sangat sampai aku minum milo lori tu terlampau banyak. Dan rasa tak sampai hati nak buang air dan dan tu juga. Terasa sayang sangat. Hahaha. Macam hmm banyakkkk sangatttt.

Tapi tak ada lah lari mana pun. Haha.

Ada lagi satu larian yang menjanjikan deal yang juga menarik. Sila google Kenny Rogers Chicken Run. Sorang rm62. Macam macam hado.