Wednesday, March 30, 2011

Sg Pangsoon, Lubuk Manggis

Dah lama tak mandi manda air terjun. Rindu nak gigil gigil sampai bibir melepuh biru. Lepas tu kaki kejang biawak. Lepas tu buang air kecil dalam arus deras, bukan aku bukan aku. Lepas tu buat buat lemas sampai ada putera kacak selamatkan.

Sabtu lepas aku dan kawan kawan ofis, saja buat kecoh. Jangan nak angkat kening terkejut sangat, bukan air terjun, tapi sungai sahaja. Haha. Air setakat paras lutut. Nescaya aku melutut dan meniarap buat buat berenang. Baru nak tunjuk aksi. Haha. Kurang asam kau air yang berkumpul di seluar ku, menarik bagaikan graviti.

Oh sebenarnya, ni bukan aktiviti mandi setempat. Kitorang yang berani macam uncle seekers je layak mandi kat hilir sana. Arus deras. Dalam. Banyak batu besar. Aku yang mula mula takut takut kucing ni pun mula menunjukkan skil. Ah, kan aku pernah cerita dulu aku pernah join gimrama, ice skating semua. Setakat nak somersault mungkin tak ada hal. Lagi pun, berkat pengalaman mandi air terjun templer park dan main roller coaster terdahsyat di dunia, konfem tak ada hal. Tapi somersault aku jadi terjunam. Siyee. Ingat melantun balik lepas terjun, rupanya terus tenggelam. Habis ilmu fizik aku semua tak boleh pakai ah. Kenyang air seminggu.

Mula mandi pukul 2, tak hingat nak balik walaupun pukul 6 dah. Aku nak main futsal lagi. Main main jugak, stamina kena jaga. Dah lah makan banyak. Yeay first time makan petai dalam hidup. Makan durian pulak lepas tu. Naisss.

mula mula salin pakaiyan dahulu


bahaya nak close up, ada boroi di situ


hai awek semua, yang pakai seluar hawaii tu jambu seh, yang baju biru 3orang tu apa kurang nya


eh eh 2 gadis blonde ada bersama jejaka malaya


"Aku Boik Boik" kata 4 gadis ini


tukang masak nasi goreng udang petai sensasi, kau tengok anak dia, juih juih comel


aiseh, macam niaga kat bazar ramadan


keluarga bahagia


gambar ramai ramai, ada kambing kat kanan sekali tapi aku crop


Benak nya otak aku dengar lagu salem memanjang. Ni salem nyanyi dikir barat pulak. Tak apa lah, sekurang kurang nya aku kurang dengar usikan usikan anasir nakal. Semoga aktiviti macam ni dapat eratkan lagi hubungan sesiapa sahaja sama ada dalam gambar mahupun yang tak ada dalam gambar.


p.s: SGF, dah 2 minggu tak tidur sama kan, tapi aku tak lupa korang (:

Monday, March 28, 2011

fog lamp


Ok sekarang kau faham tak kenapa aku terpaksa buat buat garang bila makwe usha usha kereta aku. Buat buat jual mahal bila brader brader tu senyum ngurat bila tengok kereta aku. Dan aku terpaksa buat buat hey ni bukan kereta aku bila abang kat tol senyum manis pandang aku selepas memandang kereta aku.

Ni siapa yang beduk aku punya fog lamp ni. Aku ingat boleh lah tahan amarah tapi dah 2 minggu lebih tak ada siapa berani tampil mengaku. Dah merata dah aku sebar flyers ke bunting semua pencuri fog lamp dikehendaki. Satu kl brahhh. Seluruh kl.

Naik bingung aku fikir macam mana nak hadapi masa depan kelak bila memakai lampu kabus alza punya. Haha. Dah bayangkan. Memang macam sahkai. Dah sah sah lah terjojol jojol bracket lampu tu nanti. Haha. Sabar ok kakak akan pastikan awak kacak balik.

Tambahan pula tadi tiba tiba ada memo derma kilat di ofis. Aku baru je berniat nak seluk dompet sebab aku agak ni mesti untuk anak sorang kawan aku baru meninggal. Kasihan bayi tersebut. Baru 3 hari tengok dunia. Sejuk je tadi pipi dia. Kita yang dah tua bangka pun bila bila je boleh dicabut nyawa. Tak sempat berbakti kat semua orang, sekurang kurang nya buat baik kat diri sendiri dah kira bagus. Al-Fatihah.

Rupanya derma itu adalah untuk belikan aku fog lamp. Sekarang, ramai ramai koir, bagitau aku mana nak sorok muka. Haha. Ah tak peduli. Rasanya esok aku migrain. Tak nak datang ofis.

Teruja tak tengok gambar di bawah. Gila ah sexy blond tengah mandi air terjun. Tunggu esok aku cerita.


Bai.


p.s: i just missed everything


Saturday, March 26, 2011

engkau

What is it with you and your bitchy attitude when I am emotionally depressed?
You want it? HERE, TAKE IT.

Sumpah semak gila. Kenapa hulur hulur nasib laki bini kat aku nak mintak aku tau dan pelawa aku maki. Cukup lah aku dah benci dan taknak ambik tau, jangan sampai aku ambik tau dan berniat merampas. Ha cuak lah tu.

Terima je lah kenyataan, aku tak perlukan laki kau sejak setahun lebih yang lalu. Ada ke muka aku ni pura pura happy. Haha. Kaki tengok drama samson & delailah lah tu. Mudah terpengaruh.

Hutang duit aku tak kisah kak. Hutang kamera ke hutang printer pun aku tak hambik pusing. Tapi jangan sampai aku ungkit hutang aniaya. Pergi lah belajar memasak. Buat lah ikan masak kicap diam diam sana. Jemur baju jangan lupa kasik terbalik kang kaler cepat pudar. Petang petang sambil siang taugeh baik layan kuliah petang kalau rasa sembang dengan jiran sebelah rumah tu buat dosa. Tak pun senyap senyap delete folder dalam laptop laki kau. Oh tak pun siap kan peralatan untuk bedah katak esok ada makmal. Asalkan jangan skrol sana sini korek drama orang.

Dah lah. Aku menaip pun masa tengah banyak syaitan pagi tadi subuh gajah.

Ha, ni aku nak pergi mandi air terjun sambil meneguk sirap bandung selasih cincau soda gembira. Apa lagi, sms lah aku sekarang tanya perkembangan terbaru.

Friday, March 25, 2011

chow kit road

Sedar sedar dah sampai kampung baru. Alang alang, kak nor nak singgah pasar chow kit cari petai. Oh oh adakah aku dah macam makcik. Risau nya. Umur baru 25, kenapa dah terjebak dengan aktiviti mak mak ni.

Lagi seronok lepas pergi pasar, singgah pulok makan durian. Kiri kanan menyuap. Suasana kena sunyi supaya tak terlepas sikit pun setiap lapis isi durian. Lemak merdu. Ish, teringat pulak kampung halaman aku. Kat belakang rumah bersusun pokok durian. Itu lah, berjasa pada tanah tak ada ruginya. Bapak aku berbangga ada dusun durian bergred mosang king.

Syok syok menyua durian, ohmakkau durian terpelanting ke seluar lah pulok. Kagum sangat tengok jejaka muka macam zed zaidi baru balik dari sembahyang jumaat. Dia datang lalu lap mulut aku dengan sapu tangan beliau. Dia senyum oh tertinggal kan dia punya sapu tangan di ribaku. Tersengih aku sorang diri. Kat sapu tangan tu ada nombor telefon dia. Malu. Sebenarnya lagi malu, sebab dia seinci pun tak tengok gua.


kau tengok kau tengok, kuat nya aku berlakon.

kak ika serakah.


hey, look at the girl with the broken smile



p.s: im afraid to cry and only God knows how many time i shed tears.

Wednesday, March 23, 2011

Dungun (suhaida zakaria dan zakaria)

Bukan malas ke lupa ke apa, tapi aku tunggu mood yang sesuai untuk update berita sorang lagi supergirlfriend aku yang dah bukan cik. Malahan makcik. Ke mak ncik. Haha.

Kalau selama ni berbuih mulut kau menghafal lagu salem iklim lah, buat buku check list persediaan nak pergi terengganu lah, menggagau gagau cari maksud baca entri kucing dalam bahasa terengganu lah, siap berderet pre-dungun hah ambik kau. Tahun ni save bajet sikit bercuti dalam negara sudehh. Lagipun, aku belum khatam lagi satu malaysia. Lame kan.

Nah, malas cakap banyak. Tengok gambar. Z jelita, pokya terpikat. Tak kisah apa apa berlaku dalam kereta mahupun stesen minyak, cinta pokya hanya untuk z yang manis.

tak ni bukan z. ni kawan kawan z.


ni pun kawan kawan z yang sejati.


ni baru z. manis.


z manis, ok kali ni kau memang santek.


abang, nampak tak yusmira mama.

z jelita. pokya kacak. tema jimat.

bergaduh gaduh setiap minggu siap kan hantaran z. tema, jangan sebut 'beli'


bilik pengantin dah jadik reban ayam. sgf, korang buas melampau. tolong jangan kepit aku lagi.


pengantin lelaki dengan the superboyfriends.


Kalau kat kl pun tak puas sosial, kat mana mana pun boleh jadik. Tak cukup dengan pool, bowling semua, racing car sampai menjerit jerit pun bantai. Sikit lagi nak masuk karaoke. Nasib baik akal masih waras.


Hai z. Aku sebenarnya sebak dengar pokya terima akad. Cuma aku tak sempat nak bergenang. Ingat z. Kau bukan remaja macam kitorang dah. Kau dah ada tanggungjawab. Dan kau tak boleh lari dari tanggungjawab. Kalau kau tak mampu, aku eh tak kitorang boleh tolong jadi bini eh tak jadi kaunselor kau. Hehe. Jangan risau. Semua tetap sama macam biasa. Kau masih ada kitorang. Cuma kau tambah lagi satu. Suami. Hehe. Dah dah. Jangan BDK dah.

Gambar menunjukkan menipu gila sebak. Haha.

Tiada dalam percutian, nani, besah, mai, azeela, pedon. Ala, aku bawak korang dalam hati tau. Nak tempek gambar korang gua tak sempat. Unifi kat rumah dah kena sambar petir.



p.s: jom plan percutian seterusnya. tak sabar nak pre-wherever.

Tuesday, March 22, 2011

supergirlfriends.

Surat untuk kekasih.

Kehadapan supergirlfriends, aku terpanggil untuk menulis nota cinta ni untuk korang. Ni betul betul bau bau cinta untuk korang. Seperti aku berhutang nyawa kalau aku tak bagitau.

Terima kasih sgf. Di masa masa aku sedang betul betul berada di bawah, sampai aku rasa aku nak bersembunyi je, korang tetap berjaya cari aku. Bukan nya hiburkan aku dengan kata aku the best ke worth it ke baik ke jelita ke apa. Tapi korang tak putus putus berada di samping aku. Macam ada giliran. Ke memang dah buat shift supaya aku tak rasa keseorangan. Dari aku mula, sampai lah akhir, tak ada satu kali pun korang bantah dengan apa aku buat. Dan aku percaya, betul betul percaya, ni lah namanya kawan.

Ecah, terima kasih sebab kau cuba sedaya upaya cari aku masa aku susah. Berkat doa kau aku masih bertahan. Shuze, terima kasih sebab datang kat aku walaupun aku tau tak datang pun tak apa. Tidur sebelah kau aku rasa selamat sangat. Nani, terima kasih walaupun kau sibuk dengan kelas, kau sanggup datang kat aku dan tumpangkan riba kau untuk aku tidur dan main main lima posen dengan aku. Affa, terima kasih sebab selalu sangat dengar rintihan aku. Belai rambut aku sampai aku tertidur. Sumpah satu malam tu sahaja aku tak ada mimpi duka. Natali, terima kasih sebab tanya khabar dan selalu cuba untuk berada di samping aku. Syaf, terima kasih sebab hari hari periksa aku sama ada aku ketawa ke tak. Kata kata semangat kau buat rasa kuat. Absya, walaupun kau kat johor, aku berterima kasih sangat sebab selalu telefon dan melayan perasaan aku walaupun kau pun penat rasanya. Yelah, lenguh kan tangan kepit telefon. Z terima kasih. Aku tak tau nak cakap macam mana entah sebab setiap kali aku bergenang, mata kau turut bergenang genang. Nadia, terima kasih sebab aku tau dari jauh kau selalu tanya kabar aku. Kau induce aku cakap pasal benda lain selain kesedihan kan. Wanita, terima kasih sebab sanggup menipu kata nak tinggalkan awan semata mata nak teman aku. Malam malam bagi aku kek. Sumpah malam tadi aku menangis. Hamster, terima kasih sebab selalu cari masa untuk teman aku dan tak berhenti henti ulang cakap kau sayang aku. Natrah, terima kasih dengan doa kau. Sampai sekarang aku terbayang bayang ayat yang kau cakap semacam meresap. Mai, terima kasih walaupun kau tak sempat lagi jumpa aku tapi kasih sayang kau aku tetap rasa masa masa susah ni. Azeela, walaupun kau jauh, aku terharu dengan ayat ayat kau. Kalau lah kau tau, aku rasa keseorangan dan tertekan sehingga lah kau private message aku dan ulang ulang kata kau yang kau dan kawan kawan akan berada dengan aku. Sampai bila bila. Terima kasih semua.

Aku tau aku tak menangis sendiri. Kau semua pun menangis bersama aku. Bukan menangisi nasib aku. Bukan marah dengan apa yang berlaku. Tapi aku tau korang nangis sebab sayang yang mendalam untuk aku.

SGF, aku sayang korang. Kalau korang ditakdirkan hidup 100 000 hari, aku nak hidup 99 999 hari. Sebab aku tak sanggup nak hidup walau sehari pun tanpa korang.

Yang benar,
korang punya supergirlfriend. sayda.

Friday, March 18, 2011

tawakal

Hai semua. Apa khabar. Kat sini hujan. Lebat woh. Kalau tadah setempat 2- 3 jam dah boleh buat basuh kereta aku. Ye ye. Lupa nak update apa cerita terbaru pasal si kereta aku tu. Manjhaa sangat. Ikut pergi dungun. Baru kena batu sikit dah luka parah. Seluka hati tuannya.

Sebelum cermin ni serkup muka aku, baik aku tukar. Memang sakai keadaan aku sekarang. Tak cukup cermin berderai, lampu kabus juga turut kena culik. Sampai hati curi hati aku bersama lampu fog aku. Nak pasang kat rumah sendiri pun agak agak lah. Aku dah lah sosial gila balik malam malam mana nak suluh jalan.

Baru nak mandikan bunga kereta aku ni. Hujan dah turun. Terima kasih hujan. Kau turun bagaikan air mata. Selesai dah dua masalah.

Bukan senang nak hadapi masalah selambak macam ni serentak. Saat saat kehidupan ni dah macam pangkah aku gila gila, perasaan kena buang tu membuak buak okay sumpah aku tension sampai loya. Mak aku selalu bisik sayup ke telinga aku yang anak dia kuat. Rasa dekat sangat bau mak aku sekarang. Rasa macam nak masuk balik perut mak aku dan selama lamanya sembunyi. SGF pun selalu ada. Terima kasih rakan. Terima kasih atas segala kata kata semangat dan doa (genang dah mata aku siyee). Kadang kadang je aku rasa aku tak berguna. Selebihnya, aku masih berjuang dan aku tak lari. Pakcik teksi pun tawakal.

Dan, percaya lah (aku pun ingat kan diri sendiri) kemurungan seperti ni Allah SWT anugerahkan pada orang yang layak terima ujian Nya. Semoga aku dan kau semua tak putus asa.


sekarang percaya tak, aku gadis sosial?


p.s: tergugat betul ada persaingan antara penidur berdengkur. cuak cuak.

Wednesday, March 16, 2011

Sekarang ni kuku kau cantik tak

Bengang lahabau betul lah aku rasa sekarang ni. Ada ke patut kau hilang selera terhadap perempuan selepas tengok berulang kali header aku muka aku berbadan superman. Biadab betul. Padahal tangan sendiri tak kreatif asyik asyik lukis awan sungai sawah padi matahari, kalau lukis kartun hancur. Apa lagi ada hati nak lukis potret sendiri dan nak jadikan header bila ada blog nanti. Haha. Sudah lah kau naga.

Penat betul 2-3 menjak ni bangun awal tidur lambat mengerjakan kudrat sendiri lari sana sini. Kuku aku pun tak sempat potong. Sumpah ni kalau mak aku tengok memang dia hambat aku dengan penyodok. Bajet ayu pakai tudung lilit lilit tapi kuku macam ada cekam. Hey itu aku itu aku.

Hokay, sekarang aku teringat masa kecil dulu aku selalu berangan nak bela kuku panjang macam kakak kakak kat kelas sebelah aku. Masa tu aku darjah 1, kelas sebelah aku darjah 3. Nama dia kak regina.

Kuku dia panjang. Kuku gelas. Memang gelas tinggi punya type. Dan aku terpegun gila. Dah lah hot, pakai pinafore singkat nak mampus. Aku punya labuh sampai betis sebab ada parut ekzos. Cis. Sikit sikit aku tengok dia gosok kuku dia kat kayu asah. Kadang kadang aku tengok dia asah kuku dia kat koridor jalan. Gosok kuku atas koridor jalan tau. Kau faham tak. Geser geser kuku kat atas koridor jalan sampai ngilu ngilu tu. Haha. Annoying siyee ulang ulang nak orang faham. Ha macam tu lah aku tiru. Nak jadi hottest chick in town. Umur baru 7 tahun dah gatai nak jadi maria farida.

Maka, aku pun terikut ikut sebab aku putih. Alang alang aku sama putih macam dia, cis gila gebu aku kalau kuku aku sama cantik macam dia punya.

Malangnya, sebab kuku panjang tu lah aku cacat sampai sekarang. Bukan kuku tangan sahaja aku bela, tapi kuku kaki turut terlibat. Sebab aku nak lebih sikit dari kak regina tu, maka aku bela panjang panjang kuku kaki jugak. Sumpah cantik. Tapi kuku kaki ku tersepit kat pintu masa cubaan tak nak bagi mak aku masuk rumah. Rumah dah barai aku kecah kan main jambatan sudah roboh sudah roboh sudah roboh.

aku gugel gambar kuku panjang, kenapa keluar yang bukan bukan

Dahlah, aku letih nak taip. Sebenarnya banyak lagi cerita tersiratnya. Esok lusa gua cerita. Chowdamow.

p.s: bangun pagi je kena menangis, apesal.

Wednesday, March 9, 2011

Persiapan bercuti ke Dungun


Berdebar debar kan nak pergi dungun. Entah apa lah agaknya musim kat sana sekarang. Takut tak biasa, kang balik kolumpo demam. Hawau je.

Selalunya, nak berjalan jauh ni, aku mesti persiapkan diri dengan rapi. Supaya kat sana tak ada lah termangu mangu tak tau nak buat apa dan nampak macam kera sumbang mahram. Tak ada lah kekok nak ikut budaya dan adat sana. Macam macam aktiviti dah dibuat sebagai persiapan diri dari segi ukhuwah bersama SGF. Mana tau nanti segan segan masa ice-braking lagi.

Nah lah, beberapa tips ke dungun. Pergi kenduri suhaida spears sambil bercuti di pantai apa aku tak pasti. Asal kan berseronok.

1. Sebelum pergi, sekurang kurang standby 200 dalam wallet. Kalau tak cukup, sepelet 50 dalam wallet pakwe.

2. Kereta mesti dalam keadaan mantap. Tak payah kereta kena seksi dan bersuara husky husky. Asalkan boleh jalan dan selamat dibawak jalan. Kesian, masa ke bandung dulu awak tak boleh ikut. Tiket awak mahal sebab aku gemuk debbok. Sekarang, awak boleh. Nanti kita cari kopok lekor ye.

3. Pernafasan kena konsisten. Kan nak jalan jauh. Kalau bernafas pendek pendek, memang sah nanti muntah. Nasib baik malam malam 2-3 bulan ni aku banyak berlari setempat.

4. Hafal segala mala ayat hafazan. Ayat kursi. 3 qul. Kita nak bergerak malam kawan kawan. Aku tak nak ada elemen seram. Angker. Mistik. Tak larat nak tulis post mortem nanti.

5. Bawak baju cukup. Baju kenduri. Baju tidur. Baju mandi laut. Alamak, aku terlupa nak ajar kawan kawan berenang. Cis, kena standby je lah ni. Mana. Mana dia costume pamela anderson aku. Kena bawak ni.

6. Peta terengganu. Gugel siap siap. Senang nanti tak ada lah terbabas ke oversea. Haha. Nasib baik aku dah hafal lagu salem iklim tu. Senang lah nanti nak tawar menawar kat terengganu. Yahuuu.

Apesal. Teringin ke nak pergi terengganu tapi tak cekap dan takut jadi rusa masuk kampung nanti. Ha, cepat. Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang rimau, mengaum. Hafal lagu ni sekarang.


p.s: kamon SGF, kita hafal bahasa terengganu sekarang.


Tuesday, March 8, 2011

rojak mak bee



Hek eleh, kalau budak budak belasan tahun dah reti nak gantung kamera overpriced kat leher aku faham lah sebab kejutan budaya rakan sebaya yang kaya, tapi kalau dah belia macam aku baru terkorek korek kat mudah.com mana nak jual kamera secondhand, baik jangan. Kalau kau azali nya ada degree dan bakat yang tak terhingga dan minat yang tak terkata dan ambik gambar sumpah angle semua ajaib dan pandai pulak pakai adobe micheal scoffield, tak apa. Tapi kalau sebab kawan kau ada blog ambik gambar pengantin auw nampak cantik lalu terfikir nak bertanding, tak munasabah abang. Baik jangan. Seperti yang aku pernah kata sebelum ni, kita bukan di brunei.

Haha. Jangan lah marah. Aku sebenarnya ada jumpa satu kamera yang murah. Tak sampai empat posen pun. Tak semahal kuah rojak kacang makbee. Yang akhir akhir ni mendapat sambutan hangat di ofis aku. Dah macam pesta cecah cecah buah kat rojak makbee. Sekali hadap je, 7 biji mangga saiz 2 tapak tangan habis tak sampai 10 minit. 5-6 orang je makan tu. Kemain laju je semua beduk. Dah habis buah, ambik jemput pisang sambung colek. Asalkan, rasa makbee punya.

Oh, dah tersasar. Sambil rehat petang lepas hampir 6-7 jam bekerja jeras memajukan kampeni, rojak makbee dihidang, sambil tangan aku cekap merakam momen momen indah di ofis. Kamera yang murah tapi hasil kerja setaraf dengan Nikon D90. Sekarang siapa ada beli kamera riban riban dulu, sila menyesal. Haha.

ni lah dia. uncle nikon mesti jeles mapuh.


boleh adjust shutter dan aperture kat atas tu. senang je kasik kautim.

sharp kan imej yang terhasil. abang shahmie. nampak muda dalam gambar (:


Kalau kau tak reti origami nya macam mana, dah sah kau bukan lahir tahun 80-an.

p.s: mok mok, air mato nak tubik doh ni.

Monday, March 7, 2011

amboi, mengadap


Hai, sunyi sepi rumah ni sesunyi hening di subuh sunyi. Bila bosan bosan macam ni, memang mata aku melilau. Cari aktiviti nak dibuat. Rasa macam nak pecah je tabung adik sedara aku ni lepas tu kira berapa ada sampai tertidur. Bagus budak budak sekarang, nak nak perempuan, pandai dah menabung. Boleh lah lepas takat nak buat beli cekak rambut bunga ke riben aku pun tak tau.

Kau tengok. Ni anak orang kaya ni. Hidup pun pandai menyimpan. Yang hidup susah ni, dah tua bangka pun tak reti nak menyimpan. Asyik membeli sesuatu di luar jangkauan. Aku cakap pasal aku lah ni. Membeli yang bukan bukan. Stokin baru. Cermin mata padahal tak rabun. Pendakap gigi kaler kaler. Bila telefon nak kena bar, menggagau raba cari buku tabung haji nak keluarkan duit. Susah nak jadi hajah. Sempat menabung 50 ringgit je sebulan. Lagi 300 keluarkan buat melantak kari kepala ikan depan giant lama. Lagipun, ada orang suka rela tinggalkan dompet sebab nak kurang kan penggunaan minyak kereta aku. Yelah, tu kan beban.

Agak agak dah nak sesak tu, makin kuat lah sorok duit kau. Sorok tau bukan kedekut. Buat kering air liur je kalau kemut. Cepat, convert duit kau jadi emas sekarang. Nak nak dah ada trend terbaru, menyimpan perak pula. Mana tau esok lusa bapak kau nak tukar pagar rumah nak pasang alat penggrea semua maklumlah dah ramai mat pit pecah rumah rembat tv kusen pinggan mangkuk arcopal, boleh lah kau jual balik emas kau bagi bapak kau duit. Sejuk perut mak kau.

Ingat tau. Simpan duit. Jangan beli bukan bukan. Kita bukan duduk di brunei.



beruk nak minum air pun sikit sikit. nanti kang haus mana nak tadah air. (gambar hiasan yang tak ingat mana sumbernya)


p.s: rindu lah nak peluk mak aku. dah lah bau bedak avon mak wangi.

Friday, March 4, 2011

jangang pijok sepok sepok kucing

Maghoh nya aku tengok ramai orang suko sokmo buli kucing. Mung dok tahu ke kucing ni sejenis natang comel lote. Memang dasar taik ayang muna suko punoh jahnang natang dok dosa ni. Tapo kang baru tau.

Aku sepak mung kelecak baghak nanti. Padang muko mung. Dok kesiang ke tengok kucing tu kecok lepah mung sepak sepak. Sampai hati mung. Tadok aghoh natang tu jalang. Kesiang. Aku nangih dok berhenti.

Kucing tu punyo sifat penyayang, anok dio nak kena ketik nyamuk pung ngoyang. Tapi mung bahang natang tu sampai patah riok. Dasar mung ni tubek gembong. Khelloq.

Kat luar tu panah. Panah sang orang kata. Kalau lama berjemur, kang itang lettung. Tu baru panah skek. Kucing tu kena pijok dengan mung, sampai kecok. Soheh dok mung nih. Jangang ingak mung tu bapok gong, mung kuak, mung gemok debbok, besar jeregok, mung boleh buak apa je.

Kan manih leting, mung pakai skirq (skirt), kasut tinggi kalu mung perikemanusiaang. Ok lah, bai. Cau cing cau.

sampai hati ke kau nak sepak kucing secomel macam ni bila tidur. sampai hati kau.



p.s: tengok video ngeri ke seram ke tak apa. asal bukan video kucing kena pukul pijak sepak terajang semua.

Thursday, March 3, 2011

melukis adalah darah daging

Tadi buat drawing. Malas nak buat pakai autocad, risau nanti mapuh kerah kalau lukisan tak boleh bukak sebab komputer telah dijangkiti virus cinta, maka aku pakai tangan. Persyaitankan lah tangan aku berpeluh ke apa, tak cantik macam abang manggis lukis pun tak apa, asalkan nampak 3d. En fazley pun main angkat kening je. Ah kira setuju lah tu.

Angin jugak satu badan bila ofis aku senyap. Geram tau tak. Geram. Pesal pakwe pakwe di ofis aku ni macam kena kejar along. Muka pucat lesi, suara tak keluar bila bercakap. Tak bayar astro ke apa. Kalau sunyi macam ni, aku cenderung untuk buat dosa. Dosa kering. Kak ika, kau rasa siapa dalang yang menyebabkan si belang tu mati terdampar belakang terumbu karang tu. Kak ika lalu membuat tuduhan, aku rasa ikan kuning tu yang jahat. Dari tadi asyik mematuk yang lagi sekor. Aku angguk puas hati, memang dasar suka menindas. Satu akuarium pun tak muafakat. Apa lagi nak mentadbir negara besar.

Selain itu, aku lagi gemar menyendiri di ceruk mesin fotostet, perhati siapa yang salah salah fotostet dan tanpa rasa dosa membazir renyuk kertas salah fotostet. Oh, ngadu kang kat pakcik aku. Sambil rancak tangan melukis pelan pelan lain. Berlagak nya.

tengah dengar ceramah lah kau nak jadi kartunis. ah kartun lah sangat.


p.s: apa kata kita ramai ramai pergi marhaban tahun ni.

Wednesday, March 2, 2011

dendam kesumat di kalbu



Tak tau kenapa malas bebenau nak menulis sekarang ni. Cis, padahal menaip. Bukan malas. Tapi aku segan nak publish. Ye lah kan. Tulisan macam harem. Kang terkutuk, beratur nak melempang aku mulut yang macam puaka tebing biru.

Meh lah aku hapdate sikit kehidupan aku sekarang yang seperti dunia hiburan tanah air ni. Sangat suam suam kuku. Aku macam dah habis harapan nak hidup. Kenapa lah agaknya aku mengalami pengalaman yang menyakitkan jiwa sampai macam ni. Sumpah. Makan nasi pun, nasi meluat nak duduk lama lama dalam perut. Asyik nak muntah. Kalah mak ngah mengandung.

Di kala hati sedang berduka, aku saja buat buat bizibodi di opis. Bangun duduk bangun duduk. Selak kertas laju laju sampai ada bunyi wah banyak kerja kau kak nam. Angkat telefon, bajet macam awek receptionist comel padahal kau sedar tak dulu kau belajar apa. Sekarang sila lupakan spanar jaya dan steteskop yang kau selalu pegang di universiti dulu. (konfius tak aku belajar apa hahaha).

Dah lah. Malas nak emo. Kang otot lengan aku tumbuh seperti nak tumbuk dinding. Istighfar banyak banyak. Jangan ikutkan hati sangat. Biar je lah. Malas nak ambik hati siapa siapa yang lupa. Lupa err. Err. Err. Birthday aku. Dah dekat sebulan. Masih ramai yang belum wish malah kasik hadiah 25 tahun. Shityu. Haha.


ekau kalau bolum kasik hadiah, jangan nak sonyum sonyum. sompek kang gigi ekau.


p.s: tak sabarnya nak vacation bersama SGF tersayangggggg