Sedar sedar dah sampai kampung baru. Alang alang, kak nor nak singgah pasar chow kit cari petai. Oh oh adakah aku dah macam makcik. Risau nya. Umur baru 25, kenapa dah terjebak dengan aktiviti mak mak ni.
Lagi seronok lepas pergi pasar, singgah pulok makan durian. Kiri kanan menyuap. Suasana kena sunyi supaya tak terlepas sikit pun setiap lapis isi durian. Lemak merdu. Ish, teringat pulak kampung halaman aku. Kat belakang rumah bersusun pokok durian. Itu lah, berjasa pada tanah tak ada ruginya. Bapak aku berbangga ada dusun durian bergred mosang king.
Syok syok menyua durian, ohmakkau durian terpelanting ke seluar lah pulok. Kagum sangat tengok jejaka muka macam zed zaidi baru balik dari sembahyang jumaat. Dia datang lalu lap mulut aku dengan sapu tangan beliau. Dia senyum oh tertinggal kan dia punya sapu tangan di ribaku. Tersengih aku sorang diri. Kat sapu tangan tu ada nombor telefon dia. Malu. Sebenarnya lagi malu, sebab dia seinci pun tak tengok gua.
p.s: im afraid to cry and only God knows how many time i shed tears.
No comments:
Post a Comment