Wednesday, March 2, 2011

dendam kesumat di kalbu



Tak tau kenapa malas bebenau nak menulis sekarang ni. Cis, padahal menaip. Bukan malas. Tapi aku segan nak publish. Ye lah kan. Tulisan macam harem. Kang terkutuk, beratur nak melempang aku mulut yang macam puaka tebing biru.

Meh lah aku hapdate sikit kehidupan aku sekarang yang seperti dunia hiburan tanah air ni. Sangat suam suam kuku. Aku macam dah habis harapan nak hidup. Kenapa lah agaknya aku mengalami pengalaman yang menyakitkan jiwa sampai macam ni. Sumpah. Makan nasi pun, nasi meluat nak duduk lama lama dalam perut. Asyik nak muntah. Kalah mak ngah mengandung.

Di kala hati sedang berduka, aku saja buat buat bizibodi di opis. Bangun duduk bangun duduk. Selak kertas laju laju sampai ada bunyi wah banyak kerja kau kak nam. Angkat telefon, bajet macam awek receptionist comel padahal kau sedar tak dulu kau belajar apa. Sekarang sila lupakan spanar jaya dan steteskop yang kau selalu pegang di universiti dulu. (konfius tak aku belajar apa hahaha).

Dah lah. Malas nak emo. Kang otot lengan aku tumbuh seperti nak tumbuk dinding. Istighfar banyak banyak. Jangan ikutkan hati sangat. Biar je lah. Malas nak ambik hati siapa siapa yang lupa. Lupa err. Err. Err. Birthday aku. Dah dekat sebulan. Masih ramai yang belum wish malah kasik hadiah 25 tahun. Shityu. Haha.


ekau kalau bolum kasik hadiah, jangan nak sonyum sonyum. sompek kang gigi ekau.


p.s: tak sabarnya nak vacation bersama SGF tersayangggggg


No comments: