Sabtu lepas aku dan kawan kawan ofis, saja buat kecoh. Jangan nak angkat kening terkejut sangat, bukan air terjun, tapi sungai sahaja. Haha. Air setakat paras lutut. Nescaya aku melutut dan meniarap buat buat berenang. Baru nak tunjuk aksi. Haha. Kurang asam kau air yang berkumpul di seluar ku, menarik bagaikan graviti.
Oh sebenarnya, ni bukan aktiviti mandi setempat. Kitorang yang berani macam uncle seekers je layak mandi kat hilir sana. Arus deras. Dalam. Banyak batu besar. Aku yang mula mula takut takut kucing ni pun mula menunjukkan skil. Ah, kan aku pernah cerita dulu aku pernah join gimrama, ice skating semua. Setakat nak somersault mungkin tak ada hal. Lagi pun, berkat pengalaman mandi air terjun templer park dan main roller coaster terdahsyat di dunia, konfem tak ada hal. Tapi somersault aku jadi terjunam. Siyee. Ingat melantun balik lepas terjun, rupanya terus tenggelam. Habis ilmu fizik aku semua tak boleh pakai ah. Kenyang air seminggu.
Mula mandi pukul 2, tak hingat nak balik walaupun pukul 6 dah. Aku nak main futsal lagi. Main main jugak, stamina kena jaga. Dah lah makan banyak. Yeay first time makan petai dalam hidup. Makan durian pulak lepas tu. Naisss.
gambar ramai ramai, ada kambing kat kanan sekali tapi aku crop
Benak nya otak aku dengar lagu salem memanjang. Ni salem nyanyi dikir barat pulak. Tak apa lah, sekurang kurang nya aku kurang dengar usikan usikan anasir nakal. Semoga aktiviti macam ni dapat eratkan lagi hubungan sesiapa sahaja sama ada dalam gambar mahupun yang tak ada dalam gambar.
p.s: SGF, dah 2 minggu tak tidur sama kan, tapi aku tak lupa korang (:
p.s: SGF, dah 2 minggu tak tidur sama kan, tapi aku tak lupa korang (:
No comments:
Post a Comment