Bengang lahabau betul lah aku rasa sekarang ni. Ada ke patut kau hilang selera terhadap perempuan selepas tengok berulang kali header aku muka aku berbadan superman. Biadab betul. Padahal tangan sendiri tak kreatif asyik asyik lukis awan sungai sawah padi matahari, kalau lukis kartun hancur. Apa lagi ada hati nak lukis potret sendiri dan nak jadikan header bila ada blog nanti. Haha. Sudah lah kau naga.
Penat betul 2-3 menjak ni bangun awal tidur lambat mengerjakan kudrat sendiri lari sana sini. Kuku aku pun tak sempat potong. Sumpah ni kalau mak aku tengok memang dia hambat aku dengan penyodok. Bajet ayu pakai tudung lilit lilit tapi kuku macam ada cekam. Hey itu aku itu aku.
Hokay, sekarang aku teringat masa kecil dulu aku selalu berangan nak bela kuku panjang macam kakak kakak kat kelas sebelah aku. Masa tu aku darjah 1, kelas sebelah aku darjah 3. Nama dia kak regina.
Kuku dia panjang. Kuku gelas. Memang gelas tinggi punya type. Dan aku terpegun gila. Dah lah hot, pakai pinafore singkat nak mampus. Aku punya labuh sampai betis sebab ada parut ekzos. Cis. Sikit sikit aku tengok dia gosok kuku dia kat kayu asah. Kadang kadang aku tengok dia asah kuku dia kat koridor jalan. Gosok kuku atas koridor jalan tau. Kau faham tak. Geser geser kuku kat atas koridor jalan sampai ngilu ngilu tu. Haha. Annoying siyee ulang ulang nak orang faham. Ha macam tu lah aku tiru. Nak jadi hottest chick in town. Umur baru 7 tahun dah gatai nak jadi maria farida.
Maka, aku pun terikut ikut sebab aku putih. Alang alang aku sama putih macam dia, cis gila gebu aku kalau kuku aku sama cantik macam dia punya.
Malangnya, sebab kuku panjang tu lah aku cacat sampai sekarang. Bukan kuku tangan sahaja aku bela, tapi kuku kaki turut terlibat. Sebab aku nak lebih sikit dari kak regina tu, maka aku bela panjang panjang kuku kaki jugak. Sumpah cantik. Tapi kuku kaki ku tersepit kat pintu masa cubaan tak nak bagi mak aku masuk rumah. Rumah dah barai aku kecah kan main jambatan sudah roboh sudah roboh sudah roboh.
Dahlah, aku letih nak taip. Sebenarnya banyak lagi cerita tersiratnya. Esok lusa gua cerita. Chowdamow.
p.s: bangun pagi je kena menangis, apesal.
No comments:
Post a Comment