Showing posts with label rakan-rakan. Show all posts
Showing posts with label rakan-rakan. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

partayyy hard, bebeh!

Halo halo halo. Apa macam weekend hangpa semua. Aku punya sumpah best. Best sangat!!! Best yang sungguh yeay yeay. Haha. Bermula dengan seprais hafiez datang membawa aku berjalan jalan dan melakukan semua anak anak muda punya aktiviti. Aktiviti yang sungguh liar. Haha liar lah sangat kalau main bowling tu. Oh ya, hafiez hebat ye. Penat aku berdoa dalam hati semoga semua bola ke longkang atau ke belakang memandangkan aku adalah kaki bangku sama sekali. Main bowling macam lee chong wei eh nicol eh safee eh nampak sangat pengetahuan am gagal. Memang hebat. Nampaknya boleh lah dijadikan sukan keluarga. Yeay !

Keliaran diteruskan lagi dengan partay partay partay untuk bakal sang perantin. Minggu depan dah nak kawin, tak sabar rasanya nak tengok dia dengan baju pengantin dan veil. Bachelorette party untuk echah sesungguh nya sungguh rawr. Liar sebab dah lama tak berjumpa. Masing masing tak nak kalah. Terkinja cucuk langit nyanyi lagu jahat, that's not my name, nenekku pahlawan, apa saja, hit me babay one more time, bingung ku bingung bingung jadinya aku tak tahu tajuk dia apa, beribu sesalan dan sebagai nya. Nyanyi dengan penuh kebuasan. Kalau mak aku nampak, memang kena pelangkung. Semua sekali di situ kena juga hahaha. 

let's partay hard bebeh !

paling crispy adalah bahagian kaki

Tambah tambah memandai nak jadi liaq sangat depa dok pakai baju animal print. Paling ikut tema affa. Kata nya uniform penjaga zoo. Diikuti seet, tema safari terus. Hamster cuma liar di skarf nya. Shuze nadiaw natra natali memang selamat pakai kuda belang. Wanita, ambil haiwan bersisik sesuai dengan nya yang lidah bercabang, ular. Nasib baik aku menepati tema. Binatang yang jarang jarang difikirkan nak jadikan inspirasi. Iguana. Haha. Lain kali aku harap tema nya adalah lebih mudah. Polka dot ke stripes ke batik ke warna kulit ke.

masih dalam kawalan

dah mula buas tak duduk setempat

tengah bergembira, tertangkap satu entiti ecah di belakang. seremmmm


kan ? buas kan ? haha. mama, itu bukan kakak.
bukan. bukan aku yang diraikan.
selamat ecah! sayang kamu dari dulu, sehingga surga.
Baik lah kawan kawan, kita akan sambung bersuka ria lagi minggu hadapan. Kali ni dengan uniform. Dan lagi penuh lagi kedatangan. Besah, zack, syaf, nani, mira, mai, adhel, azeela, wajy, dan pedorn.  Harap harap aku dan semua beringat agar tak rabak pakaian kita kelak. Lagipun tu majlis kawan kita. Jangan dengan echah sekali baju jadi compang camping. Maklum lah, liar. Haha. Echah, sayang lu !

love u supergirlfriends !


p.s: thank u shuze and nadiaw, plan mu sungguh teliti :p
p.ss: thank u sayang, membenarkan i mengalami zaman muda yang meriah (: oh suwit gitu ayat aku


Monday, December 5, 2011

universal studio, singapore


Assalamualaikum. Hai. Kali ni lama gila punya tidur. Blog canggih aku dah bersawang sawang. Haha. Nah, pengubat rindu. Gambar nak gempak. Kesian anak anak aku nanti kena tanya banyak kali "mama mama, kenapa gambar mama semua kelihatan poyo belaka", tanya maria kepadaku. Haha bajet nama anak adalah maria.



Hari yang ditunggu tunggu akhirnya tiba jugak. Punya lah awal plan nak pergi sini padahal sekentut je pun. Haha. Tapi kalau nak bercuti dengan SGF memang kena plan awal. Mana tak nya, semua sukar dikawal. Nak berkumpul sebelum pergi pun susah. Nak bangun pagi pun punya lah susah. Nasib baik ikut pakej. Terpaksa disiplin. Seawal 7 pagi dah kena berada di bas siap dengan isi borang putih sekali.



Sampai sampai je harus buat perangai. Bergambar sana sini. Tapi jangan harap dapat bergambar seorang lalu dijadikan profile picture fesbuk twitter formspring, nak bergambar berdua pun susah. Semua akan meluru ke kamera. Tak boleh ketinggalan.

Semua tempat sempat masuk rasanya. Manusia punya lah ramai jadi perjalanan terbatas. Lain kali, kena pergi masa bukan cuti sekolah. Timing memang agak salah. Tapi tak menghalang kebebasan mutlak nak bergembira pun. Hampir semua ceruk masuk, hampir semua permainan dirasai dan hampir kat semua tempat ada gambar kenang kenangan. Harga tiket masuk dan perkhidmatan pengangkutan dari larkin ke singapore balik semula ke larkin, dari 7 pagi ke 10 malam dan voucher makan tengah hari, kau cuma perlu bayar RM250. Berbaloi baloi baloi baloi. Over tak over lah, dari madagscar, far far away, lost world, ancient egypt, sci fi city, new york, hollywood semua dilawati. Dan hampir semua show pun sempat tengok. Mengantuk ke lapar ke penat ke hujan ke busuk ke pokai ke selekeh ke, belakang kira. Yang penting kita bersatu. Haha. Lebih kau sayda.

kalau tak bergambar macam ni, kira tak jakun lah.


makan. masakan sedap macam masakan mak mak. haha.


lost world


waterworld


ancient egypt


raincoat haha. SGF, come rain or shine, we will be happy together, unhappy together.


madagascar. bidadari secantik gua pulak.


jaybee menjerit weh. haha.

Masa yang paling dibenci semua orang dah sah sah lah masa berpisah. Sedih bergenang mata aku sekarang sebab macam masih terngiang ngiang dorang mengilai gembira dan takut naik roller coaster. Haha. Rindu jugak tengok ketabahan masing masing 'beratur' untuk bermain. Dan juga teringat ingat masa botol air dinosour lah botol air tabung uji lah di pass pass. Padahal isinya cuma air kosong. Bila terkongsi air liur ni, kira dah jadi soulmate lah. Ye tak. Haha. Okay aku dah kembang tekak. Loya. Rindu nak gurau gurau dengan SGF, hehe dengan u jugak. Cepat diskas dekat thread tahun depan nak pergi mana pulak. Sebelum menua.

p.s: tadi makan kat nirwana banana leaf dengan hafiez. sekarang aku kesandaran. haha.


Monday, October 31, 2011

tambun with love


Gedebak gedebuk dah 2 hari berlalu hari hari bergembira aku dengan SGF. Bermula dengan menghadiri satu lagi majlis kahwin SGF, pelbagai laluan mistik yang diharungi bersama haha dan dengan rasa syok sendiri sebab ingat sedang berada dalam drama seram kekasihku seru puaka tebing biru jangan pandang belakang, alhamdulillah, kitorang berjaya sampai ke bandar cempaka sari. Nama pekan pun dah cukup simbolik ni kalau nak buat novel seram, memang aku pakai nama cempaka sari. Apa lagi keadaan malam tu yang sunyi gila. Jam yang ada kat menara masa tu pun tak gerak gerak dari pukul 12. Dengan masing masing coverage telefon sekejap ada sekejap tak ada. Haha. Sampai je homestay, aku malas berbual banyak, aku terus tidur. Sungguh selfish kan.

Seawal 10 pagi kitorang dah terpacak kat rumah mira. Masing masing berbaju err kebaya nyonya ke kurung moden nyonya ke kebarung nyonya ke aku tak pasti haha. Bergaya gaya macam ni jangan harap nak berjemur. Semua menyerbu bilik pengantin dan buat onar. Lepas puas, berpusu pusu ke khemah pengantin yang kalau kau berdiri statik nescaya kaki kau karam tenggelam tanah gambut. Habis kasut tinggi gua. Ingat nak jadi gadis vogue. Haha. Macam biasa setiap kali ada kenduri yang semua SGF ada mesti buat perangai. Terkinja kinja tergelak gelak bergema gema bila bersembang berlari sana sini nak masuk kamera menyanyi dan menguak nguak tangan menari. Aku pun tak terkecuali. Hmm, congrats mira dan zaneq. Aku tunggu deretan SGF junior dari korang. Haha.










Selesai je majlis mira, semua bergegas gegas pergi tambun sebab esok paginya katanya nak bersuka ria di kota keriangan dunia. Haha tak habis habis kota keriangan. Genting highlands pun kota keriangan. Tapi kali ni mesti lagi riang sebab ramai SGF ada dan abe hafiez pun ada. Malam malam di homestay yang selesa berebut rebut baring depan tv masing masing baring mengiring memang mengundang rasa rindu aku sekarang. Berjalan jalan seperti bangla di dataran ipoh walaupun nampak macam lopek pimpin tangan, apa ada hal. Kata kawan sampai mati kan.

Esok bangun pagi mandi laju laju, aku tak tahu lah orang lain mandi ke tak, terus pergi breakfast ramai ramai di mekdi. Sungguh sakai bersilang tangan ambik makanan orang depan orang kiri dan orang kanan. Bukan je gelak ketawa, tapi aku rasa mata makcik makcik kat situ dah jeling tajam gila tengok semua mula mengilai. Kau tengok ecah, seram kan tengok dia. Haha.


Keriangan yang ditunggu tunggu akhirnya tiba. Setakat rm45 yang terpaksa dibazirkan apalah sangat kalau nak dibanding nilai masa berkualiti dengan yang tersayang. Masa masa sebelum masing masing belum tua masih larat angkat kaki lari sana sini dan tak payah dukung anak. Masa masa sebelum masing masing mula sibuk dengan hal ehwal keluarga sendiri. Masa masa sebelum kita nyanyuk lalu melupakan sesama sendiri. Berenang, main gelongsor air, meliar sana sini masuk air panas lah masuk sungai ber ikan lah, bersukan sampai tercampak campak badan atas pasir haha beriya, semua pun aku tak akan lupa. Percutian di lost world of tambun dengan SGF adalah satu lagi koleksi kenangan paling bernilai aku. Cewah. Dah macam ayat novel. Haha.



Sebak pulak bila terfikir balik baru je hari tu rasa dekat dengan korang, sekarang aku bangun tidur, aku pergi kerja dan balik kerja aku tak nampak muka korang. SGF, kalau lah masa tu boleh dibeli, selain bersama keluarga aku, aku takkan bazir kan satu saat pun bila berada dengan awak semua. Oh, awak pun jugak. Jomlah siap sedia untuk percutian bersama seterusnya. Nanti banyak sikit bahan nak sembang bila kita di rumah orang tua.

p.s: SGF, aku rindu korang ):

Wednesday, October 12, 2011

jerit sama dengan sayang


Wanita : Hey masuk mana ni, terus ke kiri ?!!
Hamster: Kiri kiri kiri !!!

Wanita memulas stering sampai berpusing badan, dia masuk kiri, dan terus kiri. Aku berderau darah nak menjerit. Tapi hamster dah jerit dulu.

Hamster : Hoi bukan kiri yang ni, lepas masuk simpang kiri, terus !! Bukan ikut kancil depan tu !!
Aku: Wanita, kenapa kau masuk sini !!! Terus terusssss !!!!!
Hamster : Hoi hoi hoi ! !! Bukan kiri yang ini !!!
Wanita : Korang diam korang. Diam !!!! Ha, aku masuk sini sebab nak isi minyak lah setan !!!

Haha. Sebal ye telinga aku lepas keluar dari kereta wanita. Bayangkan lah. Adakah perbualan sama macam perbalahan. Tak ada suara nada rendah. Semua jerit belaka. Haha. Kalau orang luar dengar mesti ingat ni adalah pergaduhan, padahal ni adalah cara menyalurkan kasih sayang.

Sejak dari ikea, tak ada suara lembut. Dari aku, hamster, wanita ecah pun sama terjerit. Nak order meaball berapa banyak pun nak jerit jerit. Haha. Aku pun sama weh.

Hamster : Bagi aku tikus tu balik !
Echah : Tak boleh !!! Aku nak letak atas bahu aku !!! Tak boleh lah !!!! Tak boleh tak boleh tak boleh (sambil berebut tikus lalu terjatuh)
Wanita : Woi aku geli lah !! Geli !!!

tikus di bahu ecah tu lah yang dimaksudkan


nama je tengah lepak dengan kawan, tapi aku asyik skodeng kek red velvet meja sebelah


Hal siapa nak bergambar dengan tikus pun mesti nak tengking tengking. Haha. Ni baru 4 orang. Esok lusa masa bercuti ke tambun nanti, kau rasa kena halau negeri tak agaknya.

Tak kisah lah supergirlfriends. Asalkan korang ada. Dah 13 tahun kawan kan. Kita pun masing masing tak ada siapa nak kawan dah. Suara semua garau macam kerbau. Semua takut. Haha.

haha macam sotong ye kau

wanita yang penuh tipu muslihat. haha selendang kau mana.

kau tahu tak ni tempat awam, kenapa liar sangat


Okaylah, mata aku sumpah dah taknak bukak dah. Aku haus jugak. Tapi berharap air tu datang sendiri kang dalam mimpi. Kepada semua penidur, jom jumpa di alam mimpi. Jangan ngurat gua.


Sunday, October 9, 2011

rancangan ke universal studio, singapore part 2


Sempena lagi tinggal beberapa hari je lagi percutian oh unik nya unik nya unik nya singapura ni, aku rasa bertanggungjawab nak cerita sedikit plan ke sana. Plan yang selalu berubah ubah tanpa sedar. Dari konon survivor nak pergi sendiri, ada baik nya juga kita pergi dengan tourist guide memandangkan masing masing sungguh bebas macam ayam.

So, instead of kita pergi sendiri ke sana, dengan harga RM222.24 seperti yang aku pernah mention sebelum ni di entri pertama pasal percutian sgf ni, ada baiknya kalau kita tambah sikit, pakai pakej yang ditawarkan untuk perjalanan lebih santai dan sandar. Kasihan besah, berulang kali lah bagitahu bila, dan bayaran bagaimana, dan macam mana kita nanti, tapi tak putus asa nampaknya bagitahu aku. Haha. Dan aku tahu yang lain lain pun buat buat tahu je. Macam biasa, semua memang manja tau. I love u, SGF.

Separuh daripada RM250 untuk deposit dah pun selamat dibayar kepada travel agent tu (RM125) tapi kepada sesiapa yag baru macam tergerak eh gua nak join lah, boleh lah bayar kat sana nanti. Harga sama. Dengan RM250, kita akan ditanggung perjalanan bermula dari stesen bas pasir gudang seawal aku rasa pukul 6.30 pagi selepas subuh. Parking kereta kat situ sahaja. Dijamin selamat. Lagipun bapaku kan ayahanda area pasir gudang. Oh ya, kenderaan yang disediakan adalah bas kalau peserta kali ini melebihi 20 orang, dan aku rasa macam dah lebih pun.

Kita akan dibawa terus ke sana, dan semua urusan keluar masuk dan tunjuk ke cop ke sah passport akan diuruskan oleh tourist guide tu. Jadi mungkin kita akan ada banyak lagi masa meliar dan melompat lompat di dalam bas tu. Lagipun, boleh recharge dulu tenaga yang hilang sebab travel semalamnya kan. Jangan risau sgf, kita akan berada lama gila kat sana. Akan bersama sama bergembira dengan lama sekali. Sebab kita cuma akan balik dalam pukul 12 malam. Tak ada tidur tidur sana. Semua dijemput tidur rumah aku. Ada kucing comel tau. Haha.

Oh by the way, ni adalah masa masing masing galak nak bermain main di funfair ye. Tak menyedari betapa bahaya nya sebenarnya main viking ke hammer ke tanpa tali pinggang. Cuma bergantung pada kekuatan tangan pada besi pemegang yang bengkang bengkok.


nampak tak semua muka ada sinyummm




sibuk susun atur kedudukan kawan kawan




masih tak dapat tangkap kesengsaraan selepas ni. haha, beriya gila aku



ha, kan kan. menyesal


Sekian. Aku seriau bila ingat balik. Haha.

p.s: goodluck hafiez akib. break both legs.

Wednesday, October 5, 2011

deal or no deal (facial and eye treatment)



Hai. Semalam aku sekali lagi terlibat dengan aktiviti milk a deal . Kalau hari tu galak ke spa berurut badan, mandi jakuzi, scrub haha macam memakcik gitewww, kali ni aku dan wanita buat facial treatment.

nama nak gempak kan.

Dengan harga rm29.90, offer yang diberikan memang menarik perhatian aku. Lebih lebih lagi bila ternampak 'collagen'. Haha, galak tak ? Dia bagi kau facial, eye treatment, collagen mask, element serum kat muka, dan beberapa urutan eksotik di muka. Keluar je kedai, semua pakwe pandang aku. Tapi yang gemuk gemuk dan hitam hitam lah. Haha.

yang asalkan murah, gua ambil

Sekarang dah tak ada eyebag tahu. Haha. Kalau dah dasar kaki tidur dan tidur sampai matahari tinggi mana kan tidak mata kau lebam lebam. Ala, tak apa lah kan mata macam panda. Stail apa. Yang penting, siapa nak bagi kita diskaun 95% facial treatment semua tu. Aku dah lah memang pantang nampak ada diskaun. Alergik.


love u too, wanita

Esok ke lusa, aku dah harus keluarkan plan percutian ke singapore pulak memandangkan percutian tu dah semakin hampir. Haha, kaki enjoiiii lah katakan.


p.s: kaki aku semut semut ni weh. sila pijak


Monday, September 26, 2011

riang ria hari raya 3



Raya dah nak habis, tapi masih bernafsu nak update pasal riang ria hari raya ye uolss. Haha. Apa guna perayaan sebulan dalam setahun ni kau cuma rasa kehangatan 7 hari pertama je. Kan ke lopek tu.

Kali ni punya riang ria hari raya adalah bersama dengan rakan rakan ofis aku lagi. Kalau hari tu disambut sesama jabatan je, tapi kali ni skop dia luas lagi. Siap involve kilang pengeluar produk lagi. Kalau ofis kau tak segalak macam kitorang, sila jeles.

Kesempatan menyediakan air minuman untuk para tetamu direnggut pantas oleh en sofian tanpa kompromi semata mata semangat berkelab dan meningkatkan dana kelab. Kitorang pula, apa apa yang berunsurkan boleh semangat berkumpulan, oh lebih tepat lagi berpuak, kitorang memang suka. Gerai paling dikunjungi ramai dah sah sah lah gerai air kitorang. Selain peramah dan jujur dalam urusniaga penyediaan air, kami mesra tetamu. Semua tetamu nescaya terkejut dengan sorakan tak pasal pasal oleh kitorang. Gempak kan. Haha. Poyo lah pulok.


Sebenarnya aku saja nak menunjuk tak payah pakai lomo ke holga ke, aku boleh hasilkan gambar macam ni. Haha. Padahal kempunan nak lomo kamera ye.

p.s: esok sebelum habis betul syawal, akan ada satu lagi riang ria hari raya 4. haha gelojoh

Tuesday, September 13, 2011

riang ria hari raya 2

Minggu lepas, department aku yang gempak gila haha mengadakan open house versi jimat tapi nak meriah. Haha. Majlis yang diadakan di ruang kerja sendiri telah berjaya menampung tetamu seramai lebih kurang 70 orang yang tak henti henti datang. Makanan taknak kalah dengan hotel. Ada nasi jagung, rendang daging, ayam masak merah, soto ayam, roti jala, lemang, serunding, pajeri terung, abc, cendol, teh tarik, sarsi, cincau, puding caramel, haa lenguh nak menaip. Haha. Sambil menjamu selera, tetamu dihidangkan juga dengan persembahan oleh tuan rumah yang rata rata dah hilang pedoman.

suka bergambar tanpa aku


dengan tetamu rumah depan

hehe, bos aku comel


kan betul, ada karaoke. kan ?




Nah, persembahan hingga larut malam. Semua tak nak balik. Haha.



p.s: penyakit tidur dah melampau lampau sekarang ni