Showing posts with label you. Show all posts
Showing posts with label you. Show all posts

Monday, December 19, 2011

kampung baru


Aku orang johor. Lahir kat johor, rumah mak ayah kat johor dan kampung kat johor. Tapi aku terdampar di kl. Terdampar dengan redha sekali. Haha.

Banyak tempat yang menarik kat kl ni. Semua tempat kat kl aku suka. Tak kisah lah orang cakap kl ni kota metropolitan hidup penuh pancaroba ke hingar bingar ke jalan jem ke banjir ke, aku tetap suka. Contohnya, aku sangat suka kampung baru. Lame kan. Haha. Jalan jalan pada malam minggu di kampung baru memang rasa live gila. Tak sangka dengan berlatar belakang kan klcc, masih ada pasar malam, rumah rumah papan, kedai kedai kecil termasuklah kedai gunting rambut ye yang ada lampu belang belang depan kedai, dan sangat banyak tempat makan yang best kat bawah. Lagi feel kalau kau jalan kaki. Semua kedai aku nak singgah dan rasa makan weh.

Hari tu aku makan nasi bubur lauk campur. Yang makan dua orang tapi meja penuh. Lauk aku je dah 3 pinggan. Lauk hafiez 2 pinggan. Dengan pulut mangga beli kat kedai depan. Ada rangka ayam tadi beli kat pasar malam lagi. Ni mana anuar zain nak duduk ni. Haha.

Nanti lepas pindah johor balik, mesti aku akan sangat rindu nak rasa macam ni. Mesti aku rindu nak tengok lampu lampi kat pokok, tengok awek kat lorong haji taib, lepak lepak termenung kat dataran, singgah beli buah buahan kat jalan chow kit. Dah tua kelak, boleh lah aku gebang kat anak cucu aku, hey dulu mama sosial okayyyy. Haha.

Okaylah, mak aku dan sekapalnya turun kl. Tengok. Dorang hujung tahun mesti nak turun kl jalan jalan. Nanti aku cerita makcik makcik ni pergi mana.

kat kampung baru ada benda ni jugak, kat rumah kau hado ?


p.s: im missing my man so badly ):

Saturday, May 21, 2011

harus bagaimana



Halo halo halo. Malas pulak nak update blog sejak dua menjak ni. Bukan sebab tak ada idea ke tak ada internet ke apa, tapi sebab aku dah lupa diri. Biasalah. Sejak dah ada bayi baru, aku lupa bayi bayi lain. Haha.

Aku tergerak nak menulis kali ni sebab aku macam perasan orang selalu mengadu nasib. 'aku tau kemalangan yang aku lalui hari ni pasti akan berakhir dengan kebahagian di penghujung hari kelak' tak pun, 'kenapalah hari hari ku dirundung malang, yang kaya terus kaya, yang kayap makin kayap'. Macam macam.

Ala, tak payah beriya sangat fikir betapa gelap nya cuaca kau. Kenapa orang buat itu ini kat kau. Apa kata kali ni fikir balik apa kau pernah buat kat orang. Ha, amacam ? Ok ok kalau tak terasa pun tengok orang sekeliling yang dihimpit kesukaran kadang kadang pun sebab silap kita kat orang lain. Dah tempias nya kena orang lain. Kalau melarat sampai anak cucu dan seluruh keturunan harus bagaimana pula.

Oh yelah. Aku nak kena bersiap siap ni. Maklumlah, duduk kl mana boleh setempat. Kena rajin bisnis. Aku bizi sikit rakan rakan. Nak jumpa sgf pun dah tak sempat. Aku dah ada butik. Ada zoo, weh weh ada banyak haiwan weh. Dan macam biasa, aku dah terjangkit untuk ada ladang kentang bawang carrot sendiri tapi kali ni khidmat zombie diperlukan untuk jaga.

Sebelum beransur, aku kasik kau bergendang perut dulu. Ni kat wau penyu, solaris dutamas. Pergi google sendiri sana.

sushi dagang


tak payah tunggu bulan puasa pun boleh makan murtabak.


nasi dagang istana


milo raksakso. kan kan. bertakung kan air liur kan ?

Babai semua.

p.s: nak telefon mama lah.


Saturday, March 26, 2011

engkau

What is it with you and your bitchy attitude when I am emotionally depressed?
You want it? HERE, TAKE IT.

Sumpah semak gila. Kenapa hulur hulur nasib laki bini kat aku nak mintak aku tau dan pelawa aku maki. Cukup lah aku dah benci dan taknak ambik tau, jangan sampai aku ambik tau dan berniat merampas. Ha cuak lah tu.

Terima je lah kenyataan, aku tak perlukan laki kau sejak setahun lebih yang lalu. Ada ke muka aku ni pura pura happy. Haha. Kaki tengok drama samson & delailah lah tu. Mudah terpengaruh.

Hutang duit aku tak kisah kak. Hutang kamera ke hutang printer pun aku tak hambik pusing. Tapi jangan sampai aku ungkit hutang aniaya. Pergi lah belajar memasak. Buat lah ikan masak kicap diam diam sana. Jemur baju jangan lupa kasik terbalik kang kaler cepat pudar. Petang petang sambil siang taugeh baik layan kuliah petang kalau rasa sembang dengan jiran sebelah rumah tu buat dosa. Tak pun senyap senyap delete folder dalam laptop laki kau. Oh tak pun siap kan peralatan untuk bedah katak esok ada makmal. Asalkan jangan skrol sana sini korek drama orang.

Dah lah. Aku menaip pun masa tengah banyak syaitan pagi tadi subuh gajah.

Ha, ni aku nak pergi mandi air terjun sambil meneguk sirap bandung selasih cincau soda gembira. Apa lagi, sms lah aku sekarang tanya perkembangan terbaru.

Tuesday, February 1, 2011

khurafat

Macam mana aku nak feel tengok cerita hantu kalau sepanjang scene malam director dia pakai cahaya bulan bintang. Dah terpaksa mengisi masa kosong masa tengok khurafat tadi dengan berbalas bbm dan sms kawan kawan. Tengok timeline twitter. Balas komen gambar facebook.

Sedar sedar je, adik saudara aku tutup mata dan telinga. Bila tengok skrin, ah kantoi suara kerbau aku. Haha. Ah, aku benci lah cerita hantu. Lain kali pasang lah lampu. Kalau cerita nur kasih tu sumber cahaya melebih lebih sampai silau aku tengok tudung tiz.

Adakah ini balasan cuti tanpa sengaja aku. Lepas kantoi menjerit suara rabak, aku terpaksa cover macho jalan jalan kat jusco dan rembat selai dua sotong dan selipar baru. Selipar tangkuban perahu 14 rupiah aku dah menipis. Siut sakit tapak kaki aku dapat rasa batu batu jalan saiz apa semua.

Terboik lah cerita hantu melayu. Memang serem. Ni malam ni aku nak tidur kang aku tertengok tengok tingkap siapa nak bertanggung jawab. Tak apa tak apa, aku nak redakan kesereman dengan stalk adik aku punya facebook. Oh dah macam sembilu kasih. Malas ah belanja kau topap.

Tu awek gemuk pakai overall tu lah adik aku. Dulu comel. Sekarang tak. Sebab dia sekarang lebih penting kan picit henfon dari melayan cerita aku. Ah, soda lah dik.




Esok balik kampung yeah. Boleh bergurau dengan ciko. Dah lama tak timang dia tinggi sampai cucur atap.


p.s: adik manis, jadi lah diri sendiri. jangan asyik cedok idea orang. mak cik sebelah rumah tengok macam musibat tau.

Wednesday, December 22, 2010

selamat tinggal 2010.

Penat bermain dengan perasaan satu hari ni. Dari aku celik mata, sampai aku nak balik dah ke bantal busuk aku, masih ada yang sampai sekarang pun tergamak nak buat aku terasa. Oh kamon lah, jangan gunakan kemajuan teknologi untuk mengguris hati aku yang sentiasa mengharap cahaya nan indah. Mas (Emas), tolong jangan mainkan perasaan aku, asyik buat aku berdebar debar.

Jadi apakah pencapaian terbaik aku sepanjang 2010 ni. Jangan risau, bukan masa nya nak bukak cerita emas lagi. Haha. Kau asyik ulang je sayda benda yang sama. Memang meluat. Tapi, betul, harus cakap sikit. Sebab aku memang teruja dengan pencapaian aku yang satu ni. Sebab dalam diari 2010 aku, tak ada satu pun azam nak terlibat dengan benda kuning kuning manis tahi ni. Jadi, kau faham tak kenapa aku terkinja kinja bila nak cerita pasal emas. Haha.


Lagi, pencapaian terbesar sepanjang 2010 yang woi woi aku nak bangga ni, sgf semakin ukhuwah. Semakin rapat. Alhamdulillah, lepas lebih 10 tahun kawan, ni lah antara satu benda yang aku tak nak buang sampai bila bila. Ye, budak budak ni selalu gaduh. Tapi, kau tak perasan ke kau gaduh sebab sebenarnya kau care kat setiap orang. Sayang semuanya. Dan sebab sebenarnya kau dah faham setiap orang tu macam mana. Kalau tak, tak ada lah masing masing plan nak pergi bandung lah, deretan pre bandung lah, ali lah, makbul lah, jasima lah, entah mana lagi aku tak ingat. Tak adalah sikit sikit handphone kau berdenting denting setiap isnin ada meeting committee semua. Ah, apesal kau syahdu malam malam buta ni. Sorry sgf. Sadly, you guys are no longer my bestfriends. Because all of u are now my angels.

macam tersentuh kan dengan gaya potongan gambar


Dari aspek kerjaya, aku masih di takuk yang lama. Masih lagi eksekutif ter jelita di damini. Belum berpeluang lagi nak gulingkan pakcik aku. Haha. Tak lah. Aku cuma berharap kerjaya aku berkembang sikit lah. Semoga aku berkesempatan menari dalam video klip miley cyrus yang akan datang. Kau ingat kau sorang boleh jadi gadis mickey. Aku pun boleh *semangat*.

Sahsiah aku not bad lah. Dah pandai bersopan santun. Jalan depan mak mak, aku bongkok sikit. Mama senyum je tengok kemajuan aku. Haha. Nampaknya, aku semakin berakhlak. Bukan sebab perasan baik tiba tiba nak jadi ustazah ke apa. Tapi, haruslah kau sedar, umur dah nak jubli intan, tak payah nak perkata tentang orang (please lah wakil rakyat mana mana terbaca dan menjemput aku pergi dinner).

Ok lah, nanti kalau aku teringat lagi apa kemajuan diri, aku repot. Bai.

p.s: kena hati hati bila bercakap. aku dah terbiasa tersasul.

Wednesday, December 8, 2010

Percutian di Sabah

Semakin menghampiri akhir tahun ni, semakin banyak pula plan yang harus dilaksanakan dan banyak jugak pencapaian hidup yang harus dikenang. Haha. Seperti mengikut plan dalam kepala otak aku dan mengikut diari rahsia aku yang sumpah aku akan sorok daripada pengetahuan rakan rakan yang sibuk cari bahan untuk membahan aku, haha aku perlu ada akaun asb dengan amaun di dalamnya memuaskan hati dan perlu sambung untuk simpan telur telur emas aku di tempat lain jugak. Haha. Sebelum bermula ada 2011, aku dah berjaya mula menyimpan di tabung haji pula. Seronok tak seronok lah, dengan penyimpanan 300 ringgit sebulan, ofis aku kasik hadiah rm45. Menarik tak. Ha, cepat berhenti kerja dan hantar resume kat tempat aku. Ok ok. Aku bukan nak bercerita secara berlagak dengan pencapaian aku ni sebab ada banyak lagi dugaan sampingan yang aku nak tulis tapi tu nanti nak dekat dekat penutup tahun baru aku tulis. Tapi sekarang, meh aku cerita tentang percutian terbaru aku di Sabah. Wowowowowowwy.

Hari tu, aku ambik felait ke kota kinabalu bersama sama ar rahman seperti yang dirancang. Kasihan. Beriya aku canang nasi lemak pak naser air asia, malang sekali pak naser punya nasi lemak tak tahan sampai malam. Maka, air asia taknak jual benda basi. Kang imej terjejas. Sampai je kota kinabalu, terus rembat nasi goreng kat restoran terdekat dan terus tidur. Hehe. Orang tu masak nasi antah.

Keesokan hari oh mak kau aku terkejut tengok alarm aku dah pukul 6.30 tapi cuaca dah terang. baru nak carut alarm aku buat hal oh rupanya di sabah memang cepat siangnya. Dan aku sedang 'bercuti'. Haha. Siap siap terus pergi nikah kawan norman. Kenapa pengapit sampai lagi awal. Jadi, terpaksa buang masa di kedai ikan masin tepi jalan. Malam tu pemandu pelancong bawak kitorang pergi menikmati angin pantai apa aku tak ingat tapi ramai muda mudi lah. Ramainya yang bermuka macam stacy.

Selesai je dengan kerja mengapit pengantin, aku rahman dan ecah yang melonjak kegembiraan. Sebab tak sabar nak berjalan. Walaupun sedar, alah dengan masa yang terhad dan tenaga yang dah menipis, mana je kau sempat pergi. Tapi dengan kebijaksanaan pemandu pelancong, kami dibawa ke 1B. Haha. One Borneo. Ajaib gila ya, pukul 8.30 dah tak sabar nak pulang sebab rasa macam dah lewat malam sangat.

Seawal 5 pagi aku dah bangun dan menggegar orang yang liat nak bangun sebab nak kejar pasar tamu. Felait balik kl pukul 945. Maka harus mula berjalan sebelum 7 pagi. Pasar tamu memang menarik. Tak menang tangan aku nak menikmati jualan kucing arnab dan hamster di situ. Menjejeh jejeh air liur aku tengok kucing yang dijual. Baka parsi dan bermuka rata dan aktif kau lari sana sini.

Amacam. Ringkas gila kan penceritaan di sabah. Kalau ada masa dan duit lebih, konfem aku nak pergi sana dan memanjat gunung seperti yang dicadangkan pemandu pelancong. Oh lupa nak kenalkan pemandu pelancong. Kakak ecah. Walaupun tengah mengandung anak keempat, kebajikan tetamu sangat terjaga.


kat belakang adalah golongan remaja tepi pantai

gambar untuk poskad ni kawan kawan
semua boleh beli kecuali yang si awek

tengah pilih kukis

ha ni lah perangai 24 tahun. asl plz.



Ok. Malas nak susun gambar. Pandai pandai lah tau.

p.s: seronoknya melepak (:

Tuesday, October 19, 2010

the boyfriend

Masa balong suruh aku teman dia buat kerja hari tu ah ni hari tu yang dulu dulu, aku pun sibuk korek korek yes jumpa cd. If Only ni bapak lama punya cerita. Mula mula aku tengok dengan balong. Mulut dia memang rancak cerita lepas ni apa lepas tu apa. Ah diam ah kau aku pandai baca subtitle dia.

Satu hal pasal balong yang buat aku rasa ye ye ni lah kawan baik aku di kampung dan di rumah, dia suka bawak aku lepak tak kisah lah kat mana dan naik apa. Haha. Semalam lepak kedai belakang rumah naik motor dia yang tak ada tempat letak kaki. Kalau orang tengok dari jauh wah nampak macam terapung apung padahal belakang aku sakit lah siak.

Prinsip hidup dia, kalau nak lupakan awek, cari motor baru. Maka, dia jual motor lama dia dan akan membeli motor baru. Padahal kaki tak ada lah sampai sangat nak bawak. Bawah 160cm je kan.

Oh ya ya. If Only tu sangat simple. Tak adalah berjujuran air mata sangat. Tapi, ye, sangat tersentuh. Kalau kau rajin, kau tengok lah. Jangan risau, ringan je mesej yang nak disampaikan. Tak ada pun sebijik kata kata nista ke apa. Haha. Nista tu adalah kata cacian, bukan sama maksud dengan dusta.


Amacam. Nah, tengok sikit.




p.s: The boyfriend. Is the magical creature.

Saturday, October 9, 2010

Air liur tersembur

Susah nak jawab. Kena pilih siapa. Aku gentar betul nak jawab. Kang tersalah buat pilihan menyesal seumur hidup. Suruh aku pilih, sama ada faizal tahir atau pun buat laporan bulanan. Dah sah sah lah aku pilih faizal tahir. Senang nak menangisi nasib diri. Bila bila cari pun cd ada dalam kereta. Oh, tak tak. Cd aku dah macam tukar hak milik dah. Haha.
Kehidupan hujung minggu aku sekarang macam dah penuh. Ada saja aktiviti bersama rakan taulan. Macam tak akan menua sampai bila bila. Ni pun nasib baik lah open house semua dah habis. Kalau tak, ke mana mana kena bawak baju kurung extra.
Cukup cukup lah cerita pasal hari raya ke puasa ke. Cincai kira, aku letak terus gambar barisan gadis jelita beraya.


ribut

buas

ah lagi buas. wanita macam hantu lapangan terbang.



nitam, nani, mira doktor berjaya dan kuang paping





Lepas ni, entah apa lagi nak kena buat sama sama. Tak faham bahasa ke dorang ni. Aku dah penat ikut ke hulu hilir dan terjerit terlolong untuk tarik perhatian semua dengar cerita masing masing. Walaupun makbul dah bungkus, bukan lah pengakhiran hidup. Kami terus memburu tempat baharu. Dan giat lagi mencuri masa untuk bergandingan. Tak dapat sembang lama pun tak apa. Tak dapat bertarung dam aji lama pun boleh tahan lagi. Asalkan dapat bau nafas masing masing secara kerap. Macam berciuman kan. Padahal cakap kalau tak sembur sembur tak sah. Percik percik kat muka aku kalau nak bercerita.


Ok lah. Nak selamat kan kawan kena geser dengan maivi tadi. Mula mula kesian tapi jadi baran bila dia bilang dia sedang berada di surga.




p.s: bila berdepan, tak adalah ramah mana, tapi bila bersama kapten nya, amboi mulut memang berapi.

Wednesday, October 6, 2010

Ubat gigi pilihan semua

Haha. Gila kelakar. Ada je balong (oh lupa nak bagitau balong ni abang sedara kita tau) aku ni punya cerita dongeng. Rasa nak maki sebab melampau sangat ceritera dia tak sampai hati. Lagipun mimpi je.

Anjing: Farhan, kau kena pilih antara garfield dan lembut, mana yang kau akan korbankan untuk bagi aku makan. (oh ya, garfield dan lembut dua dua pun kucing)

Farhan: Aku takkan pilih mana mana. Dua dua pun aku sayang.

Anjing: Kau kena pilih. Kalau tak nahas lah hidup kau.

Farhan: Baiklah. Kau ambik lah garfield. Makan lah dia.

Padahal, sebelum tu Farhan membelai belai belakang garfield. Tersengguk sengguk garfield sebab asyik sangat dengan usapan Farhan. Seolah olah sayang Farhan hanya untuk garfield sekor. Siapa sangka, bila tiba masa kena buat pilihan yang sangka disayang itu lah jadi pilihan. Padahal Farhan mampu untuk hapuskan sang anjing yang tak ada hati perut tu. Tapi kali ni, Farhan lah yang tak ada perut sebenarnya. Dan aku tengok garfield pun berlalu pergi sebab kecil hati dengar cerita Farhan.

Tak sedar berapa banyak air mata aku keluar sebab mengetawakan cerita haiwan balong. Siap bunyi gung gung ke woof woof masa gayakan anjing tu bersembang dengan dia. Terbawak bawak ketawa aku sehingga ke bilik air. Sambil gosok gigi pun aku masih ada saki baki ketawa. Tiba tiba aku loya. Bukan sebab mengandung. Tak tak. Gua belum bersedia. Aku loya sebab ubat gigi aku rasa menjengkelkan. Tak ada pulak rasa mint ke pedas ke apa. Tak berbuih macam biasa. Sampai ke pagi ni aku dapat rasa pencuci muka dalam mulut aku. Kelat ke payau ke aku tak pasti.


Saja letak gambar aku comel, hadiah sebab dah lama tak update blog diari kehidupan.


p.s: the emptiness is now filled ('',)

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 1431H

Hai. Masa nampaknya sangat terhad sebab makcik aku dah gegar suruh mandi, alahhhh kenapa aku rasa baik mandi kat kampung je nanti. Haha.

Sempena hari raya kali ni, aku nak mintak maaf dari hati yang suci sukar dicari eh dari hati yang tulus kepada semua pembaca tak kira lah sama ada baca selalu, kadang kadang atau baca senyap senyap. Segala terkasar bahasa semasa aku menulis harap dimaafkan. Ye lah, mana lah aku sedar masa emo emo aku nak taip jugak maka keluarlah bahasa carut ke sinis ke. Harap dimaafkan. Segala tulisan berunsur ejekan yang terus terusan ada elemen merapu juga harap diampunkan. Aku manusia biasa.

Alamak, kad raya kawan kawan aku belum lagi pos. Malas lah pulak bila dapat tau minimum setem kena letak 60sen. Ini tak boleh jadi. Lepas raya baru aku nak pos secara beransur ansur.

Dosa kau semua dengan aku dah lama aku lupakan. Dah dah jangan nangis. Baik kan aku. Lagipun aku bukan sesiapa nak buat hati kering taknak maafkan orang. Ah sungguh keji konon konon ada perasaan dendam.

Nanti, kat kampung aku update suasana hari raya kitorang ye. Mana tau kau nak tau tips tips kehidupan semasa beraya. Macam mana nak handle adik sedara yang buas nak mampus ke, pukul berapa patut mandi supaya tak berebut dengan pakcik makcik aku ke apa alasan nak bagi kalau malas nak tolong kat dapur ke. Nanti kan ye.

Tips fesyen terkini baju raya pun ada rasanya. Tema warna tahun ni bukan hijau.

Caudemau!

p.s: kenapa tiba tiba sedih bila nak berpisah

Monday, August 16, 2010

Buka puasa sama : Palace of Golden Horses

Walaupun perut aku kriuk kriuk gila gilaan semalam, jari aku buat aku bangga sebab laju lagi weh nak menaip. Melayan echah punya perangai. Tiba tiba nak makan luar. Aku pula sempena dah jaga adik saudara aku 2 hari, maka inilah habuannya, boleh berlibur bersama teman di luar. Sangat bersosial.

Palace of Golden Horses memang superb. Jangan risau, ni bukan cerita bongkak haloba makan konon tempat mewah. Tapi ni tempat dapat murah murah murah murah murah sempena promosi awal ramadhan. Mana boleh lepas peluang makan kat sana kalau harga murah gila. Lebih lebih lagi, tempat tu banyak kekudanya. Ada kuda lumba. Kuda belang. Kuda emas. Kuda tembaga. Kereta kuda. Unicorn ke pegasus ke apa pun ada. Memang mengasyikkan.

Makanan memang banyaaaaaaak dan sedap. Sesuai untuk semua jenis peminat makanan. Aku macam biasa lah. Kalau ada buffet, jangan harap duduk setempat lama lama. Kena sentiasa bangun duduk dan survey makanan mana lagi tak cecah mulut. Kalau tak, buat aniaya duit je. Lepas ni kena bajet makan di rumah sahaja atau pun kena beli sikit sahaja di bazar.

Belakang: kereta kuda



Belakang: kuda juga


Lupa nak bagitau. Ada kuda berbadankan manusia juga. Haha. Gerek sehh.

Bandoengers, nanti kita makan sama ya. Terawikh sama sama.


p.s: senang suka, dan senang lupa. tapi, yang tulus suka, mestilah lain sikit.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah

Tadi nasib baik sempat walaupun balik lambat. Walaupun tiba tiba je jalan sesak. Walaupun kenapa tah hari ni kereta banyak sangat. Wakaupun demam aku tak kebah habis. Aku sempat pergi ikut makcik aku. Haha. Tapi, yang kelakar nya kenapa lah aku macam budak budak je perangai. Sikit sikit terjengah jengah sekeliling. Jakun habis.

Ramadhan kali ni aku harap dapat puasa penuh. Semoga aku bersabar puasa. Semoga aku rajin nak bangun sahur. Semoga aku selalu pergi sembahyang terawikh. Lepas tu, mintak mintak lah, masa sembahyang, mata aku tak gatal melilau. Kepala tak gatal gatal sampai nak garu. Tak menguap nguap. Pagi pagi sebelum kerja aku tak bantai tidur tapi bangun dan baca sikit quran. Ambil berkat. Mulut tak cakap merapu mahupun mencarut (susah). Tak mencari pasal dengan orang. Cakap guna ayat yang indah indah je. Tak terlupa bagi kad raya kat kawan kawan. Setiap hari telefon mak. Tanya, mak mak, pagi tadi sahur apa. Ha, semoga aku berjumpa dengan seorang yang sangat baik hati. Dan membawa aku makan berbuka sedap nyum nyum. Duit aku nak bajet beli kasut raya tak pun beli barang perhiasan diri brooch ke rantai ke selendang ke em em em emas (tak boleh sebut selalu, nanti aku mengigau ngigau nak beli) ke.

nah gambar raya tahun lepas. aku pakai 4 jam je baju tu.

Sempena bulan baik ni, kalau ada sesiapa yang teringin nak rasa kad raya aku, meh lah hantar alamat kau kat email aku. Bukannya apa, sah sah company tempat aku kerja kasik kad raya. Kawan kawan rapat aku, aku kasik yang tahun lepas punya. Haha. Jadi, yang baru ni, aku kasik korang ok. Email kat sini ---> deep_red1416@yahoo.com.

Dah dah, jangan lupa niat puasa. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.


p.s: aku jumpa orang yang sangat best selepas berjumpa dengan orang yang sumpah menyesal kenal.

Saturday, August 7, 2010

Mat tembakau

Banyak kali aku cuba pejam mata. Tak boleh. Asyik ternampak nampak je muka brader tua tu. Sepanjang malam tidur tak nyenyak. Ni semua bahana keluar sendiri sebab merajuk dan kepala batu. Brader tua ni pun satu. Kenapa nak jual tembakau kat aku dan menayang nayang sesuatu kat aku. Sepanjang petang aku menggeletar. Durjana kau brader tua yang gila s**s. Bila menggeletar geletar macam tu, aku tak fikir lain. Memang dia yang selalu ada untuk aku. Macam seminit lepas kau roger, kau sekarang rasa selamat.

Menyakitkan betul bila bergaduh. Lagi menyakitkan bila tak bertegur. Macam kehilangan. Because you are the wonderful man i ever wanted to talk to. Tak kisah lah siapa salah siapa betul dah. Yang penting, rasa memang sakit bila dia sakit.

Trauma punya pasal, aku bercerita pada kawan kawan aku. Diorang perlu tahu, supaya lebih hati hati. Jangan ikut macam aku. Nasihat budak kecil pandai, sendiri pun terjerat. Adik adik manis, kalau ada mat mat mana entah yang stare and senyum kat kau lama lama, kau better blah cepat cepat.

Gaya je dah tau betapa seriusnya cerita aku



dan kat bawah ni para pendengar. (bila masa tah si hitam echah buat kerja snap snap sana sini)


p.s: Mintak mintak kau berjaya ecah. nanti kita boleh sembang lagi lama di rumah baru.

Wednesday, July 21, 2010

hidung bak seludang

Balik kerja, teha sibuk gila nak cerita pasal kawan dia. Aku ingat pasal gossip hangat je. Setakat cerita kawan dia kapel ke aku tak berminat dengar. Atau pun cerita kawan dia break lepas tu kapel balik dengan ex-boifren dia pun aku taknak dengar. Cerita biasa biasa je tu. Alah, cerita budak budak.

Tapi, kali ni cerita dia memang gempak habis. Masa perhimpunan pagi, dia nampak kawan dia dari tepi semacam je. Bukan nampak macam pondan. Tak tak, sebab sekolah dia sekolah perempuan. Tengok lagi eh apasal muka dia nampak lain. Bukan pucat tak tahan berdiri lama. Tapi, dia nampak hidung kawan dia macam terangkat dari soket asal.

Aku mula mula terbayang, ya Allah, kawan dia ni ada ilmu hitam ke apa sampai boleh buat orang nampak hidung dia terapung apung. Haha. Rupa rupanya, kawan dia buat hidung baru ya. Terjatuh dagu aku ternganga dengan mata aku terbeliak beliak terkejut. Aik, apa ke senangnya budak ni boleh repair repair hidung. Mungkin resdung kuat, lepas tu tak tahan sangat bila bersin, hidung longgar. Jadi, baik buat dulu. Tapi, teha cakap budak perempuan ni memang cantik. Dan aku tengok gambar gambar dia. Walaupun baru 15 tahun, tapi gaya dah macam umur aku (umur aku rahsia). Matang. Cantik habis. Nak nak pandai bergaya depan kamera. Macam selebriti lah.

Teha cerita lagi, budak ni pergi buat hidung dengan mak dia. What the? Lagi terbangak bangak lah aku. Mak dia ajak buat hidung. Tak sangka aku perubahan gaya hidup budak budak masa kini rupanya melebihi tanggapan aku. Budak ni setiap kali berjalan depan kawan kawan terpaksa kemam mulut nak adjust position hidung supaya orang nampak aishh mana ada buat apa apa kat hidung aku, cantik semula jadi apa. Tapi, takkan lah teha nampak hidung dia macam terapung apung dari tepi tadi kan.

hush hush baby. hush hush baby. (ni bukan nicole pcd)

xoxoMUAHxoxo

Kalau ada apa apa yang aku berpeluang nak ubah kat sini, satu je. Hati yang dulu dulu. Eceh eceh.


p.s: aku semakin terpikat dengan pesona emas ;) *please please, rezeki menyebelahi aku*

Thursday, July 15, 2010

guwe ngerti dong mas

Baru je menjejakkan kaki ke tanah air tercinta dah mula gian nak pergi sana lagi. Sumpah best gila. Seronok yang tak boleh disampaikan dengan perkataan. Haha.

Kemas kemas barang, teringat pulak kat kawan kawan aku yang mengamuk ngamuk sebab susah nak kemas kan barang aku yang banyak nak mampus. Apa lagi barang wanita. Apa lagi barang shuze. Cis cis. Rindu nak pillow talk dengan diorang lagi walaupun memang aku yang kong dulu.

Malam ni aku sangat terkejut dengan satu perbualan yang durjana. Mesej yang ingin disampaikan sangat jelas. Perasaan dia macam, eh apa ni, main ludah ludah dengan orang yang tinggal di tingkat atas ke. Atau pun terkentut dalam tiub getah yang disorongkan ke hidung sendiri. Atau pun, korek korek sisa gigi dan lap atas tangan tiba tiba terlupa dan terbau sendiri.

Tapi, oklah, guwe ngerti amat signal tu dong. Guwe gak goblok terus. Gua kok sama kuliahnya dengan mereka doang. Makanya, guwe pasti cerdik amat. Sama dengan kalian doang. Yang pastinya pengalaman nya di bandoeng lumayan bangat! Gak sabar nak lihatin fotog fotog nya. Nanti guwe bilangin sama kamu gimana rasanya di sana. Ada cerita kucing nya emang jelas bangat berbangsa indonesia. Nanti guwe cerita in. Nantikan ya dong mas.

Lihatin dulu fotog nya sebelum berangkat.

p.s: adakah aku sangat hyperactive?

Monday, July 12, 2010

Spain vs. Netherland

Nak tau tak. Aku sangat teruja kira waktu untuk bersama sama denagn kawan kawan kejap je lagi. Aku tengah cuba untuk kawal diri sendiri. Jangan over excited. Haha. Tapi, ter'excited' akhirnya. Haha (annoying siyal)

Agaknya tengah musim apa kat sana. Ahri tu aku hampir hampir je nak beli glove, snow cap semua. Mana tau tengah salji. Cis. cetek sungguh pengetahuan aku tentang cuaca dunia. Tak guna belajar kajian tempatan dan geografi dulu.

Dah buat cek list dah tadi. Apa yang patut dibawa. Ingat nak buat video tengah packing. Ah, malas lah. Nanti dah balik barulah tulis.

Harap harap semuanya ok ok saja. Tak sakit perut. Tak homesick. Tak ada apa apa bencana alam berlaku. Tak ada sabotaj letak d****h dalam bag. Tak kena rampok. Tak lupa daratan. Tak lupa bahasa melayu sebenar. Tak lupa udara malaysia. Tak lupa keluarga yang menunggu anaknya membawa pulang nama baik. Tak lupa kawan kawan yang tak dapat ikut. Tak lupa kekasih. Tak lupa diri. Tak lupa Tuhan.

Sebelum lupa perlawanan antara spain dan hol hol hol (susah nak sebut team yang naib juara ni) holland, aku nak kena bersiap siap. Nak tengok kat spicy. Spain menang. Vamos Espana! Lalang buat kali yang aku harap terakhir lah.


Jersi lopek aku


p.s: bai malaysia

Saturday, July 10, 2010

resipi telur hancur

Penatnya kaki aku hari ni. Jelajah satu midvali pakai kasut tinggi. Cis, benci kau kasut tinggi. Lain kali aku nak kaki ayam. Hari ni bangun lambat gila. Haha. Tak sengaja. Sedar sedar eh dah pukul 10. Tak apa kot. Hari terakhir bekerja.

Lepas balik kerja, kutip norman dan ecah, pergi wedding arifah. Tak boleh jadi ni, aku dah berapa kali tah miss wedding budak sekolah aku. Marabahaya nanti. Jadi, perkahwinan kali ni kena pergi. Lagipun, kena jumpa kawan kawan. Rindu lama tak gurau gurau.

raja dan permaisuri sehari. arifah, kau cool habis pakai kasut prep =)



Sebenarnya aku nak cerita hasil masakan aku hari ni. Balik tadi, lapar lah pulak. Aku pun panaskan kuali, letak butter sikit, pecahkan telur, letak lada sulah dan garam. Nanti nak makan dengan roti. Aku ingat, ah hari ni aku nak letak kat blog lah resipi ciptaan aku (padahal ni adalah breakfast yang normal). Aku makan lahap gila. Tak kisahlah masih panas. Yang penting aku lapar dan tak sabar nak rasa masakan aku sendiri.

Sumpah aku kecewa. Aku masak masin gila. Nak tersembul sembul mata aku bila rasa garam tu macam aku tertelan air laut berbotol botol. Oklah, malam ni terpaksa berlapar. Terkial kial aku sekarang ni nak hilang kan rasa garam pekat kat lidah.


p.s: tak jumpa lama lepas ni. mesti terngiang ngiang gaya menguap awak

Friday, July 9, 2010

Resah menunggu

Lagi beberapa menit ok minit je lagi aku akan mula rasa bahang bahang kegembiraan memuncak. Tak sabar rasanya nak pergi bandung. Cis over, tapi bukan isu batak dapat pergi oversea yang aku nak riuh riuh ni, tapi sebab dapat pergi cuti ramai ramai dengan kawan kawan yang sangat jahat tapi tak tahu lah kenapa aku sangat sayang. Benci tau. Benci bilang cinta.

InsyaAllah, semua dah settle sebelum aku mula bercuti lama. Kerja tak ada pending kot -,- Report dah hantar siap dengan pertolongan aina 357 lagi. Meja pun dah kemas. Order yang bukan dengan air liur pun dah ambik. List apa yang perlu dibawa pun ada. Siap aku dah pack and unpack berkali kali lagi. Jakun. Hubungan yang tersadai pun dah diperbaiki. Tapi, hati aku yang terluka teruk angkara orang orang yang tak suka aku je aku belum clearkan lagi. Nantilah, kasi aku pergi cuti cuti dulu. Kang balik, gua setel.

Tiap malam selain stadi pasal pelaburan emas , aku sebenarnya sibuk cari apa yang menarik boleh dibeli dan buat kat sana nanti. Ya iya lah, uangnya nipis doang. Ga kepuk kepuk.



Ga sabar dong mas. Pasti gratis amat! Pasti ngetop! Nak nonton RCTI dan SCTV. Lepas ni, selesai lah episod pre-bandung aku selama ni. Eh eh, tiba tiba sedih pulak. Kita buat plan lain pulak ok kawan kawan ku yang cantik. Caucincau.

p.s: Bajet jauh dari malaysia, jauh dari masalah lah. Haha.

Saturday, June 5, 2010

kaki televisyen

Hai. Kalau bukak tv sekarang suka tengok cerita apa. Sekarang aku dah ada jadual tetap nak balik malam pukul berapa dan sempat tengok semua rancangan kesukaan aku di tv. Yeah yeah, dah ada tujuan hidup. Dari isnin sampai ahad, aku dah susun senyap senyap dalam kepala otak aku apa nak tengok setiap hari. Gossip girl year 3, desperate housewives, the vampire diaries, csi, house, ghost whisperer, roh kembali, patung cendana tak lama lagi cerita orang minyak ke apa tah, aliff firdaus aku tak main, noktah buat erna pun aku tak boleh blah sebab rita rudaini cantik sangat (alasan supaya tak kena saman) tapi, cerekarama memang aku tak pernah tinggal.

Tak lupa juga, pertandingan kat tv. Macam baru baru ni AF sebab aku cuma nak tengok shahir saja. Sekarang mentor dan showdown 2010. Kalau mentor, aku nak sokong joe flizzow dan protogenya. Kalau showdown 2010, aku suka floor fever. Sokongan moral saja, tak payah sms masuk atau sms undi secara pukal. Sebab dulu aku dah puas undi undi undi faizal tahir masa OIAM. Hahaha. Baru baru ni aku mimpi faizal tahir. Dia kata dia suka aku macam aku suka dia. Lepas tu dia nyanyi kat aku lagu. Satu lagu yang cukup indah. Tapi, tiba tiba dalam mimpi tu, muka faizal tahir berubah menjadi iras iras saiful. Saiful oiam tu. Sebab sebenarnya dia nyanyi Ku Juga Mencintaimu. Ha, tu lah. Bila mat rock nyanyi lagu jambu. waddefak eh eh tak baik mencarut.

Nanti bila tengok showdown, kau vote floor fever tau. Janji tau. Sebab diorang macam best. Aku tak boleh undi. Nanti kredit habis.





p.s: rambut macam tu lah seronok, boleh buat bergurau.

aku gadis licik

Kalau lah nenek aku tak bising bising suruh balik, dah sah sah berakar dah aku bersembang kat ali dengan diorang semua. Kau bayangkan, dari aku ingat ada 4 ketul je yang datang, sedar sedar ada 12 ke 13 ke 14 orang semuanya ya. Maka, apa lagi. Mestilah borak panjang panjang, ketawa dekah dekah, air berjag jag dah, jerit jerit sampai aku nampak ada pakcik meja seberang jeling jeling dah. Tunggu datang dan siram air kat semua yang ada kat situ sebab rasa terganggu. Mintak maaf pakcik. Tengah berdarah muda. Cakap nak macam halilintar sekor sekor.

Nenek aku memang comel gila. Ya lah, ni lah satu satunya nenek yang aku ada sekarang ni. Sanggup datang dari jauh sebab nak jaga aku dan saudara di kl sebab pakcik makcik aku pergi umrah. Nenek kata, kalau tak sayang, dia tak bising kalau aku masih tak balik walaupun dah pukul 12 malam. Nenek kata lagi, kalau kaki dia tak bengkak, dah lama dia nak ikut aku keluar. Nenek pancing lagi, dia kata doktor kata jantung dia tengah sakit. Sebab tu kaki terjangkit bengkak. Jadi, kalau taknak dia sakit sakit, jangan keluar balik malam. Eleleleleh, berharap aku termakan lah tu dengan kata kata dia supaya aku tak keluar. Haha. Nasib baik gua sayang lu nenek. Sayang kuat kuat punya. Jadi, aku tetap balik malam tapi aku kena layan dia ceramah. Hm, aku boleh dengar apa sahaja. Boleh terima apa sahaja. Eh, macam pernah dengar pulak ayat ni.

Esok, aku kena jadi orang rumah.




p.s: nak sebijik, sbijik macam dia.