Surat untuk kekasih.
Kehadapan supergirlfriends, aku terpanggil untuk menulis nota cinta ni untuk korang. Ni betul betul bau bau cinta untuk korang. Seperti aku berhutang nyawa kalau aku tak bagitau.
Terima kasih sgf. Di masa masa aku sedang betul betul berada di bawah, sampai aku rasa aku nak bersembunyi je, korang tetap berjaya cari aku. Bukan nya hiburkan aku dengan kata aku the best ke worth it ke baik ke jelita ke apa. Tapi korang tak putus putus berada di samping aku. Macam ada giliran. Ke memang dah buat shift supaya aku tak rasa keseorangan. Dari aku mula, sampai lah akhir, tak ada satu kali pun korang bantah dengan apa aku buat. Dan aku percaya, betul betul percaya, ni lah namanya kawan.
Ecah, terima kasih sebab kau cuba sedaya upaya cari aku masa aku susah. Berkat doa kau aku masih bertahan. Shuze, terima kasih sebab datang kat aku walaupun aku tau tak datang pun tak apa. Tidur sebelah kau aku rasa selamat sangat. Nani, terima kasih walaupun kau sibuk dengan kelas, kau sanggup datang kat aku dan tumpangkan riba kau untuk aku tidur dan main main lima posen dengan aku. Affa, terima kasih sebab selalu sangat dengar rintihan aku. Belai rambut aku sampai aku tertidur. Sumpah satu malam tu sahaja aku tak ada mimpi duka. Natali, terima kasih sebab tanya khabar dan selalu cuba untuk berada di samping aku. Syaf, terima kasih sebab hari hari periksa aku sama ada aku ketawa ke tak. Kata kata semangat kau buat rasa kuat. Absya, walaupun kau kat johor, aku berterima kasih sangat sebab selalu telefon dan melayan perasaan aku walaupun kau pun penat rasanya. Yelah, lenguh kan tangan kepit telefon. Z terima kasih. Aku tak tau nak cakap macam mana entah sebab setiap kali aku bergenang, mata kau turut bergenang genang. Nadia, terima kasih sebab aku tau dari jauh kau selalu tanya kabar aku. Kau induce aku cakap pasal benda lain selain kesedihan kan. Wanita, terima kasih sebab sanggup menipu kata nak tinggalkan awan semata mata nak teman aku. Malam malam bagi aku kek. Sumpah malam tadi aku menangis. Hamster, terima kasih sebab selalu cari masa untuk teman aku dan tak berhenti henti ulang cakap kau sayang aku. Natrah, terima kasih dengan doa kau. Sampai sekarang aku terbayang bayang ayat yang kau cakap semacam meresap. Mai, terima kasih walaupun kau tak sempat lagi jumpa aku tapi kasih sayang kau aku tetap rasa masa masa susah ni. Azeela, walaupun kau jauh, aku terharu dengan ayat ayat kau. Kalau lah kau tau, aku rasa keseorangan dan tertekan sehingga lah kau private message aku dan ulang ulang kata kau yang kau dan kawan kawan akan berada dengan aku. Sampai bila bila. Terima kasih semua.
Aku tau aku tak menangis sendiri. Kau semua pun menangis bersama aku. Bukan menangisi nasib aku. Bukan marah dengan apa yang berlaku. Tapi aku tau korang nangis sebab sayang yang mendalam untuk aku.
SGF, aku sayang korang. Kalau korang ditakdirkan hidup 100 000 hari, aku nak hidup 99 999 hari. Sebab aku tak sanggup nak hidup walau sehari pun tanpa korang.
Yang benar,
korang punya supergirlfriend. sayda.
1 comment:
ai terharu....uuuuuuu....
Post a Comment