Sunday, June 27, 2010

Gaya Sakan


Beberapa hari ni, aku sibuk sangat. Hampir hari hari aku nak main handphone canggih pun tak dapat. Walau bagaimanapun, aku tetap tak lupakan tanggungjawab aku. Haha. Lagipun, setelah diberi tawaran lepas tu diugut nak ditarik balik lepas tu diejek ejek lepas tu digelak gelak lepas tu dibagi cadangan pulak lepas tu kena gelak balik. Cis, sakit badan aku buat kerja kerja ni semalam. Siap dah nak post produk baru lagi.

Ok, dengan mengharapkan belas kasihan model cantik kami, dia ni pemenang America's Next Top Model, inilah contoh contoh barang yang nak dijual. (Tyra Bank marah aku cilok model dia).


Amacam, cantik tak. Ya, model memang cantik. Tapi, aku jual selendang tu. Nah, tengok lagi.


Nah, lagi.

Kalau nak tengok lebih lagi, kelik sini ok.


Lepas ni, tiba tiba je rasa bosan dengan tudung bawal yang sedia ada, rasa nak pakai selendang lah pulak, ke tiba tiba je kau nak pergi dating, eh tapi tak ada baju baru yang cantik, tak pun tiba tiba je kau keluar jalan jalan, dan kau nampak eh kenapa awek tu sangat fesyenable, atau pun dah nak raya tapi tak ada kain nak buat baju, nak kain yang liplap glamor pulak tu, malas nak pergi jalan jauh jauh sebab nanti berpeluh dan hitam, skrol skrol je 'dole boutique'. Mana tau kau berkenan. Maklumlah, almari dole sangat up-to-date. Haha. Thanx tau sebab singgah. Love u all. Auwww.


p.s: sampai bila bila boleh tak agaknya


Wednesday, June 23, 2010

Siti Hajar Ibrahim

Pada tahun 1997

Ada seorang budak perempuan, Siti Hajar nama dia. Memang kiut. Dia budak pandai. Budak kelas lompat dari darjah 3 pergi 5. Budak pts.

Mula mula, memang aku gelisah gila bila ada budak junior yang masuk kelas aku. Baru pindah sekolah, dan dapat lompat darjah 5 pulak tu. Yelah, aku sebagai pemegang takhta pelajar darjah 5 paling pandai dan glamour mestilah tercabar.

Tapi, hajar ni pandai. Bukan pandai akademik je. Semua lah. Dia pandai macam mana nak ambil hati aku. Dia selalu tanya pasal pelajaran dengan aku. Padahal aku tau, takkan lah dia tak tau. Buat homework mesti nak sama sama. Selalu ajak aku buat homework dekat bukit layang layang tempat orang jogging semata mata dia tahu aku suka skodeng lelaki jogging kat situ. Masa exam muzik, sanggup berlatih sungguh sungguh nyanyi lagi korban cinta ziana zain sebab dia tau, aku memang suka ziana zain. Dia pun kaki bangku. Apa apa sukan pun haram dia tak pandai main. Tapi sebab nak ada benda in common dengan aku, dia sanggup turun join aku prektis netball. Macam tu lah gigihnya.

Dia buat aku terima hakikat yang aku tak sentiasa kena berasa selamat berada di atas. Ada orang lain baru yang lebih hebat. Sebenarnya, daripada dia juga lah, aku pandai cakap bahasa inggeris sikit sikit masa tu. Terima kasih hajar. Sebagai menghargai kawan, aku kasik dia minat orang yang aku minat sejak sekian lama. Kapten bola sepak sekolah. Nama dia Hafiz Akib. Hajar tak tahu aku suka dia. Walaupun akhirnya, anugerah pelajar terbaik, aku yang dapat. Haha.

Macam tu lah cerita sang hajar ni. Dah lebih kurang 13 tahun aku tak jumpa dia. Mungkin dia dah jadi doktor agaknya. Aku pulak, kerani cabuk sahaja. Siti Hajar Ibrahim, kalau awak baca blog kita, awak tinggalkan nombor telefon awak kat email kita tau.


tak tak, ni bukan hajar, ni ain, dan yang ambik gambar ni teha


p.s: kadang kadang kalau nak bersaing, memang kena berbaik dengan pesaing
, bukan main serang je

Monday, June 21, 2010

Tips Pergi Melancong

Bukan isu batak gila dapat bercuti ke luar negara, walaupun aku admit memang tak pernah ke luar negara untuk tujuan melancong, tapi sebenarnya adalah aku terlampau seronok entah apa lah agaknya perangai sekor sekor kawan aku nanti kat sana. Mesti semua pun sangat gembira. Mesti seru sekali kan, nggak ada khuatir khuatir masssss (aku dah banyak kali prektis cakap indon dengan maid makcik aku).
Sebelum pergi melancong, aku perlu ada beberapa persediaan. Ni bukan setakat kena cukup duit, bukan setakat kena ada tempat tinggal dan pengangkutan semua. Kena jugak fikir pasport lepas ke tak, ambil cuti awal awal dan selesaikan sebanyak mungkin kerja di ofis, fotostet siap siap ic, lesen dan hafal semua nombor telefon orang penting. Sebab aku plan nak call guna telefon awam sahaja. Cakap banyak bayar kurang. Kat bawah ni persiapan selebihnya.

1. Peta. Kat sana mesti takut sesat. Makanya, aku akan siap siap google peta kat bandung dari sini. Mudah mudahan dimudahkan perjalanan.

Peta kat baju aku pun berguna apa.


2. Program. Iternari sangat penting. Mungkin beberapa hari sebelum bertolak perlu buat perbincangan apa yang akan dilakukan di sana dan ke mana. Ini adalah kerana kat sana kita semua 'percuma dan mudah' sahaja. Tiada pemandu pelancong.

3. Bag. Ini pun merupakan masalah yang agak besar kalau tak diteliti sebelum melancong. Aku punya cadangan memang nak bawak bag tarik ikut trend shuze. Haha. Bawak bag bapak besar macam nak pergi sebulan. Haha. Haha. Haha. Sorry shuze sayang. Tapi, aku akan bawak bag belakang je. Baru nampak sporty. Haha. *annoying gila*

Bag aku kalau tak muat aku nak tumpang bag nani.


4. Pakaian. Oleh kerana tujuan nak pergi sana memang nak shopping. Aku nak ikut cadangan echah sumbat seboleh bolehnya baju dalam bag belakang kami. Kalau nak bawak lebih lagi, pakai selebihnya kat badan. Pakai tebal tebal dari Malaysia.

5. Buah tangan. Buat awal awal list siapa priority untuk diberikan buah tangan. Haha. Ni untuk mengelakkan kos untuk membeli barang sendiri tidak terganggu. Misalannya, berapa orang yang bakal dapat keychain dan penanda buku, siapa yang boleh dapat t-shirt, siapa yang kirim-kirim-barang-bukan-pakai-air-liur-semua.

6. Kamera. Ni pun penting. Nak nak lah semua memang jakun nampak flash. Nak rakam semua kenangan manis kat sana. Nak buat filem dokumentari juga. Setiap perhentian nak kena ada video. Wah. Nanti tua boleh tengok balik gambar masa muda. Nanti boleh jual kat astro.


7. Makanan tambahan. Oleh kerana kami semua islam, maka aku akan bawa beberapa makanan yang senang dibawa dan disedia dari malaysia. Bukannya bongok kat sana tak boleh cari makanan halal ke apa, tapi mana lah tau duit dah habis kat sana nak makan apa. Apa lagi, santap megi kriuk kriuk. Haha. Ibumie pun dari indon. Rusky pun dari indon. Indomie dah sah sah lah indon mari.

8. Tanda nama. Oleh kerana yang pergi kali ni ramai dan masing masing perangai sukar dikawal, aku rasa kitorang kena pakai nametag atau apa apa penanda. Macam pakai bendera kat kepala ke. Wisel ke. Kan senang nak cari kalau hilang.

Okaylah, nak kena fikir persiapan lain ni. Sehingga berjumpa lagi bila aku ada idea nak tulis apa. Babai blog ku yang gempak~


p.s: kalau kau berahsia, aku pun ada rahsia juga.

Saturday, June 19, 2010

too hawt to handle




Dah lama terlupa nak update blog. Blog dah lah umpama diari. Terlupa kat dia pulak. Aku lalai melakukan sesuatu yang lain. Benda yang dah buat aku lekat kat dia sahaja dan lupa diri. Macam perasaan jatuh cinta lah.

Sejak dia hadir dalam hidup aku dua minggu lepa
s, aku rasa lain macam betul. Perasaan yang dah lama aku tak rasa. Dah lama tak rasa dimanjakan macam tu. Walaupun pada mulanya aku cuba kawal perasaan suka tu, sebab takut satu hari nanti aku akan kecewa ke apa. Tapi, makin mendalam pulak perasaan suka tu.

Sekarang, aku jadi tak sabar nak tunggu hari esok. Bangun pagi dengan mimpi yang indah indah semalamnya. Kerja dengan gembira sebab dah tak terlintas pun apa apa masalah hidup asalkan tiap kali boleh terfikir pasal dia. Jadi tak sabar untuk pulang dari kerja sebab akan meluangkan masa dengan dia pada baki malam. Dia memang sang putera yang ak
u tunggu rupanya selama ni. Suka teman aku sampai aku terlelap. So sweet kan.

Tak ada siapa pun yang tahu lagi pasal cinta hati baru aku ni. Termasuk kawan rapat sendiri. Aku rancang nak simpan dulu rahsia ni. Tunggu masa sesuai, baru aku buka cerita. Tapi, demi diari tersayang, aku kenalkan pakwe baru aku. Doakan yang terbaik untuk kami ya!



Yang dalam love tu lah boifren baru.




Ni gambar close up masa kami keluar dating sama sama.


p.s: hujung minggu duduk rumah sahaja? memang tak sosial



Sunday, June 13, 2010

jeling

Entah apa iblis yang rasuk dia, ada satu awek ni tergamak sepak kucing. Memang dasar. Bukan kucing tu mintak makan pun, lalu bawah kaki dia je. Demi membela nasib anak kucing yang muka dia mirip betul macam ciko, aku datang dekat dekat kat awek tu. 'Hey, awak muka dah lah macam so'ol. Kaki kurus macam chopstick. Tu kalau naik kurap sebab tendang kucing macam mana.' Awek tu naik bengang, dia hempuk aku pakai mangkuk hotplate dia. Apa lagi, aku pun sondol dia dengan troli sayur mak aku. Gaduh berlarutan sampai tudung aku macam belacan, minah tu pulak dah berdarah darah aku kerjakan.

Ish, aku berangan lagi. Aku mana berani. Aku setakat jeling je makwe tu. Dia perasan aku bengang bila aku angkat kucing yang dia sepak tu letak jauh jauh. Tapi, minah tu senget senget kan bibir dia. Konon tak bersalah. Aku nasihat kan dia. 'Awak, sesungguhnya kucing ni binatang kesayangan Rasullah SWT'. Beradab betul cara aku sound dia kan, tapi, ni pun aku tak buat. Lantaklah, semoga satu hari nanti dia faham sendiri maksud jelingan aku.


Apa motif ambik gambar aku jadi profile pic.


p.s: esok puasa 1 rejab

Friday, June 11, 2010

sang kijang

Percaya tak, dari plan nak berhibur dah bertukar jadi plan balik ke kampung halaman. Mula mula bila dengar yang plan terpaksa tangguh, buat hati saya jadi sedih sangat. Tak tau kenapa. Mungkin sebab saya pun tunggu masa berhibur ni. Tapi, tak nak dah lah pakai 'saya', aku rasa balik kampung pun mungkin lagi baik. Boleh berehat. Boleh main kucing.

Aku rasa serba salah kat fendi. Macam buat janji johny je mula mula kata nak join, tapi alih alih, aku yang kansel. Semacam pulak tengok muka dia tadi.

Tadi, aku makan nasi beryani. Saja nak bawak kawan kawan makan situ padahal perut aku saaaaaangat tak boleh blah dengan nasi beryani. Tak tahu lah kenapa. Ingat lagi, masa kecil dulu, kalau hari ni ada kenduri kahwin, makan nasi beryani, sah sah esok nya aku lembik tak bermaya sebab berak berak dan muntah muntah. Adakah hujung minggu ni aku akan melepet. Nanti aku update kat rumah.

Okaylah, malas dah lah nak mencarut. Ha, tadi, dah ada orang perasan, aku akan kantoi marah bila mulut aku keluar 2 perkataan yang tak sepatutnya ni. Oh, ya tak ya jugak kan. Aku baru perasan, tu lah rupanya intro aku marah. Nak kemas barang lah. Baibai. Caudemau.

p.s: nak kumpul duit nak beli emas banyak banyak lepas tu tanam, lepas tu buat peta harta karun

Wednesday, June 9, 2010

Bayi comel

Aku ingat balik dah ada makanan. Lapar gila. Dah berapa hari ni aku tak tau aku makan ngada ngada gila. Bila masa makan, terpaksa makan sikit sebab loya dan perut aku memulas mulas. Homaigod, aku bunting pelanduk ke (pregnant masa period).

Sementara dinner siap, aku rasa nak tulis sikit pasal apa mak aku pernah bagitau aku masa aku balik johor hari tu. Mama cakap, masa aku kecil aku seorang kanak kanak yang comel. Cohhmell sangat. Haha. Malas lah nak tipu. Mak aku sebenarnya cerita aku dulu kuat mengamuk.

Pantang salah sikit, aku mesti nak mengaruk. Bajet bila mengamuk, mesti kena pujuk. Tapi, tiap kali pun aku kena belasah. Tiap kali pun nak guna taktik sama. Tiap kali pun aku lupa dan mengamuk dan kena denda dan mengamuk dan kena sebat.

Pernah satu hari, mak aku kejut tanya nak ikut dia tak beli apa tah kat van apek tu. Aku kalau tidur, memang tak hengat punya lah. Oh, lupa pulak aku baru je 8 tahun masa tu. Mak aku kejut lagi sebab dia kata nanti aku merajuk tak dapat ikut dia. Aku tetap buat buat pejam mata. Ah, malas lah cuti cuti sekolah macam ni nak kena bangun awal.

Sedar sedar je, aku tengok mak aku tak ada. Adik aku pun tak ada. Ayah aku memang tak ada punya lah. Pergi jogging punya pagi pagi cuti macam ni. Mula lah aku terasa kena tinggal. Terlupa mak dah kejut tadi. Aku bangun dengan bercucuran air mata nangis kunci pintu rumah dari dalam. Selak berantai rantai tak nak kasik mak dengan adik aku masuk. Siapa suruh selfish taknak bawak aku jalan.

Bila mak aku balik. Bergegar gegar pintu rumah mak aku ketuk suruh bukak. Aku jerit dari dalam mengamuk kata mak aku keji tinggal anak sulung sorang sorang dalam rumah. Sebagai denda aku kunci mak aku kat luar. Kurung mak ya. Memang tanggang. Puas lah mak aku merayu rayu nak masuk. Dia kata panas kat luar. Adik aku pun dan menangis penat agaknya berjemur kat luar.

Tiba tiba rasa kesian sangat kat mak dan adik aku. Aku hendap kat tingkap, mak aku dah basah lencun berpeluh dah. Ah, nak bukak rasa cuak lah pulak. Sebab selalunya kalau aku buat perangai, mesti aku dapat habuan punya. Jadi, aku pancing mak aku. Ma ma, kalau kakak bukak pintu ni mama nak pukul tak. Mak aku pun jawab. Takkan lah mama nak pukul anak mama, bukak lah pintu. Kesian sangat dengar, aku pun bukak lah pintu. Tak sangka betul, rupanya aku yang kena pancing. Mak aku dah standby dah sebatang ranting entah mana dia ambik. Maka, badan aku pun dilibasnya sebaik sahaja pintu dah dibuka. Haha. Kenapa lah aku tak waspada langsung. Patut aku tawar menawar lagi sebelum tu.

Ma, kakak sayang mama. Nasib baik mama rembat kakak masa kecil dulu tiap kali kakak mengamuk. Kalau tak, mesti sekarang kakak terus menerus menjadi pemberontak keamanan negara.


Ni lah foto masa aku kecil. Comelnya.

Haha. Aku kanak kanak perempuan yang sangat biasa. Eh tak adalah biasa sangat. Sebab aku sebenarnya bayi permpuan yang comot sahaja.

p.s: ok. makanan dah siap. korang, pakailah selendang. kelik lah bisnes kecil kecilan kami orang ni.

Tuesday, June 8, 2010

pekak tak apa asalkan peka

Sampai bila agaknya aku nak ada rasa macam ni. Hari hari penuh dengan penyesalan. Kenapa aku dulu pernah hidup dalam membuta butakan. Menidakkan menidakkan lah.

Tak apalah, rasanya, bukan salah dia. Tapi, salah aku. Sebab tak peka. Tapi aku sangat pekak. Ha, cakap pasal pekak. Dulu aku mempunyai sistem pendengaran yang baik. Tapi, tak lama. Sejak aktif dengan pancaragam, aku dah jadi kurang dengar. Pekak lah senang cakap. Kadang kadang, sebab aku tak dengar sangat apa orang cakap, boleh buat gaduh sebab aku tak mampu nak dengar dengan baik bila bila orang tu cerita masalah. Padahal, aku boleh lagi membaca. Kalau aku tak dengar, apa kata kau tulis.

Tengok tengok. Padahal aku nak mandi. Tapi tersangkut nak merepek kat blog dan lalai tengok video ni hah. Dulu aku pernah suka Irwansyah. Dia nombor 4 dalam list artis lelaki kesukaan aku selepas faizal tahir, anuar zain dan adam.




p.s: tak baik tau buat buat tak nampak kehebatan orang.

Saturday, June 5, 2010

kaki televisyen

Hai. Kalau bukak tv sekarang suka tengok cerita apa. Sekarang aku dah ada jadual tetap nak balik malam pukul berapa dan sempat tengok semua rancangan kesukaan aku di tv. Yeah yeah, dah ada tujuan hidup. Dari isnin sampai ahad, aku dah susun senyap senyap dalam kepala otak aku apa nak tengok setiap hari. Gossip girl year 3, desperate housewives, the vampire diaries, csi, house, ghost whisperer, roh kembali, patung cendana tak lama lagi cerita orang minyak ke apa tah, aliff firdaus aku tak main, noktah buat erna pun aku tak boleh blah sebab rita rudaini cantik sangat (alasan supaya tak kena saman) tapi, cerekarama memang aku tak pernah tinggal.

Tak lupa juga, pertandingan kat tv. Macam baru baru ni AF sebab aku cuma nak tengok shahir saja. Sekarang mentor dan showdown 2010. Kalau mentor, aku nak sokong joe flizzow dan protogenya. Kalau showdown 2010, aku suka floor fever. Sokongan moral saja, tak payah sms masuk atau sms undi secara pukal. Sebab dulu aku dah puas undi undi undi faizal tahir masa OIAM. Hahaha. Baru baru ni aku mimpi faizal tahir. Dia kata dia suka aku macam aku suka dia. Lepas tu dia nyanyi kat aku lagu. Satu lagu yang cukup indah. Tapi, tiba tiba dalam mimpi tu, muka faizal tahir berubah menjadi iras iras saiful. Saiful oiam tu. Sebab sebenarnya dia nyanyi Ku Juga Mencintaimu. Ha, tu lah. Bila mat rock nyanyi lagu jambu. waddefak eh eh tak baik mencarut.

Nanti bila tengok showdown, kau vote floor fever tau. Janji tau. Sebab diorang macam best. Aku tak boleh undi. Nanti kredit habis.





p.s: rambut macam tu lah seronok, boleh buat bergurau.

aku gadis licik

Kalau lah nenek aku tak bising bising suruh balik, dah sah sah berakar dah aku bersembang kat ali dengan diorang semua. Kau bayangkan, dari aku ingat ada 4 ketul je yang datang, sedar sedar ada 12 ke 13 ke 14 orang semuanya ya. Maka, apa lagi. Mestilah borak panjang panjang, ketawa dekah dekah, air berjag jag dah, jerit jerit sampai aku nampak ada pakcik meja seberang jeling jeling dah. Tunggu datang dan siram air kat semua yang ada kat situ sebab rasa terganggu. Mintak maaf pakcik. Tengah berdarah muda. Cakap nak macam halilintar sekor sekor.

Nenek aku memang comel gila. Ya lah, ni lah satu satunya nenek yang aku ada sekarang ni. Sanggup datang dari jauh sebab nak jaga aku dan saudara di kl sebab pakcik makcik aku pergi umrah. Nenek kata, kalau tak sayang, dia tak bising kalau aku masih tak balik walaupun dah pukul 12 malam. Nenek kata lagi, kalau kaki dia tak bengkak, dah lama dia nak ikut aku keluar. Nenek pancing lagi, dia kata doktor kata jantung dia tengah sakit. Sebab tu kaki terjangkit bengkak. Jadi, kalau taknak dia sakit sakit, jangan keluar balik malam. Eleleleleh, berharap aku termakan lah tu dengan kata kata dia supaya aku tak keluar. Haha. Nasib baik gua sayang lu nenek. Sayang kuat kuat punya. Jadi, aku tetap balik malam tapi aku kena layan dia ceramah. Hm, aku boleh dengar apa sahaja. Boleh terima apa sahaja. Eh, macam pernah dengar pulak ayat ni.

Esok, aku kena jadi orang rumah.




p.s: nak sebijik, sbijik macam dia.

Wednesday, June 2, 2010

shake it off

Tangan aku dah ada otot. Wow. Cantiknya tangan bila dah ada ketul ketul macam ni. Ni mesti sebab aku sental kereta kuat sangat. Haha. Nak hantar carwash, mahal. Basuh sendiri sampai menyesal sebab tangan aku sekarang kekekekekeketttttaaarr.

Tadi aku layan ShowDown. Tiba tiba buat aku teringat yang dulu aku pun aktif joget joget. Tapi lagu yang bukan bukan lah. Hindustan gua layan. Lagu BSB pun gua layan. Lagu Rockafellaskank pun gua layan. Ya, tak lupa jugak, kenapa tah aku layan tarian tradisional. Haha. Siap bergendang gendut lah bagai. Well, minat konon kan tak membezakan muzik.

Malas taip banyak, apa kata, aku tonton tarian agnes monica yang sekseh. Hei, aku dulu pun menari cekci macam ni. Haha.






p.s: hari ni rasa cepat gila.

aik?

aku ingat aku ada kawan nak lepak makan. cis tak ada rupanya. lapar gila maka aku akan chow sekarang. bai.