Peta kat baju aku pun berguna apa.
2. Program. Iternari sangat penting. Mungkin beberapa hari sebelum bertolak perlu buat perbincangan apa yang akan dilakukan di sana dan ke mana. Ini adalah kerana kat sana kita semua 'percuma dan mudah' sahaja. Tiada pemandu pelancong.
Bag aku kalau tak muat aku nak tumpang bag nani.
4. Pakaian. Oleh kerana tujuan nak pergi sana memang nak shopping. Aku nak ikut cadangan echah sumbat seboleh bolehnya baju dalam bag belakang kami. Kalau nak bawak lebih lagi, pakai selebihnya kat badan. Pakai tebal tebal dari Malaysia.
5. Buah tangan. Buat awal awal list siapa priority untuk diberikan buah tangan. Haha. Ni untuk mengelakkan kos untuk membeli barang sendiri tidak terganggu. Misalannya, berapa orang yang bakal dapat keychain dan penanda buku, siapa yang boleh dapat t-shirt, siapa yang kirim-kirim-barang-bukan-pakai-air-liur-semua.
6. Kamera. Ni pun penting. Nak nak lah semua memang jakun nampak flash. Nak rakam semua kenangan manis kat sana. Nak buat filem dokumentari juga. Setiap perhentian nak kena ada video. Wah. Nanti tua boleh tengok balik gambar masa muda. Nanti boleh jual kat astro.7. Makanan tambahan. Oleh kerana kami semua islam, maka aku akan bawa beberapa makanan yang senang dibawa dan disedia dari malaysia. Bukannya bongok kat sana tak boleh cari makanan halal ke apa, tapi mana lah tau duit dah habis kat sana nak makan apa. Apa lagi, santap megi kriuk kriuk. Haha. Ibumie pun dari indon. Rusky pun dari indon. Indomie dah sah sah lah indon mari.
8. Tanda nama. Oleh kerana yang pergi kali ni ramai dan masing masing perangai sukar dikawal, aku rasa kitorang kena pakai nametag atau apa apa penanda. Macam pakai bendera kat kepala ke. Wisel ke. Kan senang nak cari kalau hilang.
Okaylah, nak kena fikir persiapan lain ni. Sehingga berjumpa lagi bila aku ada idea nak tulis apa. Babai blog ku yang gempak~
p.s: kalau kau berahsia, aku pun ada rahsia juga.
1 comment:
sayda: aku br tpk nk bwk beg tarik..tapi, mcm pegi sbulan..hahahahahaha
Post a Comment