Wednesday, June 9, 2010

Bayi comel

Aku ingat balik dah ada makanan. Lapar gila. Dah berapa hari ni aku tak tau aku makan ngada ngada gila. Bila masa makan, terpaksa makan sikit sebab loya dan perut aku memulas mulas. Homaigod, aku bunting pelanduk ke (pregnant masa period).

Sementara dinner siap, aku rasa nak tulis sikit pasal apa mak aku pernah bagitau aku masa aku balik johor hari tu. Mama cakap, masa aku kecil aku seorang kanak kanak yang comel. Cohhmell sangat. Haha. Malas lah nak tipu. Mak aku sebenarnya cerita aku dulu kuat mengamuk.

Pantang salah sikit, aku mesti nak mengaruk. Bajet bila mengamuk, mesti kena pujuk. Tapi, tiap kali pun aku kena belasah. Tiap kali pun nak guna taktik sama. Tiap kali pun aku lupa dan mengamuk dan kena denda dan mengamuk dan kena sebat.

Pernah satu hari, mak aku kejut tanya nak ikut dia tak beli apa tah kat van apek tu. Aku kalau tidur, memang tak hengat punya lah. Oh, lupa pulak aku baru je 8 tahun masa tu. Mak aku kejut lagi sebab dia kata nanti aku merajuk tak dapat ikut dia. Aku tetap buat buat pejam mata. Ah, malas lah cuti cuti sekolah macam ni nak kena bangun awal.

Sedar sedar je, aku tengok mak aku tak ada. Adik aku pun tak ada. Ayah aku memang tak ada punya lah. Pergi jogging punya pagi pagi cuti macam ni. Mula lah aku terasa kena tinggal. Terlupa mak dah kejut tadi. Aku bangun dengan bercucuran air mata nangis kunci pintu rumah dari dalam. Selak berantai rantai tak nak kasik mak dengan adik aku masuk. Siapa suruh selfish taknak bawak aku jalan.

Bila mak aku balik. Bergegar gegar pintu rumah mak aku ketuk suruh bukak. Aku jerit dari dalam mengamuk kata mak aku keji tinggal anak sulung sorang sorang dalam rumah. Sebagai denda aku kunci mak aku kat luar. Kurung mak ya. Memang tanggang. Puas lah mak aku merayu rayu nak masuk. Dia kata panas kat luar. Adik aku pun dan menangis penat agaknya berjemur kat luar.

Tiba tiba rasa kesian sangat kat mak dan adik aku. Aku hendap kat tingkap, mak aku dah basah lencun berpeluh dah. Ah, nak bukak rasa cuak lah pulak. Sebab selalunya kalau aku buat perangai, mesti aku dapat habuan punya. Jadi, aku pancing mak aku. Ma ma, kalau kakak bukak pintu ni mama nak pukul tak. Mak aku pun jawab. Takkan lah mama nak pukul anak mama, bukak lah pintu. Kesian sangat dengar, aku pun bukak lah pintu. Tak sangka betul, rupanya aku yang kena pancing. Mak aku dah standby dah sebatang ranting entah mana dia ambik. Maka, badan aku pun dilibasnya sebaik sahaja pintu dah dibuka. Haha. Kenapa lah aku tak waspada langsung. Patut aku tawar menawar lagi sebelum tu.

Ma, kakak sayang mama. Nasib baik mama rembat kakak masa kecil dulu tiap kali kakak mengamuk. Kalau tak, mesti sekarang kakak terus menerus menjadi pemberontak keamanan negara.


Ni lah foto masa aku kecil. Comelnya.

Haha. Aku kanak kanak perempuan yang sangat biasa. Eh tak adalah biasa sangat. Sebab aku sebenarnya bayi permpuan yang comot sahaja.

p.s: ok. makanan dah siap. korang, pakailah selendang. kelik lah bisnes kecil kecilan kami orang ni.

No comments: