Wednesday, June 23, 2010

Siti Hajar Ibrahim

Pada tahun 1997

Ada seorang budak perempuan, Siti Hajar nama dia. Memang kiut. Dia budak pandai. Budak kelas lompat dari darjah 3 pergi 5. Budak pts.

Mula mula, memang aku gelisah gila bila ada budak junior yang masuk kelas aku. Baru pindah sekolah, dan dapat lompat darjah 5 pulak tu. Yelah, aku sebagai pemegang takhta pelajar darjah 5 paling pandai dan glamour mestilah tercabar.

Tapi, hajar ni pandai. Bukan pandai akademik je. Semua lah. Dia pandai macam mana nak ambil hati aku. Dia selalu tanya pasal pelajaran dengan aku. Padahal aku tau, takkan lah dia tak tau. Buat homework mesti nak sama sama. Selalu ajak aku buat homework dekat bukit layang layang tempat orang jogging semata mata dia tahu aku suka skodeng lelaki jogging kat situ. Masa exam muzik, sanggup berlatih sungguh sungguh nyanyi lagi korban cinta ziana zain sebab dia tau, aku memang suka ziana zain. Dia pun kaki bangku. Apa apa sukan pun haram dia tak pandai main. Tapi sebab nak ada benda in common dengan aku, dia sanggup turun join aku prektis netball. Macam tu lah gigihnya.

Dia buat aku terima hakikat yang aku tak sentiasa kena berasa selamat berada di atas. Ada orang lain baru yang lebih hebat. Sebenarnya, daripada dia juga lah, aku pandai cakap bahasa inggeris sikit sikit masa tu. Terima kasih hajar. Sebagai menghargai kawan, aku kasik dia minat orang yang aku minat sejak sekian lama. Kapten bola sepak sekolah. Nama dia Hafiz Akib. Hajar tak tahu aku suka dia. Walaupun akhirnya, anugerah pelajar terbaik, aku yang dapat. Haha.

Macam tu lah cerita sang hajar ni. Dah lebih kurang 13 tahun aku tak jumpa dia. Mungkin dia dah jadi doktor agaknya. Aku pulak, kerani cabuk sahaja. Siti Hajar Ibrahim, kalau awak baca blog kita, awak tinggalkan nombor telefon awak kat email kita tau.


tak tak, ni bukan hajar, ni ain, dan yang ambik gambar ni teha


p.s: kadang kadang kalau nak bersaing, memang kena berbaik dengan pesaing
, bukan main serang je

No comments: