Sunday, June 13, 2010

jeling

Entah apa iblis yang rasuk dia, ada satu awek ni tergamak sepak kucing. Memang dasar. Bukan kucing tu mintak makan pun, lalu bawah kaki dia je. Demi membela nasib anak kucing yang muka dia mirip betul macam ciko, aku datang dekat dekat kat awek tu. 'Hey, awak muka dah lah macam so'ol. Kaki kurus macam chopstick. Tu kalau naik kurap sebab tendang kucing macam mana.' Awek tu naik bengang, dia hempuk aku pakai mangkuk hotplate dia. Apa lagi, aku pun sondol dia dengan troli sayur mak aku. Gaduh berlarutan sampai tudung aku macam belacan, minah tu pulak dah berdarah darah aku kerjakan.

Ish, aku berangan lagi. Aku mana berani. Aku setakat jeling je makwe tu. Dia perasan aku bengang bila aku angkat kucing yang dia sepak tu letak jauh jauh. Tapi, minah tu senget senget kan bibir dia. Konon tak bersalah. Aku nasihat kan dia. 'Awak, sesungguhnya kucing ni binatang kesayangan Rasullah SWT'. Beradab betul cara aku sound dia kan, tapi, ni pun aku tak buat. Lantaklah, semoga satu hari nanti dia faham sendiri maksud jelingan aku.


Apa motif ambik gambar aku jadi profile pic.


p.s: esok puasa 1 rejab

No comments: