Saturday, June 19, 2010

too hawt to handle




Dah lama terlupa nak update blog. Blog dah lah umpama diari. Terlupa kat dia pulak. Aku lalai melakukan sesuatu yang lain. Benda yang dah buat aku lekat kat dia sahaja dan lupa diri. Macam perasaan jatuh cinta lah.

Sejak dia hadir dalam hidup aku dua minggu lepa
s, aku rasa lain macam betul. Perasaan yang dah lama aku tak rasa. Dah lama tak rasa dimanjakan macam tu. Walaupun pada mulanya aku cuba kawal perasaan suka tu, sebab takut satu hari nanti aku akan kecewa ke apa. Tapi, makin mendalam pulak perasaan suka tu.

Sekarang, aku jadi tak sabar nak tunggu hari esok. Bangun pagi dengan mimpi yang indah indah semalamnya. Kerja dengan gembira sebab dah tak terlintas pun apa apa masalah hidup asalkan tiap kali boleh terfikir pasal dia. Jadi tak sabar untuk pulang dari kerja sebab akan meluangkan masa dengan dia pada baki malam. Dia memang sang putera yang ak
u tunggu rupanya selama ni. Suka teman aku sampai aku terlelap. So sweet kan.

Tak ada siapa pun yang tahu lagi pasal cinta hati baru aku ni. Termasuk kawan rapat sendiri. Aku rancang nak simpan dulu rahsia ni. Tunggu masa sesuai, baru aku buka cerita. Tapi, demi diari tersayang, aku kenalkan pakwe baru aku. Doakan yang terbaik untuk kami ya!



Yang dalam love tu lah boifren baru.




Ni gambar close up masa kami keluar dating sama sama.


p.s: hujung minggu duduk rumah sahaja? memang tak sosial



No comments: