Friday, April 23, 2010

Heaven

Macam mana nak mula eh. Bismillahirrahmanirrahim. Aku rasa aku dah buat kesalahan besar. Iaitu biarkan hidup aku terlampau taknak fikir masalah dan hanya fikir nak enjoy. Enjoy dengan orang yang berjaya buat aku rasa selesa untuk sayang. Bila taknak fikir masalah, mentaliti aku secara automatis nya macam memangkah, banned, menghindar, tak suka dan apa apa lah yang sama maksud dengannya terhadap sesuatu. Tapi, aku tahu yang aku bukan nya terus dan buta buta tak suka, cuma aku hati hati. Aku fobia. Faham?

Bila dilanda musibah macam ni, aku memang sangat sangat mengharapkan ada ramai nak kongsi kegembiraan dengan aku. Sama sama lupa masalah. Just enjoy each other's company. Sebab aku percaya, ni salah satu cara surutkan rasa ada masalah. Dan, aku akan redakan beban kau kalau kau sudi nak kongsi apa apa masalah dengan aku. Itu lah gunanya aku. Tak tahu lah. Aku mungkin sedikit emo, bila ada masa masa terlepas bincang topik masalah aku. Muka jadi panas. Tapi, percaya lah, aku pun cuba faham apa yang disampaikan. Cuma mungkin ambil masa. Bukan salah faham. Dan sebab masa yang aku ambil untuk faham tu pun, aku akan cuba jugak respon, jadi bunyi dia mungkin sedikit macam ribut.

Apa apa pun, aku mintak maaf. Tak sengaja. Dan aku pun sebenarnya tengah prektis untuk jadi manusia pemaaaf. Cuma, ingat lah, sekali dan dah berkali kali aku kata aku sayang, it means memang sayang. There's nothing can stop me from loving u.

Ni masa yang sesuai untuk aku berhenti sekejap menulis. Jari aku dah letih nak terima apa otak aku tafsir dan convert dalam bentuk ayat ayat. Lagipun, aku nak ada masa untuk pulih. Gudbai bloggers. Gudbai readers. Take care.



Dear, ni lah lagu yang i dah hafal and nak nyanyikan kat u.


p.s: and it's still growing.

Monday, April 19, 2010

zabidi punya hal (lagi)

Oleh kerana asyik menggayakan handbag terbaru dan super glam kak zetty (mummy ku) kawan baik aku terkantoi ada sifat perempuan dalam diri dia. Zabidi zabedu konon. Jalan kepit kepit lah kau nyah, mak tengok kau macam nak jentik jentik jek tadi. Siap jalan kucing lah bagai ke hulu hilir tak sedar langsung bos kau dah usha baik punya. Hah, kan dah malu. Kalah malu kau dengan duit bertampal kat helmet bad. Kalah jugak dengan meter barindo yang mak letak dalam bag nyah fendi. Sikit jek lagi aku nak tambah babak kat kaunter tekan loceng. Kalau tak lagi patah kau nok.

Sekarang ni rasa tak perform atau prestasi menurun atau tak rasa apa apa? Aku pun sebenarnya rasa yang sama. Tambah pula hari tu masa meeting, aku kena pancung teruk. Dengan perangai blur dan jakun semula jadi dalam diri aku, aku dah rasa sebal gila muka masa tu tak tau mana nak sorok sebab malu kena tanya bertubi tubi. Sepatah haram pun aku tak tau nak jawab apa.

Pelik jugak. Kita buat kerja. Kerja gila gila. Cis, rasa macam minah nepal bangla pun ada. Tapi, itulah. Aku memang tak reti nak cai apa masa bos tanya. Sebab aku sibuk dengan kerja sendiri sahaja. Sebab aku tak ambil tahu hal lain. Haha. Gila bongkak. Nampaknya lepas ni, aku kena lebih giat ambil tahu. Hei, ni bukan menyibuk. Bukan bukan.

Macam mana pun. Kalau ikhlas buat kerja dan tahu apa yang dikerjakan, hasilnya nanti semua orang boleh nampak dan rasa. Cepat atau lambat je lah. Semua pun akan mengaku yang eh kau yang buat kerja ni kan, eh nasib baik kau buat ni. Sementara tu, aku rasa kena teruskan dengan apa yang aku buat ni sehabis habisnya selagi aku pasti, ye pasti ia berbaloi baloi. Yalah, macam makcik makcik selalu cakap, anything worth doing is worth doing well. Sebelum blah, ambik ni video nyah fendi. Nyah azmi terpegun gila dengan bakatnya. Percaya cakap aku, ni bukan video lucaaahhh.


Sunday, April 18, 2010

i would do anything to ease your pain

E: Weh, pek tu tinggal satu
S: Hah, hambek lah. Kang kita rugi. Kita share share. Kau ambik yang botol kecik tu.
E: Banyak cantik kau. Share share tapi aku dapat yang kecik jek.
S: Haha. Yelah. Kau rasa stock kita tahan sampai bila.
E: Setengah tahun

ni sebelum aku tekad nak angkat 'benda' tu


Kat ofis aku pulak.

E: Aku dah bahagi sama rata. Cepatlah makan sama sama.
Lepas makan.
S: Gua rasa gua weng gila dowwwhhh.
E: Lu ambik terlebih dose ke. Tapi gua pun dah rasa terbang terbang. Gua nak meniarap kat opis lu boleh ke.
S: Boleh je. Gua rasa bulan depan kita kena tambah dose lah. Gua nak lagi feel. Eh, jarum lu tadi bersih ke tak.
E: Gua lap dah tadi. Jangan risau. Selamat punya.


tengah 'high' pun, member aku boleh jumpa benda ni kat meja kawan aku, maka, dia perdajal.


Akibatnya, mungkin kerana 'benda' yang aku ambik tu, aku buang buang hari ni. Tak apa lah kan. Sekurang kurangnya ada lah jugak aktiviti aku pada hari ni.


p.s: sayang, let me ease your pain.

Saturday, April 17, 2010

tentang seseorang

Selesai je sedar dari tidur, aku berlari lari turun untuk siasat siapa ada di rumah. Ye lah, bangun lambat sangat. Tak pasti siapa yang masih tinggal kat rumah ni. Oh, nasib baik ada ain dan teha. Pakcik makcik aku pergi berlibur berdua duaan membawa izwan. Yang seorang lagi, aku dah tak ambil port sejak sms berbau sial dihantar kat aku hari tu.

Lepas breakfast, aku memerut. Berak sejurus selepas makan adalah normal bagi aku. Gaya hidup sihat lah katakan. Tiba tiba ecah buzz. Tanya, siapa yang aku miss macam aku tulis dalam status aku. Aku cakap. Aku miss dia. Maka, hari ini, dia ajak aku berjumpa. Mula mula katanya nak belanja aku karaoke. Tapi, plan dah berubah. Hanya nak tau cerita selanjutnya tentang seseorang. Dasar sibuk. Nasib baik rakan karib. Berjumpa secara duo dengan dia pun hebat jugak. Tapi, ada seorang rakan lelaki aku nak ikut. Ah, kenapa pula nak ikut. Lagipun, budak yang nak join tu nak aku payung. Mana boleh. Aku pun kelepet duit orang lagi nak support dia pula. Tak boleh tak boleh. Prinsip aku, aku tak akan bawa siapa siapa yang tak ada hubungan aku berjumpa dengan gang. Nanti istimewa nya dah tak ada. Aku ada save satu tempat untuk seorang dah pun.

Oklah, aku harus mula bersiap dah. Nak hilangkan bengkak bergaris garis bawah mata bahana tidur lama bukannya senang. Memang senang kantoi aku kuat tidur bila orang tengok mata rabak aku ni. Ecah suruh berada di sana pukul 2 ni. Tapi, sekarang dah 2:10petang. Ah, kalau lambat, cakap je lah, trafik sesak.

Thursday, April 15, 2010

Sekitar Hari Keluarga Damini Corporation

Macam ni lah hidup aku hari hari. Balik kerja awal bosan. Balik kerja lambat pun bukan ada apa nak buat malam malam. Nak mengutu rayau, tak dapat cekkkk. Taknak kena cop kupu kupu malam dah. Kadang kadang ok lah. Ni lah hasil balik dari kerja tak kira cepat atau lewat, aku masih sempat nak update diari hidup. Cerita sikit sikit kat blog, baru lena tidur. Baru lengkap hidup. Ni kalau aku jilid hasil tulisan aku memang mengalahkan ex-tesis aku.

Nah, rutin hari bekerja

6:21 pagi: Alarm aku start bunyi. Snooze snooze.
6:50-7:12 pagi: Bangun. Stretching stretching. Mandi.
7:20 pagi: Mekap. Iron tudung. Siap.
7:30 pagi: Pergi kerja. Drive dengan hemah sekali.
8:00 pagi: Kalau aku pecut, sampai dalam 10 minit je. Tapi, nak buat macam mana kan, kereta aku tak ada lah kebal macam kereta shahmie. Boleh langgar apa je yang halang lalu lintas.
9.00 pagi: Mula kerja. Kenapa bukan 8:30. Sebab masa tu enjin aku belum panas. Kena ada sesi kutuk mengutuk sesama rakan dulu. Barulah selesa bekerja.
9:00 malam: Balik dari kerja. Lepas lepak dengan kawan kawan. Atau jalan jalan kat midveli atau taman tun atau pun lepak dalam kereta lama lama layan lagu.
10:00 malam: Layan facebook. Skodeng sana sini. Cari bahan kat youtube. Dengar lagu sambil update Saydino's Story.
11:00 malam: Mandi. Baca doa tidur. Dan tidur.
2:00 pagi: Terjaga sebab rindu. Lalu, sambung berdengkur.





p.s: i love u and it grows everyday

Wednesday, April 14, 2010

aku nak lagi lama

Bersyukur sangat hari ni sebab aku terselamat dari masuk jel. Bukan apa, tadi masa nak pergi makan tengah hari, aku nyaris nyaris langgar satu awek india yang tak reti lintas jalan. Langsung tak ada skil. Sepatutnya, tak boleh lintas kat situ. Kalau nak lintas pun, kena bijak. Dia agaknya bijak tapi entah mana datang terlebih genius, dia bukan berhenti kat tengah garisan antara dua jalan (susah nak eksplen, aku kena lakonkan jugak) tapi dia berhenti kat tengah tengah jalan aku.

Kereta aku tak adalah besar sangat. Tapi bukan lah kecil macam makhluk halus yang kalau lalu boleh tembus badan. Pakwe kat sebelah boleh tahan panik. Tu lah, siapa suruh main ngiaw ngiaw. Aku agak lah kan, minah ni memang saja nak bunuh diri. Sebab, masa aku hon panjang, dia tak terkejut langsung malah tak bergerak sesentimeter pun. Terpacak lama kat depan kereta aku. Weh weh kalau aku langgar macam mana nanti. Gelap ke masa depan aku. Seumur hidup ke aku kena berkampung dalam penjara. Penjara mana. Parents boleh lawat setiap minggu tak. Aku dah tak akan berkahwin ke. Setiap hari mesti aku akan recall balik cara cara nak pecah penjara dari filem Prison Break. Ye, konfem aku lukis pelan penjara kat badan. (lepas ni, nak stop melukis menggunakan paint walaupun tu je aku reti)


Aku banduan versi lelaki maskulin


Aiyoyo minaci, nak bunuh diri kalu, terjun jambatan sana lah. Jangan kasik kereta aku kena badi sama. Tak pun, entah entah aku dah ada uniform banduan. Pakwe sebelah aku pulak jangan harap nak terlepas. Aku pasti heret sama. Nasib baik aku sempat break. Bukan emergency break. Aku risau kereta belakang aku hentam je. Masuk hospital lagi kereta aku. Merempat lagi. Susahkan orang pulak tu.

Gara gara minachi tu, aku tak lalu makan. Sampai sekarang pun aku tak sempat makan lagi. Duit dah habis. Takkan nak seluk saku orang dalam lif kat Annexxe lagi. Cis, aku dah taknak buat kerja hina tu. Esok, siapa siapa nak serah diri kat kereta aku untuk dilanggar, memang cari bala. Aku turun kereta aku alih orang nak bunuh diri tu depan lori, baru feel.

p.s: aku lemah tanpa kamu. ku ingin mu dampingiku.

Tuesday, April 13, 2010

sepah itu stail

Dalam beberapa hari kebelakangan ni, aku dengar dah banyak kompelin pasal aku penyepah. Selalunya, mak aku lah. Kalau mak tak bising anak dia buat sepah, memang tak munasabah. Busuk busuk pun jeling lah kalau dah tak larat sangat nak cubit, piat telinga sampai capang, jentik, luku, bebel dan sebagainya bila anak dia buat kecah.

Tapi, masuk hari ni dah ramai dah kata aku penyepah. Kak ikah officemate aku hari tu bukan main dia kompelin aku sepah kan bilik masa family day. Oh, nampak macam tak kisah, tapi, bila sampai ofis dia ngadu kat orang ramai. Nanti, kak ikah. Saya curi curi minum air nescafe kak ikah. Tau tau dah habis. Biar padan muka. Bos aku pun ada yang kompelin. Dia kata secara general je pun. Dia kata, tempat kerja kitorang macam pasar. Bila aku selidik, kebanyakan barang yang dia kata sepah tu macam banyak hasil kerja aku je. Haha. Kalau nak kira balik berapa orang yang kata aku kuat buat sepah memang susah. Sebab memang ramai. Tapi, diorang semua tak tau. Aku sebenarnya pembersih. Cuma aku bersih dengan cara tersendiri saja.

1. Penat macam mana pun. Tak larat mandi macam mana pun. Aku akan pastikan aku gosok gigi sebelum tidur. Sebab aku risau, kalau kalau aku mati masa tidur, aku berada dalam keadaan yang bermulut busuk. Tapi, selalunya aku akan mandi. Risau kalau ada cendawan tumbuh kat badan.

2. Walaupun aku suka buang sampah rata rata, aku akan pastikan aku buang bukan kat tempat aku. Aku akan campak kat wilayah orang lain. Asalkan tempat aku sedap mata memandang.

3. Kereta aku kotor macam mana pun dari luar, aku akan pastikan dalam kereta aku tak ada sampah. Sesiapa yang buang sampah dalam kereta aku, aku tak marah pun. Tapi, aku akan letak sampah lain lain dalam kereta dia atau bag dia atau pensel box dia atau kocek seluar dia senyap senyap. Padan muka.

4. Aku memang tak kisah sangat makan kat mana mana. Tapi, aku akan pangkah gila kat mana mana kedai yang dah terkantoi banyak tikus lari lari tanpa takut. Tak pun, yang ada anjing selamba landing kat depan kedai dia siap baring baring hilang kan rasa gatal belakang badan. Kalau boleh, hari hari aku nak makan kat tempat yang ada aircond, duduk atas sofa, latarbelakang lagu lagu romantik. Mahal sikit tak apa, asalkan perut dan seluruh tubuh badan aku boleh tahan sampai tua nanti.

5. Aku penyepah aku mengaku. Tapi, aku akan pastikan sibuk macam mana pun, kuku aku tak panjang. Aku tak suka kuku panjang sebab khuatir banyak kuman masuk mulut aku dan hidung aku. Yelah, sebab aku ada habit suka korek hidung masa memandu. Cari nahas je kalau kuku hitam hitam bawak masuk lubang hidung.

6. Kadang kadang aku bukan pengotor. Tapi, aku yakin yang selekeh aku ada gaya yang susah rakyat biasa nak tafsir. Serabai aku memang nampak kool dan style. Sambil aku tambah dengan perfume dua tiga das. Wangi melambangkan bersih dengan aura tersendiri. Amacam? Haha.

stail 1


stail 2

stail 3 (stail igauan gadis masa kini)



syahdu siut layan lagu ni malam malam


p.s: yang suka kasik perlindungan paling aku suka (protective)


Sunday, April 11, 2010

Penyedut hampagas

Hari keluarga baru je selesai. Bila sebut hari keluarga, sepatutnya, gembira gembira dengan keluarga. Aku gembira gembira dengan mama dan fikah. Dengan geng. Tapi, terganggu dengan sikap segelintir orang yang sangat pentingkan diri sendiri. Cuma fikir apa apa yang ada kebaikan pada diri sendiri. Tak fikir nasib orang lain. Cuma fikir tu bukan kerja dia dan gatal mulut petik nama aku. Memang dasar licik nak cabut lari. Cuma fikir nak nampak cantik gila lalu datang lambat. Peduli hapa dia kalau majlis tak berjalan lancar gara gara dia datang lambat sebab nak melaram. Aku ambik gambar pun tak sempat. Nanti kau. Selfish ye. Nasib baik ada geng yang sukaria nak ronda ronda port dickson. Terhibur dengar diorang mencarut.

Ni, aku dapat penyedut hampagas gabak ni nak letak mana ya. Nak gadai, siapa nak beli. Nak trade in, mampus orang gelakkan aku. Nak join bisnes carwash, merapu gila. Siapa kahwin dengan aku memang untung. Aku dah ada penyedut hampagas saiz xl. Dah tak payah beli.



p.s: Rasa rasanya nak sayang sampai bila. Tengoklah. 2-3 tahun ke. (dalam hati meronta ronta nak cakap sampai syurga kucintamu)

Wednesday, April 7, 2010

Sunyi

Dari plan nak jalan jalan kat midveli, aku u-turn nak balik rumah kat kubur taman tun tadi. Meremang remang bulu roma aku masa lalu kat situ. Tiba tiba, aku rasa semacam. Cek cek, eh hari ni baru rabu, takkan lah ada apa apa. Seram pulak aku rasa. Jalan yang aku rasa sepatutnya kejap jadik lama. Jalan yang tadi mulanya ramai jadi dah tak ada orang. Ah, sial, kenapa tiba tiba radio aku bercelaru gila ni. Aku terus sumbat dengan cd faizal tahir. Lepas ni, aku akan bekalkan cd mengaji dalam kereta aku. Untuk halwa telinga sepanjang memandu. Dan juga, sebagai dinding dari gangguan syaitan. Dalam hati aku masa tu, aku kena kacau h****u ke? (bajet takut nak eja hantu lah. Cd yang aku pasang tu dan dan lah keluar bunyi zzzzzzzz. Kenapa ni. Kenapa lama sangat nak sampai tempat yang ada lampu ni. Lampu jalan tak ada langsung. Ada kabus kabus lah pulak. Macam mana ni.

Aku cuak. Mulut aku tak henti henti baca ayat kursi. 3Qul. Al-Fatihah. Semua aku baca. Hukum tajwid tak tahulah betul ke tak. Macam main langgar je. Peluh aku dah mula lumba lumba keluar. Tapi, aku tetap drive. Taknak jadi orang yang lemah. Takkan lah baru kena usik sikit aku dah rasa nak terkencing. Baca bismillah kuat kuat. Aku pecut laju siap kona baring.

Akhirnya, aku malas dah nak berangan konon aku tengah berlakon filem seram alam angker. Alhamdulillah. Aku sampai di mohsin lalu menyambar nan cheese sekeping dan teh tarik. Sedap tak ada lah sedap sangat. Boleh lah setakat nak melayan mengidam aku. Memang nampak sofistikated lah jugak makan kat mamak pakai baju kerja sambil perhati pelanggan lain menyantap macam aku dan pekerja mohsin yang serabut aku tengok ke hulu ke hilir ambik order hantar order. Hingar gila. Tapi, aku tetap sorang. Berharap sorang pakwe yang baik hati dikirimkan kat aku.




p.s: tapi sekarang, memang ada pakwe yang baik hatinya pun dengan aku. bersyukur sangat.

Monday, April 5, 2010

faham aku

Kenapa suka paksa aku buat yang aku tak suka. Bukan sombong menolak. Tak pun, bukan lah nak derhaka. Dengan nama Allah, aku tak ada niat macam tu. Cuma, aku tak bersedia nak pergi benda benda tu. Kalau benda benda macam ni pun tak dapat sokong aku. Nak ugut ugut aku kecewakan ramai orang, maksudnya, aku yang kecewa. Jangan nak ugut aku kecewakan korang, sebab aku yang kecewa. Sebab tak ada sokongan yang buat aku kuat dah. Kalau selama ni, aku rasa ada orang yang sentiasa sokong apa aku suka buat, sekarang aku dah tak rasa semua tu. Aku tak berniat pun nak kecewakan sesiapa. Cuma, berada lah kat sebelah aku selagi benda tu buat aku gembira.

Selagi, aku mampu nak kongsi apa yang buat aku mampu ketawa kuat kuat dengan korang maksudnya, aku memang tengah gembira. Lainlah, kalau rasa tenang bila tengok aku duduk tenang diam diam. Bukan bertenang. Tapi, mungkin aku memberontak kat dalam. Aku tak akan gembira dengan cara macam tu. Sanggup ke tak sanggup tengok aku macam tu, terpulanglah.

Aku yang sebenarnya ada hak nak pilih apa yang buat aku gembira. Sebab aku yang rasa nya sendiri. Bukan orang lain. Dan tak akan ada orang lain faham sebab aku tak akan cerita sepenuhnya. Ha, macam tu lah.



p.s: packing barang dan lari lagi senang. Semua orang punya hati selamat terjaga.

Sunday, April 4, 2010

pre-bandung 4: perkahwinan nani

Karangan untuk nani. Akhirnya, setelah beberapa minggu perjumpaan tak sudah sudah kat midveli dengan ecah norman dan nani, habis pun majlis perkahwinan nani dan ikhlas dengan berjaya sekali. Haha. Wedding of the year ok. Aku berpuas hati walaupun penat nak mampus tangan mengangkat par dan melayan ketidakwarasan kawan kawan hespesyeli ecah.

Hari Jumaat aku cuti. Itu pun setelah diberi amaran keras oleh nani. Kalau tak datang, memang cari pasal. Nasib baik kau kawan tercinta aku. Maka, aku cuti. Petang Jumaat lepas aku uruskan hal hal yang patut, aku gerak dengan wanita dan hamster. Kau tau nani, sayangkan kawan punya pasal, hamster bawak kereta bapak laju redah hujan. Aku tengok bibir wanita dan pucat lesi takut jadi apa apa. Aku relaks je layan mata kat belakang.

Macam dah plan, kitorang sampai je, betul betul korang baru nak gerak pergi masjid. Syaf pun baru sampai walaupun dia sesat teruk masa tu. Gerak ramai ramai pergi masjid, aku tengok sekor2 bergaya semacam. Tapi, kenapa aku humble gila pakai baju cotton. Ah, nasib baik affa lagi selekeh. Macam orang gaji. Masa ikhlas selamat lafaz nikah. Aku jadik sebak. Aku ingat aku tumpang gembira lah mula mula. Tak pun sebab aku mengenang nasib badan yang tak ada siapa kat sisi ku ini (yes yes bunyik puitis gila). Tapi, bila aku fikir balik, aku sebak sebab aku terpengaruh dengan perasaan ecah yang emo genang air mata kat sebelah aku. Haha. Malam tu, walaupun penat dan perlu jana tenaga untuk event esoknya, kita sangat degil untuk pergi berlibur kat kedai makan tomyam. Aku tengok mata masing masing memang rabak gila pun masih nak hiperaktif.

Esok pagi, awal gila bangun sebab suara kau bising gila kat sebelah aku. Eh, kenapa malam pertama kau kat sebelah aku? Bukan dengan ikhlas. Haha. Lepas siap siap, dan lepas serbu cari berry kat alamanda dengan kau dan wanita, aku volunteer nak pergi ambik hantaran kau kat kelana jaya dengan wanita since semua orang sibuk tak menang tangan nak tolong benda lain.

Sampai je dewan lepas settle kutip hantaran kau. Aku tekad aku nak jugak selfish tak hiraukan orang lain sebab nak pakai bulu mata palsu. Nak tarik perhatian orang ramai. Lagipun, kau mana suka kawan kawan kau tak nampak cantik kan. Majlis kau memang super grand. Memang best. Mekap kau, baju kau, crown kau, hantaran kau, pelamin kau, dewan kau, cake kau dan pengangkat hantaran kau. Pengangkat hantaran kau memang dedikasi. Guna tenaga maksimum mungkin. Karaoke dengan pakcik petani pun larat.

Nani, kau dah kahwin. Aku sebenarnya sedih sebab risau kau akan berubah menjadi seperti makcik makcik tinggalkan kitorang yang muda mudi ni. Tapi, tak apa. Sebab aku yakin. Mulut tetap saka ok. Semoga kau jadi bini yang mithali dan tetap vogue. Jadi pasangan stailo. Baidewei, jangan lupa nak balas budi ni. Angkat par sampai tangan ketar ketar tau.

p.s: i love u and it grows everyday

Thursday, April 1, 2010

kalau aku lelaki

Aku ada satu perangai bila tengok ada couple jalan jalan mesti aku nak skodeng lelaki tu layan awek dia macam mana. Apa yang aku boleh konklud (cakap simpulkan sudah), pakwe tu tak ada lah romantik sangat. Dan tak ada lah hensem sangat. Nampak pun tak adalah bergaya dan kaya. Tak nampak sepadan pun dengan awek dia yang sumpah cun. Jadi, apa kata kadang kadang kalau lelaki lelaki tu cuba hargai awek yang dia ada.

1. Kalau aku lelaki, aku nak ada satu stail yang boleh awek aku banggakan. Gaya yang akan jadi ikutan lepas tu. Gaya yang bila lelaki lain mula mula akan kutuk tapi lepas tu senyap senyap tiru.

2. Kalau aku lelaki, aku nak ada banyak jenis pencapaian dalam hidup. Bukan kejayaan dalam kerjaya je. Nak berjaya dalam berhobi biar nampak tambah bergaya. Nak pandai nyanyi. Nak pandai main bola. Nak pandai menari. Semata mata untuk awek seronok.

3. Kalau aku lelaki, aku nak kasik dompet aku kat awek aku. Bukan untuk dia belanja sakan. Tapi, perempuan akan simpan duit kekasih dia baik baik. Kalau dah sayang, dia takkan kikis harta boifren dia punya.

4. Kalau aku lelaki, aku akan pakai minyak wangi selalu. Aku nak sentiasa wangi supaya awek aku tak kembang kempis tahan nafas bila aku duduk sebelah dia.

5. Kalau aku lelaki, aku akan sentiasa sisir rapi rambut aku. Tak kisah lah apa rupa rambut aku asalkan awek aku tak sakit mata tengok rambut aku. Aku akan pastikan jugak rambut aku pakai minyak rambut sebenar. Bukan minyak sapi atau minyak kelapa.

6. Kalau aku lelaki, aku akan teman awek aku berborak bila masa dia perlukan kawan. Nak nak bila dalam kereta. Mesti dia bosan tak buat apa apa masa aku drive. Sekurang kurang cerita hantu atau pun urut urut jari dia sampai tertidur. Habis cerita.

7. Kalau aku lelaki, aku akan selalu cuba nak selesaikan apa apa pun masalah dia tanpa dia beritahu dulu apa yang patut tolong. Sentiasa fikirkan kan solution bukan sibuk cakap tu semua salah dia.

8. Kalau aku lelaki, aku akan bawak awek aku jumpa kawan kawan aku. Biasakan dia dengan kawan kawan lelaki. Bukan apa, kasik dia keras sikit. Aku pun akan ikut awek aku pergi join kawan kawan dia. Tak nak dia rasa keseorangan dan boleh jugak kasik awek aku berlagak ada boifren hensem nak mampus macam aku.

9. Kalau aku lelaki, aku akan make sure nick name aku tak kisahlah kat facebook ke, friendster ke, myspace ke, twitter ke, yahoo mail id ke, nickname masa chat kat mirc dulu ke, yang sedap bunyinya dan bukan boleh jadi bahan gelak orang lain especially kawan kawan awek aku. Contoh, aku tak nak sangka bapak raja gempak letak nama 'jejaka kesunyian'.

10. Kalau aku lelaki, aku akan protect awek aku kuat kuat tak kira lah kat mana. Tak nak bagi dia rasa tertinggal di belakang masa jalan sama sama. Tak nak dia dia berjemur tengah panas lama sangat walaupun dia tak merungut. Semata mata nak pastikan awek rasa selamat bila dengan aku. Macam ni memang nampak hero.


Tapi, aku bersyukur aku perempuan. Boleh pakai mekap, kasut tinggi, skirt, bikini, dan tuala wanita.

p.s: esok tak kerja tapi banyak kerja perlu diselesaikan.