Selesai je sedar dari tidur, aku berlari lari turun untuk siasat siapa ada di rumah. Ye lah, bangun lambat sangat. Tak pasti siapa yang masih tinggal kat rumah ni. Oh, nasib baik ada ain dan teha. Pakcik makcik aku pergi berlibur berdua duaan membawa izwan. Yang seorang lagi, aku dah tak ambil port sejak sms berbau sial dihantar kat aku hari tu.
Lepas breakfast, aku memerut. Berak sejurus selepas makan adalah normal bagi aku. Gaya hidup sihat lah katakan. Tiba tiba ecah buzz. Tanya, siapa yang aku miss macam aku tulis dalam status aku. Aku cakap. Aku miss dia. Maka, hari ini, dia ajak aku berjumpa. Mula mula katanya nak belanja aku karaoke. Tapi, plan dah berubah. Hanya nak tau cerita selanjutnya tentang seseorang. Dasar sibuk. Nasib baik rakan karib. Berjumpa secara duo dengan dia pun hebat jugak. Tapi, ada seorang rakan lelaki aku nak ikut. Ah, kenapa pula nak ikut. Lagipun, budak yang nak join tu nak aku payung. Mana boleh. Aku pun kelepet duit orang lagi nak support dia pula. Tak boleh tak boleh. Prinsip aku, aku tak akan bawa siapa siapa yang tak ada hubungan aku berjumpa dengan gang. Nanti istimewa nya dah tak ada. Aku ada save satu tempat untuk seorang dah pun.
Oklah, aku harus mula bersiap dah. Nak hilangkan bengkak bergaris garis bawah mata bahana tidur lama bukannya senang. Memang senang kantoi aku kuat tidur bila orang tengok mata rabak aku ni. Ecah suruh berada di sana pukul 2 ni. Tapi, sekarang dah 2:10petang. Ah, kalau lambat, cakap je lah, trafik sesak.
No comments:
Post a Comment