Sekarang ni rasa tak perform atau prestasi menurun atau tak rasa apa apa? Aku pun sebenarnya rasa yang sama. Tambah pula hari tu masa meeting, aku kena pancung teruk. Dengan perangai blur dan jakun semula jadi dalam diri aku, aku dah rasa sebal gila muka masa tu tak tau mana nak sorok sebab malu kena tanya bertubi tubi. Sepatah haram pun aku tak tau nak jawab apa.
Pelik jugak. Kita buat kerja. Kerja gila gila. Cis, rasa macam minah nepal bangla pun ada. Tapi, itulah. Aku memang tak reti nak cai apa masa bos tanya. Sebab aku sibuk dengan kerja sendiri sahaja. Sebab aku tak ambil tahu hal lain. Haha. Gila bongkak. Nampaknya lepas ni, aku kena lebih giat ambil tahu. Hei, ni bukan menyibuk. Bukan bukan.
Macam mana pun. Kalau ikhlas buat kerja dan tahu apa yang dikerjakan, hasilnya nanti semua orang boleh nampak dan rasa. Cepat atau lambat je lah. Semua pun akan mengaku yang eh kau yang buat kerja ni kan, eh nasib baik kau buat ni. Sementara tu, aku rasa kena teruskan dengan apa yang aku buat ni sehabis habisnya selagi aku pasti, ye pasti ia berbaloi baloi. Yalah, macam makcik makcik selalu cakap, anything worth doing is worth doing well. Sebelum blah, ambik ni video nyah fendi. Nyah azmi terpegun gila dengan bakatnya. Percaya cakap aku, ni bukan video lucaaahhh.
No comments:
Post a Comment