Wednesday, April 7, 2010

Sunyi

Dari plan nak jalan jalan kat midveli, aku u-turn nak balik rumah kat kubur taman tun tadi. Meremang remang bulu roma aku masa lalu kat situ. Tiba tiba, aku rasa semacam. Cek cek, eh hari ni baru rabu, takkan lah ada apa apa. Seram pulak aku rasa. Jalan yang aku rasa sepatutnya kejap jadik lama. Jalan yang tadi mulanya ramai jadi dah tak ada orang. Ah, sial, kenapa tiba tiba radio aku bercelaru gila ni. Aku terus sumbat dengan cd faizal tahir. Lepas ni, aku akan bekalkan cd mengaji dalam kereta aku. Untuk halwa telinga sepanjang memandu. Dan juga, sebagai dinding dari gangguan syaitan. Dalam hati aku masa tu, aku kena kacau h****u ke? (bajet takut nak eja hantu lah. Cd yang aku pasang tu dan dan lah keluar bunyi zzzzzzzz. Kenapa ni. Kenapa lama sangat nak sampai tempat yang ada lampu ni. Lampu jalan tak ada langsung. Ada kabus kabus lah pulak. Macam mana ni.

Aku cuak. Mulut aku tak henti henti baca ayat kursi. 3Qul. Al-Fatihah. Semua aku baca. Hukum tajwid tak tahulah betul ke tak. Macam main langgar je. Peluh aku dah mula lumba lumba keluar. Tapi, aku tetap drive. Taknak jadi orang yang lemah. Takkan lah baru kena usik sikit aku dah rasa nak terkencing. Baca bismillah kuat kuat. Aku pecut laju siap kona baring.

Akhirnya, aku malas dah nak berangan konon aku tengah berlakon filem seram alam angker. Alhamdulillah. Aku sampai di mohsin lalu menyambar nan cheese sekeping dan teh tarik. Sedap tak ada lah sedap sangat. Boleh lah setakat nak melayan mengidam aku. Memang nampak sofistikated lah jugak makan kat mamak pakai baju kerja sambil perhati pelanggan lain menyantap macam aku dan pekerja mohsin yang serabut aku tengok ke hulu ke hilir ambik order hantar order. Hingar gila. Tapi, aku tetap sorang. Berharap sorang pakwe yang baik hati dikirimkan kat aku.




p.s: tapi sekarang, memang ada pakwe yang baik hatinya pun dengan aku. bersyukur sangat.

No comments: