Karangan untuk nani. Akhirnya, setelah beberapa minggu perjumpaan tak sudah sudah kat midveli dengan ecah norman dan nani, habis pun majlis perkahwinan nani dan ikhlas dengan berjaya sekali. Haha. Wedding of the year ok. Aku berpuas hati walaupun penat nak mampus tangan mengangkat par dan melayan ketidakwarasan kawan kawan hespesyeli ecah.
Hari Jumaat aku cuti. Itu pun setelah diberi amaran keras oleh nani. Kalau tak datang, memang cari pasal. Nasib baik kau kawan tercinta aku. Maka, aku cuti. Petang Jumaat lepas aku uruskan hal hal yang patut, aku gerak dengan wanita dan hamster. Kau tau nani, sayangkan kawan punya pasal, hamster bawak kereta bapak laju redah hujan. Aku tengok bibir wanita dan pucat lesi takut jadi apa apa. Aku relaks je layan mata kat belakang.
Macam dah plan, kitorang sampai je, betul betul korang baru nak gerak pergi masjid. Syaf pun baru sampai walaupun dia sesat teruk masa tu. Gerak ramai ramai pergi masjid, aku tengok sekor2 bergaya semacam. Tapi, kenapa aku humble gila pakai baju cotton. Ah, nasib baik affa lagi selekeh. Macam orang gaji. Masa ikhlas selamat lafaz nikah. Aku jadik sebak. Aku ingat aku tumpang gembira lah mula mula. Tak pun sebab aku mengenang nasib badan yang tak ada siapa kat sisi ku ini (yes yes bunyik puitis gila). Tapi, bila aku fikir balik, aku sebak sebab aku terpengaruh dengan perasaan ecah yang emo genang air mata kat sebelah aku. Haha. Malam tu, walaupun penat dan perlu jana tenaga untuk event esoknya, kita sangat degil untuk pergi berlibur kat kedai makan tomyam. Aku tengok mata masing masing memang rabak gila pun masih nak hiperaktif.
Esok pagi, awal gila bangun sebab suara kau bising gila kat sebelah aku. Eh, kenapa malam pertama kau kat sebelah aku? Bukan dengan ikhlas. Haha. Lepas siap siap, dan lepas serbu cari berry kat alamanda dengan kau dan wanita, aku volunteer nak pergi ambik hantaran kau kat kelana jaya dengan wanita since semua orang sibuk tak menang tangan nak tolong benda lain.
Sampai je dewan lepas settle kutip hantaran kau. Aku tekad aku nak jugak selfish tak hiraukan orang lain sebab nak pakai bulu mata palsu. Nak tarik perhatian orang ramai. Lagipun, kau mana suka kawan kawan kau tak nampak cantik kan. Majlis kau memang super grand. Memang best. Mekap kau, baju kau, crown kau, hantaran kau, pelamin kau, dewan kau, cake kau dan pengangkat hantaran kau. Pengangkat hantaran kau memang dedikasi. Guna tenaga maksimum mungkin. Karaoke dengan pakcik petani pun larat.
Nani, kau dah kahwin. Aku sebenarnya sedih sebab risau kau akan berubah menjadi seperti makcik makcik tinggalkan kitorang yang muda mudi ni. Tapi, tak apa. Sebab aku yakin. Mulut tetap saka ok. Semoga kau jadi bini yang mithali dan tetap vogue. Jadi pasangan stailo. Baidewei, jangan lupa nak balas budi ni. Angkat par sampai tangan ketar ketar tau.
p.s: i love u and it grows everyday
5 comments:
semua pre bandung.haha.macam haram.tapi, zack mana zack?
to nani: sorry aku xdpt g wed ko..cm x caye plak ko dh kwen..tgk gmbr2 sume mmg cantek ngan gempak r wed ko..congrates!!!
to sayda n yg lelaen: korg mmg gempak r..syok tgk pe yg korg wat ntok wed nani..mmg best..cun gle sume org..suke2 =)..hehe..wlpn korg lth tp korg still blh wat the best on her wed..congrates ntok korg gk...the most beautiful thing yg aku nmpk is ur friendship...sweet..jeles aku..huhuhu..=)
to nani: sorry aku xdpt g wed ko..cm x caye plak ko dh kwen..tgk gmbr2 sume mmg cantek ngan gempak r wed ko..congrates!!!
to sayda n yg lelaen: korg mmg gempak r..syok tgk pe yg korg wat ntok wed nani..mmg best..cun gle sume org..suke2 =)..hehe..wlpn korg lth tp korg still blh wat the best on her wed..congrates ntok korg gk...the most beautiful thing yg aku nmpk is ur friendship...sweet..jeles aku..huhuhu..=)
echah: mung memang nak kena lempang nih. nate mung. dio gi amik pokyo lohhh.
anynomous: thanx. hehe. friendship forever la ni konon.
POKYO??? POKYO??? HAHAHAHAHAHA bengap. pokyang la! ganu kang! mung nate mung. wehhhh minggu ni lepas wedding kat side ikhlas jom karaoke jom! (masih x sedar diri terasa diri masih single)
Post a Comment