Friday, April 23, 2010

Heaven

Macam mana nak mula eh. Bismillahirrahmanirrahim. Aku rasa aku dah buat kesalahan besar. Iaitu biarkan hidup aku terlampau taknak fikir masalah dan hanya fikir nak enjoy. Enjoy dengan orang yang berjaya buat aku rasa selesa untuk sayang. Bila taknak fikir masalah, mentaliti aku secara automatis nya macam memangkah, banned, menghindar, tak suka dan apa apa lah yang sama maksud dengannya terhadap sesuatu. Tapi, aku tahu yang aku bukan nya terus dan buta buta tak suka, cuma aku hati hati. Aku fobia. Faham?

Bila dilanda musibah macam ni, aku memang sangat sangat mengharapkan ada ramai nak kongsi kegembiraan dengan aku. Sama sama lupa masalah. Just enjoy each other's company. Sebab aku percaya, ni salah satu cara surutkan rasa ada masalah. Dan, aku akan redakan beban kau kalau kau sudi nak kongsi apa apa masalah dengan aku. Itu lah gunanya aku. Tak tahu lah. Aku mungkin sedikit emo, bila ada masa masa terlepas bincang topik masalah aku. Muka jadi panas. Tapi, percaya lah, aku pun cuba faham apa yang disampaikan. Cuma mungkin ambil masa. Bukan salah faham. Dan sebab masa yang aku ambil untuk faham tu pun, aku akan cuba jugak respon, jadi bunyi dia mungkin sedikit macam ribut.

Apa apa pun, aku mintak maaf. Tak sengaja. Dan aku pun sebenarnya tengah prektis untuk jadi manusia pemaaaf. Cuma, ingat lah, sekali dan dah berkali kali aku kata aku sayang, it means memang sayang. There's nothing can stop me from loving u.

Ni masa yang sesuai untuk aku berhenti sekejap menulis. Jari aku dah letih nak terima apa otak aku tafsir dan convert dalam bentuk ayat ayat. Lagipun, aku nak ada masa untuk pulih. Gudbai bloggers. Gudbai readers. Take care.



Dear, ni lah lagu yang i dah hafal and nak nyanyikan kat u.


p.s: and it's still growing.

No comments: