Thursday, May 17, 2012

selamat tinggal, lembut

Seawal 7.45 pagi lembut dah menggesel gesel kat kaki aku mintak aku tuang kan makanan. Jelingkan jam dekat handphone, okay masih sempat lagi. Kalau tak tak cukup masa sekali pun, aku sanggup berlari lari ke kereta dan humban segala macam handbag ke kasut ke siap siap dan patah balik ke pagar rumah untuk tuangkan makanan lembut.

Nama nya lembut. Sebab pandangan mata nya jauh. Jauh menusuk hati aku. Sepet sikit dan kelihatan sayu sahaja. Corak bulu sama macam ciko sikit cuma tak terlalu jelas bentuk. Lembut sedikit. Tapi, tak sesuai dengan nama, garang sungguh perempuan ini. Tak tahu lah, sampai sekarang pun aku berkesimpulan, lembut bukan garang, tapi anak dara jual mahal. 

Sedikit ralat. Sejak ada nya messi, lembut jarang sangat masuk rumah. Kadang kadang je dia teringin masuk dan berbaring kat tempat kesukaan dia. 

Tadi,

Dari jauh, aku yang dalam kereta ternampak lembut. Baring atas jalan raya. Macam... Eh mungkin gatal nak baring baring macam garfield. Niat nak kacau main lampu. Makin dekat. Makin berdebar debar. Makin laju jantung aku. Air mata dah mula bertakung. 

............................................................................................
Sampai kan salam kakak pada garfield. Kata pada dia, mama rindu dia. Baru je hari tu sebut nama dia. 

No comments: