Saturday, May 19, 2012

i belong to you

Teringin teringin, kata mama pada aku.

Selain keinginan untuk pergi bercuti ke bandar bandar makanan eksotik seperti vietnam ke china lagi ke yang aku dapat rasa kan kat situ mesti banyak tikus cucuk lah anjing golek lipan berempah dan sebagai nya ya aku saja nak tengok betapa berani nya orang lain menyodok makanan seumpama itu dan terangguk angguk kagum, aku juga terasa seperti mahu ke india. Nak tengok pelbagai saree yang bergantungan jual sana sini. Betul ke kat sana banyak jual kari macam dalam satu rancangan tv hari tu aku tengok dan betul ke kat situ rakyat jelata nya sangat ramai maka tak berkesempatan untuk memecut laju kereta oh ya aku nak naik kenderaan itu. Tuk tuk ke apa entah. Dan aku ingin dengar lagu lagu hindustan yang aku bayang akan sentiasa kedengaran sepanjang dia sana.

Sebenarnya teringin berjalan jalan dengan pengudaraan lain. Teringin benar. Dan cuba cuba pelbagai makanan dan cuba cara hidup masyarakat lain di dalam bentuk rumah lain dan berjalan jalan di shopping mall selain midvalley the curve the mines alamanda one utama. Haha. Rasa diri sendir sangat aneh sebab orang lain tengah berbudaya k-pop sekarang ni dan pasang impian berjalan ke korea, aku pulak tidak.

Lebih dari itu, aku nak berada di konsert. Dengar lagu kuat kuat. Dan berangan dijemput naik menjadi tetamu undangan muse bila lagu i belong to you dimainkan. Lagu untuk aku.

No comments: