Percutian yang dirancang rapi bersama rakan sekerja aku dan mendapat sokongan berganda ganda dari bos aku yang sungguh comel harap dia baca dan bagi aku bonus 8 bulan tahun hadapan haha berjalan dengan lancar sekali. Siapa sangka di sebalik santun aku ni sebenarnya aku gadis lasak. Helo helo helo, ni bukan setakat mendaki gunung tau tapi harus tambah sedikit di belakang nya mendaki gunung yang beronak berliku dengan akar pokok yang menjalar dan tanah liat yang basah bersudut 90 darjah dari permukaan tanah dan lutut boleh bertemu dagu bila memanjat. Fuh semput membacanya lagi semput kalau mengalami sendiri keindahan puncak gunung angsi eh itu kalau sampai atas lah. Ha ha ha.
Pendakian bermula sekitar jam 7 pagi berpengkalan di air terjun ulu bendul, kalau nak masuk bayar rm5 dan HARUS daftar nama di pejabat pengurusan untuk pemberitahuan dan sebarang kes kecemasan. Perjalanan pada awal nya memang mendatar dan halangan yang satu satunya mencabar masa itu adalah dahan pokok perkasa yang menghalang jalan kau dan mampu mengoyak kan seluar sesiapa pun. Haha. Lepas je Tangga Batu ni kira check point untuk kau fikir balik berulang kali sama ada nak terus kan atau pun tidak, laluan dah jadi semakin menggila. Gila menyesal sebab pilih untuk teruskan pendakian. Bukan sahaja pokok yang menghalang semakin besar, tapi sudut tanah tinggi pun dah semakin curam dan ada bahagian yang kau perlu ada kekuatan tangan lantas melupakan kehalusan tapak tangan gadis sebab kena panjat menggunakan tali. Sob sob.
4 jam masa diambil untuk tenaga sebanyak macam aku ni untuk sampai puncak. Tapi, apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan kepuasan berada di puncak kan. Haha. Sambil melambai lambai peserta yang tarik diri dan gagal sampai ke atas dari atas, aku makan bekalan nasi berlauk sardin.
Berlagak, sombong dan bongkak dah menjadi sejarah dan telah dibalas dengan kesusahan. Turun dari bukit adalah satu seksa besar kerana kaki aku dah mula terketar ketar dan perut aku dah mula meragam. Susah dah nak fikir secara waras, yang penting ada je tandas di tengah tengah hutan belantara tu. Maafkan saya. Saya manusia biasa. Hehe. Tak cukup dengan tu, dah berapa kali aku terjatuh dan terseret di tali semasa turun. 8 jam naik dan turun memerlukan 4 hari waktu berbaringan untuk rehat.
Walaubagaimanapun, aku dah sampai puncak gunung angsi ya aku tahu ramai dah sampai datok, ledang, jerai, kinabalu, everest tapi boleh lah kan aku gebang kat anak anak aku nanti terutama sekali kepada maria.
tenaga masa ni masih banyak ye |
sama ada panjat atau terjun jurang kat tepi tu |
mak tak gayat pun |
bawak bag berat adalah kesilapan serius |
para pemberani sekalian |
penjagaan muka masih penting masa ini hahaha |
Oh ya kalau teringin pergi dan masih mencari nak bermalam di mana, aku bermalam di kampungstay lamanejo. Sumpah banglo dan halaman dia sungguh menarik. Klik SINI
Bai, caudemau.
p.s: lagi 2 minggu sayang (((:
No comments:
Post a Comment