Bangun pagi lambat dan tidur terlalu lama atas bas tadi adalah akibat aku tak reti reti nak tidur dah woi dah pukul 1 lebih. Dah lah esok monday blues. Haha blues lah sangat. Sekarang dah guna dasar pandang ke timur, tak sempat lemau, dah kena bergegas siap kan report. Ceh sekarang cakap nak pakai dasar dasar sebab baru lepas jawab exam ptd lah kata kan. Lorat gila kau sayda, bukan betul pun jawab.
Dah lama gila tak bersukan. Tak tahu lah macam mana next week nak mendaki pulok. Mintak mintak kalau aku pancit, tiba tiba ada
seekor seorang putera kacak datang dan offer aku naik kuda dengan nya nanti. Tapi, aku tolak putera jatuh, lalu mengajak hafiez mengunggang sama lah. Haha.
Berbeza dengan tabiat aku masa usia bawah 12 tahun dulu. Berurat urat tangan sebab galok bersukan. Tak ada nya terma pancit, mengah, geleber, berat,
hitam, semput semua. Haha. Tapi dulu tak ada lah terel sangat pun. Nak menang gaya di padang je sebab gua tahu ada pakwe pakwe hot yang juga akan berkongsi padang. Jadi, harus lah aku pakai seluar baldu berpotongan lobak tirus ke buku lali dan ada getah sangkut di bawah nya. Bukan seluar sukan yang sok sek sok sek tu ye. Haha. Bergaya lah sangat dan aku mintak mintak tak ada siapa masa tu ada ambil gambar curi aku tengah cun lari buat acara balapan tapi kat hujung padang tergedik gedik sebab sakit kaki pijak duri semalu. Padan muka aku. Cikgu adi menggeleng kepala. Kesal dengan kekampungan aku tak mahu sarung kasut masa berlari.
Nasib baik bila dah besar ni tak buat perangai penan.
Eh, tak sure lah masih sakai ke tak. Haha.
p.s: harap harap esok ofis tak ada apa apa perang.
No comments:
Post a Comment