Rasa nya tu adalah antara tempat favourite aku pergi bila aku sedih. Bajet di situ adalah surga dunia. Dari ikea, boleh pergi tesco, boleh pergi ikano, boleh pergi the curve, boleh pergi cineleisure (aku tak ingat nama baru dia apa), boleh pergi street tu. Tak menang kaki kan. Hari sabtu tak mungkin hening dan mudah untuk kau mencari parking. Jadi aku harus lincah. Kalau boleh, tak nak parking yang jauh sangat sementelah aku ni memang lah pelupa hatta kadang kadang bag duit sendiri pun aku lupa mana satu lalu ambil mana sahaja bag duit yang banyak duit dan mengaku itu adalah aku punya. Haha.
Yes. Kembang kembang hidung aku berbangga sebab berjaya pancung satu kereta pakwe ni. Haha. Padan muka lu kalah. Cepat cepat aku potong di simpang pintu masuk the curve ni dengan harapan, biar aku yang nampak parking kosong dulu baru orang lain. Bertuah kan. Dah lah hari tu cun. Bawak kereta cekap je. Lagi huntung kereta baru basuh.
Oleh sebab tersalah edjas, kereta aku berhenti agak jauh dari mesin pengeluar tiket di mulut nya itu. Daripada nampak terus terusan bahahahahangang, aku keluar sikit untuk cabut kad parking itu. Selesai sahaja, belum sempat jarak 5-6 hasta dari situ ada satu suara garau panggil. Cik adik manis. Waaaa rasa sangat hot masa tu. Keluar kan kepala sikit untuk tunjuk kan muka yang aku rasa paling cun masa tu untuk cek siapa. Oh, lelaki tadi. Dah ada awek kat sebelah pun nak try gua kan. Ha ha ha. Hot lah katakan.
Aku: Ya ?
Brader tu : Selipar awak tertinggal
Ya, mungkin aku anggap masuk kereta tadi sama macam masuk ke rumah.
yeah, i know
p.s: rindu nya
No comments:
Post a Comment