Tuesday, May 1, 2012

aku mahu keamanan

Seronok betul esok masih cuti. Haha sebenarnya lagi seronok tadi kau cuti jugak di kala orang lain harus mandi awal dan gerak ke tempat kerja tapi ahhh kenapa hanya aku dan pakcik ittew sahaja yang datang kerja. Haha. Aku terbongkang dengan bedak seri rambai bertepek kat muka sampai pukul sebelas. Tahniah anak dara jelita. 

Bagus jugak cuti macam ni aku balik johor. Jauh sikit dari kekecohan yang diada adakan di kala negara tengah aman. Jalan raya yang sepatut nya nyaman je dengan kereta jenama negara megah menyusur di jalan raya alam siber teknologi terkini haha kini dah jadi macam medan perang. Ternganga aku tengok gambar sekitar perhimpunan tu. Ketaksuban kita terhadap pemimpin yang tak pasti misi dan jalan nya telah ubah frekuensi keamanan negara. 

Dah lah. Daripada pung pang pung pang kat facebook kat twitter kat blog pasal isu bersih yang awak sendiri kurang jelas pucuk pangkal nya, di mana benar nya kerajaan, di mana salah nya pembangkang, baik duduk dan berdiam diri. Bukan suruh jangan ambil tahu tapi kadang kala pendapat yang melampau dan kata kata pandangan kita tu mengeruh kan lagi keadaan. We are what we say right ? Jangan asyik menuding jari tuduh sana sini salah tapi kenang balik, tinggi ke adab kita nak kata polis tu berkasar belasah orang yang merusuh? Tapi bersopan ke kita nak adili orang yang menghadiri perhimpunan tu sebagai orang tak berpelajaran sedangkan kita sendiri pengecut yang hanya berani bersuara tanpa isi di laman sosial macam tu. Masa pilihan raya tak ada pulak nampak batang hidung turun memangkah. 

Yang tak pasti, kita kaji. Kalau malas nak kaji macam aku ni, berdiam diri. Takut yang betul kita buta kan. Yang salah, kita benar kan pulak. 

Selain aku nak suasana yang aman, aku nak juga wariskan keselamatan tempat tinggal untuk anak anak aku kucing kucing aku nanti. 

No comments: