Hek eleh, kalau budak budak belasan tahun dah reti nak gantung kamera overpriced kat leher aku faham lah sebab kejutan budaya rakan sebaya yang kaya, tapi kalau dah belia macam aku baru terkorek korek kat mudah.com mana nak jual kamera secondhand, baik jangan. Kalau kau azali nya ada degree dan bakat yang tak terhingga dan minat yang tak terkata dan ambik gambar sumpah angle semua ajaib dan pandai pulak pakai adobe micheal scoffield, tak apa. Tapi kalau sebab kawan kau ada blog ambik gambar pengantin auw nampak cantik lalu terfikir nak bertanding, tak munasabah abang. Baik jangan. Seperti yang aku pernah kata sebelum ni, kita bukan di brunei.
Haha. Jangan lah marah. Aku sebenarnya ada jumpa satu kamera yang murah. Tak sampai empat posen pun. Tak semahal kuah rojak kacang makbee. Yang akhir akhir ni mendapat sambutan hangat di ofis aku. Dah macam pesta cecah cecah buah kat rojak makbee. Sekali hadap je, 7 biji mangga saiz 2 tapak tangan habis tak sampai 10 minit. 5-6 orang je makan tu. Kemain laju je semua beduk. Dah habis buah, ambik jemput pisang sambung colek. Asalkan, rasa makbee punya.
Oh, dah tersasar. Sambil rehat petang lepas hampir 6-7 jam bekerja jeras memajukan kampeni, rojak makbee dihidang, sambil tangan aku cekap merakam momen momen indah di ofis. Kamera yang murah tapi hasil kerja setaraf dengan Nikon D90. Sekarang siapa ada beli kamera riban riban dulu, sila menyesal. Haha.
ni lah dia. uncle nikon mesti jeles mapuh.
boleh adjust shutter dan aperture kat atas tu. senang je kasik kautim.
sharp kan imej yang terhasil. abang shahmie. nampak muda dalam gambar (:
Kalau kau tak reti origami nya macam mana, dah sah kau bukan lahir tahun 80-an.
p.s: mok mok, air mato nak tubik doh ni.
1 comment:
wah.. sungguh tak kacak makhluk dalam gambar yg sharp tu
Post a Comment