Thursday, June 30, 2011

bisakah



Adakah dah teruk sangat tahap kasih sayang seorang mak terhadap anak kandung sendiri dinihari ini ? Bukan ma, kakak bukan cakap pasal kamu. Mama adalah mak terbaik. Aku baru baca pasal mak 'terbunuh' anak sendiri kat blogserius. Bergenang genang air mata. Ni kalau kedip, memang berjurai.

Malam tadi cerita dustbin baby pun dah cukup buat aku berkolam kolam air mata. Baca tajuk pun tau cerita pasal apa. Cerita budak kecil yang masa bayi kena buang dalam tong sampah. Hidup tukar tukar keluarga angkat. Pipi comel macam tu pun orang tolak sana sini ke. Ah geramnya tengok gown merah dan mary jane flat shoes dia.

Kat negara sendiri pun bukan main berleluasa. Dah macam macam tempat pembuangan baru. Makin kreatif lagaknya. Ish. Mintak dijauhkan. Orang bukan main lagi bersusah payah makan biodex lah jumpa pakar puan lah jumpa bomoh mintak anak buat nazar sana sini siap entah ada ke tidak perjanjian setan semata mata nak anak (pengaruh anjasmoro). Justeru, jangan buang baby. Kan homel je pipi dia.

Dah lah. Bisakah kau tahan air mata tengok bayi wangi bau bedak baby kena lempang, kena susu morphin, kena tekup bantal apa lagi kena buang. Aku tak bisa.




Tak bisa kan ?

p.s: homesick lah pulok

Monday, June 27, 2011

di hari hujan, mengira rintik hujan


Hai. Dari isnin lepas sampai lah isnin hari ni aku memanjang kerja. Setahun berapa banyak hujan, satu pulau berapa banyak boleh proses air hujan, satu bumbung berapa banyak dapat kumpul air hujan. Ah gila. Berbeza dengan sebelum ni asal hujan, cuma ingat alamak baru basuh kereta tadi tak pun kak jangan lupa angkat baju kat luar, tutup cermin dengan selimut plug tv cabut.

Ni kalau berterusan dua tiga bulan bizi nya macam ni memang aku flat gila. Haha. Tak apa lah, boleh guna duit main kutu. Permainan makcik makcik kat tingkap rumah. Tapi yang pentingnya, minggu depan mungkin dah boleh duduk bersandar kembali santai menikmati hawa dingin sambil sumbat telinga dengan lagu buat kerja lambat lambat. Weehooo.

Alah, elok lah sibuk bekerja macam ni. Tak ada masa sangat nak bersenang lenang sampai sempat jaki orang sana sini. Pantang nampak salah sikit, satu kapal nak dihamunnya. Tahukah saudara saudari bahawa seorang ketua tak perlu meminta untuk dihormati. Yes, u cant win respect by demanding.

Haha. Emo. Padahal tadi bukan main bercerita terjerit jerit dengan rosdi gafar dan kak ika kat william. Agak agak, snuker depan tu sebijik sebijik boleh tangkap apa aku cakap. Cerita yang sama berulang ulang. Tangan aku macam biasa, terkibar kibar ke atas nak bercerita punya pasal. Takut rosdi tak faham. Ketawa pun nak nganga luas luas biar gafar feel apa yang dilalui aku dan kak ika tengah hari tadi.

Dahlah, aku nak mandi manda. Ingat tu kapten, belajar ikut peraturan dulu, barulah sesuai suruh umat lain patuh peraturan awak. Sekian.

Nah, aktiviti 5S sedangkan aku cuma mampu memandang. Biar, biar aku bergelumang dengan kertas, kotak, plastik, straw, sudu, kalkulator, wayar dan sebagainya.



p.s: dah berapa lama aku tak sempat tengok matahari terbenam ?


Tuesday, June 21, 2011

best bro broga hill

Masa kaki aku nak menapak ke tempat yang lebih tinggi sikit, aku tergelincir. Tambahan pagi tu hujan selebat lebatnya. Aku ingat, perancangan panjat broga hill tunda tak pun cancel terus. Tapi, sebab semangat kesukanan yang tinggi dalam diri masing masing, acara tetap diteruskan. Bahana nya, aku yang menanggung akibat.

Tergelincir yang aku maksudkan kali ini, agak ganas. Bukan setakat tersasar ke tepi sikit. Malah aku tergelincir terus ke dalam gaung. Ya gaung. Di lereng bukit broga tempat kami memanjat tu memang terusan ada gaung kat sebelahnya. Tak ada papan peringatan, tak ada tali atau kayu penghadang tanda sempadan. Sengaja buat macam tu supaya kita manusia biasa ni terlatih untuk jadi lebih berhati hati. Jangan melencong dari tujuan hidup sebenar.

Nasib baik cuma sekali dua jerit minta tolong, ahli pasukan aku yang lain terperasan ada seekor pelanduk sunti tersangkut dalam semak di gaung bawah. Kasihan aku kan. Walaupun dalam hati berdebar masyarakat bapak cuak kau tau manalah tau tiba tiba keluar apa apa binatang liar dari dalam gaung tu aku ni macam mana. Tapi aku kawal. Muka tak ada lah pucat mana. Suara pun tak ketar. Dengan bantuan tali yang mereka bawak sama, aku ikat kuat kuat kat badan. Di hujung satu lagi aku lambung biar tersangkut kat pokok kuat. Nak harapkan dorang tarik, memang semua mungkin terpalit sama nasib macam aku. Nasib baik juga dalam poket, aku ada sempat selit glove. Harus pakai takut tangan luka nak paut kat tali tampung berat badan sendiri.

Berkat ketenangan dan doa dalam hati, aku berjaya sampai atas. Perjalanan diteruskan. Ramai yang menepuk bahu aku tanda bangga aku berjaya selamatkan diri sendiri tanpa merengek. Pasukan selain dari pasukan aku pun turut sama nak bergambar kenangan sebab gembira dapat saksikan sendiri aksi fear factor depan mata.

Nah gambar. Agak agak kau percaya cerita aku berdasarkan gambar kat bawah ni maksudnya, aku memang ada ciri penipu besar.

pandai remaja sekarang ni bergambar

abang pancit ye adik adik

budak kecil pun dah sampai, lu orang bila lagi

satu, satu je perempuan ? ceh ceh ceh


adik, kalau awak single, kakak ada 2 calon pakwe untuk awak

ar simbolik tak awek separuh muka ni

Kalau kau tak pernah naik broga lagi, kau tak hip. Ok lah, sampai sini sahaja nampak nya kali ni. Ada lagi report yang belum siap. Esok ada mesyuarat menteri menteri. Sebelum berangkat, cuba teka siapa gerangan pakwe yang menyambut tanganku ini. Oh sayang bawalah daku pergi berlari atas pelangi menuju mentari.

Haha. Caudemau.

p.s: nak balik johor lah, sembang dengan mama dan ayah dan fikah dan ciko.

Thursday, June 16, 2011

akan ku tawan mu, broga hill


Nampak macam aku kaki bangku kan. Tapi bak terai lawan badminton dengan aku nak. Kita tengok siapa lauk siapa pauk. Tu tak tengok lagi aku main bowling main ragbi main takraw semua. Semua sukan memang dalam genggaman gua lah brader.

Sambil taip taip ni, aku sibuk patah patah kan jari tahan nafas betulkan postur badan. Ha, sabtu ni aku bakal menawan bukit broga tau. Kau tunggu di atas sana aku nak pacak sepanduk. Haha. Kibar kibar weh. Kalau sempat, aku bajet nak engrave kat batu sana 'sayda wuz ere'. Tengok lah masa nanti macam mana.

Aku punya plan sebelum naik, macam biasa lah warming up dulu. Kasi peluh merembes. Ambil seteguk susu panas dan pisang untuk sumber potassium kalsium dan sebagainya. Sepanjang naik tu, nanti kau dengar lah laungan lagu semangat aku nyanyi. Yang lenlain kat belakang aku sila sahut ye. Jangan risau, we will make our own track. Kang aku bawak parang ah tebas mana mana dahan lalalalalalang yang ganggu laluan. Kat sudut bukit 90 darjah, kau jangan risau. Aku dah standby harness dan glove. Kau tinggal tawakal je. Kalau terserempak dengan orang, jangan hiraukan. Tak kisahlah manusia biasa ke niger ke. Kita kena fokus.

dah dah, jangan tengok awek ni. fokus weh.

Cadangan entah apa apa. Setakat nak panjat broga, tumpang ladang orang pula tu, tak payah menebas segala. Tak kisah lah berselisih dengan orang berlanggar bahu. Kan ke elok, boleh bagi salam. Ikut resam hidup semut. Tak sampai puncak ketiga pun tak apa. Sampai puncak pertama pun dah kira gempak dan seronok untuk aku insan naif yang sekali sekala beriadah ni.

Tujuan riadah hujung minggu ni nak eratkan hubungan sesama rakan ofis eh yang aku rasa macam dah terlebih rapat mulut masing masing tak ada tatasusila. Selain tu, untuk kesihatan tubuh jugak err untuk kurus jugak kot. Haha.

ye, awek ni perlukan senaman.

Caudemau.


p.s : lately, aku senang ngantuk. haha. makan semut kot.

Wednesday, June 15, 2011

selamat bertunang natali !

Hahai. Setiap minggu sepanjang bulan jun ni memang melampau. Tak payah tulis kat diari atau mark kat kalendar sebab dah tersemat dalam kepala otak cerdik ada siapa punya wedding, ada siapa punya engagement.

Kan dulu ada kecoh kecoh main cop tarikh nak tunang minggu ke berapa kan dengan ecah dan natali. Er, termasuk lah aku. Kalau minggu lepas turn ecah, hujung minggu baru baru ni hari bermakna buat natali dan kab. Ceh ceh. Santik sekali natali.

ecah seperti baru lepas konvo gamaknya


congrats natkab

Walaupun majlis formal, perangai sgf tak ada nya formal. Tak reti berdiam. Siap menari nari tepi sliding door menyambut ketibaan rombongan lelaki. Haha. Ecah ecah. Baru minggu lepas kau betunang. Tak apa lah tam, aku tetap sayang kau.

Nah gambar.hadiah sempena pertunangan tali


bukti suka buat perangai masa majlis orang (mak nadiaw sungguh comel masa ni)

kan? liar kan?

z, hijau z, hijau

tengok tunangan orang, sukar dikawal

harap harap, aku dapat badi bunga orang tunang ni. abang anuarz, im waiting for u


Balik kena pakai helmet sebab wanita dritft gila. Ni safety weh, safety.


p.s: turn aku, ah nanti nanti lah. dusta semata. ceh ceh ceh.

Wednesday, June 8, 2011

deal or no deal (belaian spa)


Setiap kali aku garu siku, bukan sahaja gatal tak hilang. Kulit macam tertanggal. Tak tak. Ini bukan sopak kak. Aku bajet ni akibat aku berkulit kering. Selalu kena aircond. Maklumlah, bajet bandar.

Cek cek rupanya tu kulit mati. Ah bahasa kasar nya aku ada daki. Kau jangan tipu kau tak ada daki. Cuba garuk belakang kau sekarang. Hmm, patut lah lutut aku tak berapa cun bila aku pakai bikini itu hari. Apa bikin dengan bikini ? Haha. Sakai.

Cepat cepat roger kak ika. Ajak si ikan gemuk tu nak tak pergi spa. Ala, yang main janji janji dengan milk a deal tu. RM68 ada full body massage, body scrub, jacuzzi dan ear candling. Ha, amacam ? Mengujakan sampai seminggu lebih awal aku dah asyik lalu lalang depan spa tersebut. Hatta tambahan pula, sekentut je dari ofis dan menghadap papparich tempat bercanda bersama skandal.

Semalaman aku tidur lena. Tak nak mandi sebab sayang nak buang bau minyak rosemary dan ginger alohaloha. Haha. Diurut serupa baru lepas beranak. Jadah apa nya mbak arni tu urut lipat lipat daging aku kata urat aku bersimpul padahal aku nak berehat. Nasib baik ada kak ika. Dah tak payah pasang radio. Mulut dia lagi bising. Hei, ni spa tau tak. Bukan ofis kita yang ibarat pasar borong selayang. Sekarang, panggil aku puteri salju. Aku dah putih.

lelaki pun boleh datang, tapi dapat tukang urut jantan lah. (seram)


best kan. buat minum pun mujarab.

sebelum dibelai, kemain peghak lagi perangai, haha.

Hokay, apa lagi. Aku pun tengah tunggu deal terbaru. Nak cari deal rambut pulak kali ni. Mana tau potong ala ala kate middleton harga cuma RM18 je ke.


p.s: weh weh, esok aku puasa ganti, jangan goda


Sunday, June 5, 2011

selamat bertunang echah !


Hai SGF. Ni gambar terajin aku boleh buat untuk sumbat semua dalam gambar kenangan kita. Ceh ceh ceh. Memang ada sedikit unsur seram di muka mira pedon nani azeela z mai dan natali. Tapi asalkan masuk kan. Haha.



Sekejap sangat dah habis dah hujung minggu tergempar ni. Tak puas lagi nak lari lari dapatkan kamera, jerit terlolong sesama sendiri, terkibar kibar tangan, dah sampai masa berpisah. Nasib baik banyak gambar diambil, jadi lah bekalan bila rindu nanti. Ye dok ? Hehe. Beriya lah nak rindu, minggu depan jumpa lagi.

Echah, selamat bertunang. Kau nampak cantik je malam tu tapi ah malas nak cakap sebab sebenarnya yang lain lain lagi nampak jelita. Nanti kau terasa pulak. Dah lah tak tidoq buat doqgift.

ecah dan norman

pelamin gempar yang belum terusik lagi

benda alah yang buat aku kejang kaki


penunang dan rakan rakan sama galak

sekarang kau tengok, pelamin dah tercemar

sangat buas

perangai tak tertahan tahan nak memeriahkan majlis

ha, liar kan ?

ok ni sangat liar diketuai oleh budak sarawak.

awek tangga

para kaknam


Sebelum beredar, nah gambaq terakhir paling liaq, sosiaq dan rawaq boleh aku bagi kau tengok.


SGF. Macam ni ke kita akan hidup sehingga tua ? Dunia dalam genggaman kita, marilah menari sambil gigi bawah ketap bibir atas. Haha. 4343 SGF !


p.s: yang tak rasa tu, diam diam je lah

Friday, June 3, 2011

cuti lagi

Ha hari ni aku bercuti. LAGI. Haha. Heaven nya duduk rumah di kala semua orang buat buat ada kerja di ofis. Macam aku tak tau kalau jumaat tu tak ada nya buat kerja der.

Pantang lepa, shuze dari kejauhan dah jerit jerit tanya hei siapa tengok meteor garden semalam. Semua malas nak layan. Aku jeling ecah kat sebelah sibuk trim trim rambut leman. Nani tak habis berjungkit kerusi menyanyi gembira. Besah dah gaya siapa aj ke nick ke apa aku tak pasti menari nari depan kelas. Azeela sedari tadi terjerit jerit tanya siapa nak mak dia bagi kad raya sila bagi alamat. Dengan tiba tiba wanita datang dari sebelah dengan pipi kemerahan tanya jelas lagi ke bekas kena tampar aku. Haha. Kau jangan tanya mana syaf. Tengok je kantung mata dah tau dia kaki tidur dalam kelas. Dengan riuh kat luar dengar zack lari lari kat koridor sebab kena kejar dengan pakyem aku tak tau. Affa macam biasa lah sikit sikit datang kelas aku buat demonstrasi makan kek lapis sarawak. Natali tak ada. Dia sibuk kutip hutang. Mai pulak tengah emo emo. Haha. Mira, nadiaw kalau rasa nak tanggal tudung letak kat bahu memang datang kelas aku. Kelas dia mana boleh buat perangai macam tu. Aku ? Macam biasalah sibuk ulangkaji. Baca sincan berulang ulang.

Minggu ni kau semua jangan kacau. Kalau minggu lepas masa untuk family, minggu ni masa untuk sgf. Adil kan aku ? Masa untuk boyfriend tak payah fikir. Sebab aku mana ada boyfriend. Ni awek cun tak laku tau. Haha. Ah SGF, kalau bukan sebab awak semua, mana mungkin hidup aku sewarna warni ini macam haha tiba tiba cakap gaya mamak. Oklah, aku nak kembur almari cari baju kurung kebaya semua. Tema perjumpaan kali ini baju tradisional. Jumpa di sana!

Adakah akan bersosial sampai macam ni sekali.



p.s: ah, gua fobia lah.