Showing posts with label milk a deal. Show all posts
Showing posts with label milk a deal. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

deal or no deal (facial and eye treatment)



Hai. Semalam aku sekali lagi terlibat dengan aktiviti milk a deal . Kalau hari tu galak ke spa berurut badan, mandi jakuzi, scrub haha macam memakcik gitewww, kali ni aku dan wanita buat facial treatment.

nama nak gempak kan.

Dengan harga rm29.90, offer yang diberikan memang menarik perhatian aku. Lebih lebih lagi bila ternampak 'collagen'. Haha, galak tak ? Dia bagi kau facial, eye treatment, collagen mask, element serum kat muka, dan beberapa urutan eksotik di muka. Keluar je kedai, semua pakwe pandang aku. Tapi yang gemuk gemuk dan hitam hitam lah. Haha.

yang asalkan murah, gua ambil

Sekarang dah tak ada eyebag tahu. Haha. Kalau dah dasar kaki tidur dan tidur sampai matahari tinggi mana kan tidak mata kau lebam lebam. Ala, tak apa lah kan mata macam panda. Stail apa. Yang penting, siapa nak bagi kita diskaun 95% facial treatment semua tu. Aku dah lah memang pantang nampak ada diskaun. Alergik.


love u too, wanita

Esok ke lusa, aku dah harus keluarkan plan percutian ke singapore pulak memandangkan percutian tu dah semakin hampir. Haha, kaki enjoiiii lah katakan.


p.s: kaki aku semut semut ni weh. sila pijak


Wednesday, June 8, 2011

deal or no deal (belaian spa)


Setiap kali aku garu siku, bukan sahaja gatal tak hilang. Kulit macam tertanggal. Tak tak. Ini bukan sopak kak. Aku bajet ni akibat aku berkulit kering. Selalu kena aircond. Maklumlah, bajet bandar.

Cek cek rupanya tu kulit mati. Ah bahasa kasar nya aku ada daki. Kau jangan tipu kau tak ada daki. Cuba garuk belakang kau sekarang. Hmm, patut lah lutut aku tak berapa cun bila aku pakai bikini itu hari. Apa bikin dengan bikini ? Haha. Sakai.

Cepat cepat roger kak ika. Ajak si ikan gemuk tu nak tak pergi spa. Ala, yang main janji janji dengan milk a deal tu. RM68 ada full body massage, body scrub, jacuzzi dan ear candling. Ha, amacam ? Mengujakan sampai seminggu lebih awal aku dah asyik lalu lalang depan spa tersebut. Hatta tambahan pula, sekentut je dari ofis dan menghadap papparich tempat bercanda bersama skandal.

Semalaman aku tidur lena. Tak nak mandi sebab sayang nak buang bau minyak rosemary dan ginger alohaloha. Haha. Diurut serupa baru lepas beranak. Jadah apa nya mbak arni tu urut lipat lipat daging aku kata urat aku bersimpul padahal aku nak berehat. Nasib baik ada kak ika. Dah tak payah pasang radio. Mulut dia lagi bising. Hei, ni spa tau tak. Bukan ofis kita yang ibarat pasar borong selayang. Sekarang, panggil aku puteri salju. Aku dah putih.

lelaki pun boleh datang, tapi dapat tukang urut jantan lah. (seram)


best kan. buat minum pun mujarab.

sebelum dibelai, kemain peghak lagi perangai, haha.

Hokay, apa lagi. Aku pun tengah tunggu deal terbaru. Nak cari deal rambut pulak kali ni. Mana tau potong ala ala kate middleton harga cuma RM18 je ke.


p.s: weh weh, esok aku puasa ganti, jangan goda