Friday, June 3, 2011

cuti lagi

Ha hari ni aku bercuti. LAGI. Haha. Heaven nya duduk rumah di kala semua orang buat buat ada kerja di ofis. Macam aku tak tau kalau jumaat tu tak ada nya buat kerja der.

Pantang lepa, shuze dari kejauhan dah jerit jerit tanya hei siapa tengok meteor garden semalam. Semua malas nak layan. Aku jeling ecah kat sebelah sibuk trim trim rambut leman. Nani tak habis berjungkit kerusi menyanyi gembira. Besah dah gaya siapa aj ke nick ke apa aku tak pasti menari nari depan kelas. Azeela sedari tadi terjerit jerit tanya siapa nak mak dia bagi kad raya sila bagi alamat. Dengan tiba tiba wanita datang dari sebelah dengan pipi kemerahan tanya jelas lagi ke bekas kena tampar aku. Haha. Kau jangan tanya mana syaf. Tengok je kantung mata dah tau dia kaki tidur dalam kelas. Dengan riuh kat luar dengar zack lari lari kat koridor sebab kena kejar dengan pakyem aku tak tau. Affa macam biasa lah sikit sikit datang kelas aku buat demonstrasi makan kek lapis sarawak. Natali tak ada. Dia sibuk kutip hutang. Mai pulak tengah emo emo. Haha. Mira, nadiaw kalau rasa nak tanggal tudung letak kat bahu memang datang kelas aku. Kelas dia mana boleh buat perangai macam tu. Aku ? Macam biasalah sibuk ulangkaji. Baca sincan berulang ulang.

Minggu ni kau semua jangan kacau. Kalau minggu lepas masa untuk family, minggu ni masa untuk sgf. Adil kan aku ? Masa untuk boyfriend tak payah fikir. Sebab aku mana ada boyfriend. Ni awek cun tak laku tau. Haha. Ah SGF, kalau bukan sebab awak semua, mana mungkin hidup aku sewarna warni ini macam haha tiba tiba cakap gaya mamak. Oklah, aku nak kembur almari cari baju kurung kebaya semua. Tema perjumpaan kali ini baju tradisional. Jumpa di sana!

Adakah akan bersosial sampai macam ni sekali.



p.s: ah, gua fobia lah.

No comments: