Ni kalau berterusan dua tiga bulan bizi nya macam ni memang aku flat gila. Haha. Tak apa lah, boleh guna duit main kutu. Permainan makcik makcik kat tingkap rumah. Tapi yang pentingnya, minggu depan mungkin dah boleh duduk bersandar kembali santai menikmati hawa dingin sambil sumbat telinga dengan lagu buat kerja lambat lambat. Weehooo.
Alah, elok lah sibuk bekerja macam ni. Tak ada masa sangat nak bersenang lenang sampai sempat jaki orang sana sini. Pantang nampak salah sikit, satu kapal nak dihamunnya. Tahukah saudara saudari bahawa seorang ketua tak perlu meminta untuk dihormati. Yes, u cant win respect by demanding.
Haha. Emo. Padahal tadi bukan main bercerita terjerit jerit dengan rosdi gafar dan kak ika kat william. Agak agak, snuker depan tu sebijik sebijik boleh tangkap apa aku cakap. Cerita yang sama berulang ulang. Tangan aku macam biasa, terkibar kibar ke atas nak bercerita punya pasal. Takut rosdi tak faham. Ketawa pun nak nganga luas luas biar gafar feel apa yang dilalui aku dan kak ika tengah hari tadi.
Dahlah, aku nak mandi manda. Ingat tu kapten, belajar ikut peraturan dulu, barulah sesuai suruh umat lain patuh peraturan awak. Sekian.
Nah, aktiviti 5S sedangkan aku cuma mampu memandang. Biar, biar aku bergelumang dengan kertas, kotak, plastik, straw, sudu, kalkulator, wayar dan sebagainya.
p.s: dah berapa lama aku tak sempat tengok matahari terbenam ?
No comments:
Post a Comment