Masa kaki aku nak menapak ke tempat yang lebih tinggi sikit, aku tergelincir. Tambahan pagi tu hujan selebat lebatnya. Aku ingat, perancangan panjat broga hill tunda tak pun cancel terus. Tapi, sebab semangat kesukanan yang tinggi dalam diri masing masing, acara tetap diteruskan. Bahana nya, aku yang menanggung akibat.
Tergelincir yang aku maksudkan kali ini, agak ganas. Bukan setakat tersasar ke tepi sikit. Malah aku tergelincir terus ke dalam gaung. Ya gaung. Di lereng bukit broga tempat kami memanjat tu memang terusan ada gaung kat sebelahnya. Tak ada papan peringatan, tak ada tali atau kayu penghadang tanda sempadan. Sengaja buat macam tu supaya kita manusia biasa ni terlatih untuk jadi lebih berhati hati. Jangan melencong dari tujuan hidup sebenar.
Nasib baik cuma sekali dua jerit minta tolong, ahli pasukan aku yang lain terperasan ada seekor pelanduk sunti tersangkut dalam semak di gaung bawah. Kasihan aku kan. Walaupun dalam hati berdebar masyarakat bapak cuak kau tau manalah tau tiba tiba keluar apa apa binatang liar dari dalam gaung tu aku ni macam mana. Tapi aku kawal. Muka tak ada lah pucat mana. Suara pun tak ketar. Dengan bantuan tali yang mereka bawak sama, aku ikat kuat kuat kat badan. Di hujung satu lagi aku lambung biar tersangkut kat pokok kuat. Nak harapkan dorang tarik, memang semua mungkin terpalit sama nasib macam aku. Nasib baik juga dalam poket, aku ada sempat selit glove. Harus pakai takut tangan luka nak paut kat tali tampung berat badan sendiri.
Berkat ketenangan dan doa dalam hati, aku berjaya sampai atas. Perjalanan diteruskan. Ramai yang menepuk bahu aku tanda bangga aku berjaya selamatkan diri sendiri tanpa merengek. Pasukan selain dari pasukan aku pun turut sama nak bergambar kenangan sebab gembira dapat saksikan sendiri aksi fear factor depan mata.
Nah gambar. Agak agak kau percaya cerita aku berdasarkan gambar kat bawah ni maksudnya, aku memang ada ciri penipu besar.
Kalau kau tak pernah naik broga lagi, kau tak hip. Ok lah, sampai sini sahaja nampak nya kali ni. Ada lagi report yang belum siap. Esok ada mesyuarat menteri menteri. Sebelum berangkat, cuba teka siapa gerangan pakwe yang menyambut tanganku ini. Oh sayang bawalah daku pergi berlari atas pelangi menuju mentari.
Haha. Caudemau.
p.s: nak balik johor lah, sembang dengan mama dan ayah dan fikah dan ciko.
1 comment:
Cerita yang mengarut...
Post a Comment