Awal betul aku bangun di sabtu yang hujan ni. Terbangun kerana rindukan mak abah (padahal panggil ayah) berlatar belakangkan alunan sayu caklempong. Tiada lagi bengis bengis yang tinggal hanya lah tangis.
Sebab mentekedarah durian 8 biji tanpa henti memang semua yang aku nampak seharian semalam berduri belaka. Bau minyak wangi pun dah seperti serawa. Semua tempat aku berangin. Tapi terpaksa ku telan. Takut kantoi hari tu makan durian senyap senyap. Hatta sehingga sekarang pun aku masih senoneng. Demyuh raja buah.
Siapa sangka, aku yang si cantik manis ayu raudhah ni buruk makan. Pelahap. Lelaki kacak di luar sana jangan kesal dahulu. Walaupun lahap, aku makan tak sembur sembur dan kunyah tak bising. Masih boleh bawak makan di hotel.
Daripada belum sampai, sehingga lah dah di puncak penghabisan ulas durian yang terakhir, kepala otak tak henti mencongak keuntungan kalau ambil bufet 20ringgit. Kak, aku apa apa buffet pun boleh lanyak. Asalkan durian.
Apek tu pun satu hal. Miang boleh tahan jugak. Nasib baik kacak iras iras ahmad idham. Luak jugak aku panggil abang. Abang abang kila belapa.
Lima palaaaat lima palaaaat lima palaaaat. Empat puluh lima. Aku terkasima tak terkata apa apa tapi dua orang akak depan aku ni ketawa berdekah dekah waima nak mendengar penjelasan aku untuk apek pasal definisi palat tu apa pun mereka tak mampu.
Palat tu belas. Aku tak berniat nak tulis carutan.
Lepas makan, jangan harap kau mampu selamat keluar lenggang kangkung seperti hari cerah biasa. Kau harus membongkok. Tak kira di mana sekalipun. Takut ada cerita kontroversi menyusul di kemudian harinya.
p.s: sebelum memperbetulkan orang lain, tafsir diri sendiri dulu
2 comments:
ingt jugak kt aku yek...sobs~
ingak jugok kat deme.
Post a Comment