Sakit nya tangan aku. Bukan sebab main pool tapi sebab main bowling. Durjana mana yang cipta main bowling ni. Baik main angry bird kat iphone ecah. Haha. Cakap pasal iphone, siapa berminat nak beli blackberry canggih aku sila email. Bagi resume. Dengan cover letter sekali.
Ciri ciri keselamatan masih cekap di samping masih bergetah peka dan ada elemen antik nusantara. Sesiapa yang penyabar, sesuai sangat lah pakai.
Weh aku nak jual handphone aku. Masih elok. Tapi aku kena interview tuan baru nya.
Kau rasa siapa sesuai.
Entah. Yang penting, mesti mempunyai kesabaran tinggi. Ni ibarat, if u can handle me at my worst, then u deserve me at my best lah.
Ah. Sepak kang.
Tiba tiba affa cadangkan z. Hmm elok sangat lah tu. Tuan baru kamu pun nampak penyayang. Malam ni aku nak cuba lelong lah. Siapa yang boleh bid harga tertinggi aku jual. Amacam. Kat rasta tau. Malam ni.
Habis lepas ni kau nak pakai handphone apa.
Tengok lah torch ke iphone 5 ke.
Ewah banyak duit kau.
Banyak. Berkepuk kepuk. Sikit lagi boleh beli telefon awam.
Tak lah. Mana ada duit banyak tu. Berbelanja kena lah berpada pada. Asal depan awek je mula tunjuk minat dan gaya kaya bayar raya. Lepas dah jadi awek papa jahat kedana. Aku tekad. Tak nak pakai telefon bimbit dah. Mulai hari ni. Semua urusan pakai emel. Tak pun pinjamlah telefon shahmie ke kak ikan ke ecah ke besah ke.
p.s: angkat tangan ramai ramai sekarang. doa untuk encik harith.
No comments:
Post a Comment