Sunday, April 17, 2011

justin bieber

Kau rasa kenapa agak agak semua orang suka hujung minggu. Ha, aku suka sebab masa tu lah aku akan pantangkan kaki aku jejak rumah selagi tak pukul 10 malam tak pun tak balik langsung. Haha. Gila liar kau sayda.

Liar liar jugak. Tapi kalau sampai tak tahu mana satu nak pergi dulu memang menjengkelkan. Seawal 10 pagi aku dah start congak, mana satu aku nak pergi dulu. Pergi kajang ambik affa lalu bawa ke midval atau pergi tunggu ecah di taman tun untuk makan durian atau jumpa hamster. Ni besah mesej. Haha. Nasib baik bukan ajak aku ke mana mana.

Bukan main laju cari hamster jalan jalan lalu terjumpa topeng muka justin timberlake. Ah cantik lah. Aku pun dah lama tak ke hollywood. Lepas puas terkinja kinja bersama dengan budak budak sekolah kat curve, aku dan hamster pergi kutip wanita. Dasar kedekut sanggup tweet sahaja semata mata taknak bil melambung tanya bila aku nak sampai. Malas nak buang masa, sabtu dah nak habis ni, aku melanggar pantang makan durian sekali lagi dengan hamster wanita ecah dan norman. Aku ingat lepak makan kat mamak je suara tak boleh kawal, rupanya terbawa bawa ke makan durian. Apek, tak payah letak kerusi pun tak apa. Senang nak menunjuk nunjuk nak durian mana. Loya gila sambil makan sambil ketawa sehingga nak tengok af pun aku tak mampu. Hamster paksa main uno seround kat rumah wanita sementara tunggu awan bawak burger.

Lepas tu baru teringat, eh tadi kan nak ambik affa? Haha. Tak apa lah. Jumaat ni dengar cerita natali dan shuze turun. Kang aku ajak nani z besah syaf natrah semua. Kita buat surprise birthday party untuk wanita.

adakah aku sebut justin timebrlake tadi. sebab sebenarnya justin bieber. ni hamster bieber. tak pun justin tempeh.


hey budak kecik, kau ingat kau je suka bieber sehingga terlompat lompat histeria. ni die hard fan ni.

bieber fever yawww.


bahagianya muka yang tak tahu apakah akibat nya sebentar lagi.


wanita, jangan usha gatal kat aku please.


bieber pun tahu hirup air durian


ni dia supergirlfriends. walaupun baru separuh, hati aku membuak buak nak meletup sebab ketawa sehingga keluar keluar air mata jantan

Sekarang aku terperuk di rumah. Tunggu baju garing. Tak adanya rock out ur sunday hard bebeh. Tak ada tak ada. Hari ni cerah dan dapat memancar dengan jelasnya. Agak agak nak menyorok dari realiti pun tak dapat weh. Dah dah lah tu. Sirih pun reti pulang ke gagang. Kita pun pulang lah ke ibu bapa. Mintak ampun.


p.s: ma, kakak rindu.

No comments: