1. Duduk setempat. Cuba lah kuasai apa apa permainan sekalipun. Zuma 7wonders dinner dash waima monopoly secara networking. Mana tau satu hari kelak, kau dibayar untuk wakil negara.
2. Buka email lama lalu delete mana yang kau rasa isi email tu ada penipuan. Termasuk lah email bekas pakwe kau yang serampang dua mata. Bukan apa. Hal peribadi cinta jangan dicampur aduk kerana abe nak fokus keluarga dan kerjaya sahaja, kata fendi kepada zeti.
3. Dengar ulang ulang lagu yang suka sampai ada orang jerit, hey jelita, telinga ni, telinga ni dah naik pekak tau dari tadi kau pasang lagu dikir salem iklim.
4. Kemas fail sebab mana tau boleh terserempak dengan duit yang kau selit dulu.
5. Jadi pendengar setia segala dialog orang sekeliling. Mana tau satu hari nanti bait bait ayat mereka kau boleh jadikan modal untuk buat drama. Rezeki. Lagi sabar kita tunggu, lagi besar nilainya.
6. Tolong lah sesiapa saja yang suruh kau fotostet kan ic depan belakang yang sampai berbuih mulut bagitau step nya tetap mintak tolong. Haha. Jangan merungut. Setiap pertolongan pasti ada bahagian pahalanya.
yang paling nampak lakonan nya tu lah yang selalu paksa aku tolong fotostet segala macam kad lah ic lah punch card lah
7. Sekarang tengok handphone. Siapa lagi yang gegar nak mintak tolong. Bukan main. Sanggup bbm pagi pagi buta, masa aku sibuk sibuk nak potong kereta lain lah dia nak mintak tolong. Dulu, buat buat entah lah saya tak tau lah bila aku mintak tolong bagi pendapat je.
8. Kadang kala, fikir masalah lebih serius sikit. Macam masalah politik negara ke, sukan negara ke, wang dan simpanan ke. Kenapa duit selalu tak mencukupi walaupun belum separuh bulan. Aku dah jumpa dah. Salah satu jawapan yang pasti, sebab liat hulur kat mak bapak duit.
Oklah kawan kawan. Siti nak tidur ni. Siti tu kawan khayalan aku. Haha. Cabul mulut kau sayda. Padahal baru tengok lakonan realiti iras iras jalan cerita waris jari hantu pun kau dah gelabah. Yelah, pakai rimau weh.
p.s: esok, cubalah tips ni. asalkan jangan mundar mandir.
No comments:
Post a Comment