1. Mak dulu ada cakap, kalau berak kena letak tuala atas kepala. Takut nanti setan ikut berak. Sebab tu ada kelumumur. Aku malas nak ikut. Akibatnya, memang banyak emping emping putih atas kepala. (Happy birthday mama)
2. Kalau nak tidur, selain kena basuh kaki ke, baca doa ke, kalau boleh hadap kanan tau kawan kawan. Tapi, apa masalah aku, aku suka mengerekot ke kiri. Ha, sebab tu lah berdengkur. Menderu deru.
3. Pak kamil ada pesan, kalau kau mengantuk dalam kelas fizik dia, picit picit cuping telinga. Dah lah taknak ikut. Siap main tersiku siku perut dia. Konon nak ceriakan suasana dan buang setan ngantuk.
4. Sebelum memandu, kan cikgu sekolah memandu ada bagitau, sebaik baiknya study peta jalan destinasi dulu. Ha, kali ni aku ikut. Tapi menyambung sampai masa memandu lah. Sebab tu lah, secara tak sengaja aku melanggar pakcik teksi. Tawakal weh tawakal. Peta ada 19 steps dari kepong ke pudu.
5. Semasa berkawan, aku tak berkira sangat bab bab duit. Konon pakai prinsip, harta ni bukan boleh bawak mati dan harus dirasa secara sama rata dengan semua kawan. Tapi, dah tak boleh pakai teori tu sekarang. Masing masing dah bekerja. Lagipun, risau sebab duit, badan binasa. Jadi, hutang 40 sen pun kau kena ingat. Barulah hidup rukun. Macam aku bersama SGF lah ('',).
sekarang: apa salahnya kadang kadang ikut je peraturan. dalam masjid, memang kena sopan. (dah berubah kan?) haha
6. Lagi kuat aku test apa yang boleh buat aku turn off, lagi buat aku suka. Mengada gila, bila tiba tiba frust ala kenapa semua macam sempurna je di mataku ini. Macam pahlawan kesatria. Auwww. Yang bila sebenarnya bila dengan orang lain, dah lama aku pangkah. Tapi, kali ni adalah cabaran. Cabaran yang perlu dilengkapkan supaya di masa akan datang tak akan menyesal. Betul lah, cinta itu buta. Haha. Taman sayda taman.7. Ni pun antara pantang yang aku reka sendiri tapi aku lanyak je. Mana boleh tidur lambat. Nanti bad mood. Tak cukup 12 jam tidur bagi aku memang memalukan. Tak apa. Demi blog gempak tersayang, aku korbankan masa tidur sikit. Esok boleh tidur senyap senyap masa kawan kawan tengah sembang.
p.s: banyak sangat ikut syarat sebenarnya rugi kawan kawan- konfem cikgu disiplin kau marah
No comments:
Post a Comment