Nak bersukan memang aku ke laut. Cis, padahal dulu kemain lagi dia lompat jauh tinggi segala. Lumba lari pun laju semacam dah macam terbang pun ada tahap kelajuan dia. Tapi, sekarang dengan beban punggung mak bapak semacam memang kau tak payah berangan nak rasa kehebatan jadi atlet. Lepas tu apa apa bola pun dah jadi bangang. Tak reti tangkap ke apa. Nak pukul pukul bola pulak aku senang hilang fokus. Sekejap sekejap tengok langit sekejap sekejap tengok langit. Sukan dah sah sah bukan lagi bidang idaman.
Nak terlibat dalam kepolitikan pulak aku tak reti. Nak jadik ketua aku takut anak buah semua musnah. Nak jadik pengikut aku takut nanti jadik lalang. Tapi, jangan risau, aku sokong kerajaan. Hehe. Kang kalau terpilih jadik wakil pelajar pun konfem aku gelabah. Kena handle meeting sana sini. Kalau meeting gang bersama SGF boleh tahan lah lagi. Topik perbincangan pun berkisarkan hal rumah tangga masing masing je. Maka, politik pun bukan bidang yang padan dengan aku.
Tinggal bidang kesenian je ni. Menyanyi tak sedap. Sumpah. Berlakon pun ala kadar je. Malas nak mampus duduk dalam bulatan bersama pelakon lain dan hayati skrip di tangan. Bayangkan watak tu meresap dalam diri. Haha. Kau tengok sekarang, bulu roma aku meremang remang. Kalau menari, setakat dulu nak kinja kinja sana sini lagu hindustan ke lagu bandboy ke lagu britney ke boleh lah. Bila menari zapin ke joget ke rasa macam awek hang tuah lah pulak. Haha. Tapi, kau kena percaya sekali lagi sekarang. Aku pernah menari lagu lagu ketimuran begitu. Ha terkojut ke (gaya eric leong). Macam penari istana seh baju kita. Tangan kita pun macam sotong je. Haha.
Jadi, apa motifnya nak tulis aktiviti kokurikulum kau kat sini. Haha. Saja. Aku nak elak ketawa lebih lebihan. Itulah akibatnya kalau semua SGF malam malam buat hal. Dah lah. Jumpa lagi esok lusa.
p.s: sayang, 143.
1 comment:
saitan, sempat ko blog semalam...hahahaha mari repeat lagi malam nih..hahahahahaha
Post a Comment