Monday, November 8, 2010

everything that creates you

Malam tadi mimpi baik punya. Persetankan rasa sejuk semua. Masa aku tengah menunggang kuda di kawasan pergunungan, wah memang aku patut kata kuda aku patut berbangga sebab dapat penunggang macam aku. Semua lurah bahaya aku tempuh. Pengawalan yang baik boleh mengelakkan kuda kau dari mengalami kecederaan kau tahu. Lupa nak bagitau tips, tebas lalang ke ranting ke yang cuba menghalang laluan kuda kau. Sisipkan pedang tu kat pinggang.

Entah sampai selekoh mana kat celah celah bukit ni, ada satu putera bertegur sapa lah pulak. Apa aksesori kepala dia aku tak tau tapi memang kacak lah. Dengan baju perisai dia. Wow. Kata dia baru balik dari peperangan. Dia kata menang. Tapi ramai tentera dia mati syahid. Bila turun dari kuda, shit wangi gila siak bau dia. Wow. Kebetulan angin tengah tiup tiup sepoi bahasa. Dia kata nak berehat sejenak.

Dia bukak aksesori kepala dia. Wow. Rambut tak agak agak. Spike ke apa tah tapi memang terluka lah muka kau kalau berlaga dengan rambut dia. Aku nak cuba usap. Dan buat buat mengada aduh luka tangan i terkena rambut u. Dia ketawa sahaja. Wow. Ukiran bibir dia bila ketawa sumpah buat aku terpana. Sambil duduk minum air dengan aku, rancak gila bercerita tentang koleksi jam tangan berjenama dan mahal yang dia baru usha baru baru ni. Mata dia wow memang memancar mancar sinar tampan. Tangan yang berurat urat. Wow. Perut aku rasa agaknya memang ada 6 pek. Segan pulak nak selak.

Sebelum berangkat, sempat sang putera idaman ni puji pedang aku. Dia kata lain kali ada perang lain dia nak pinjam. Masa tu aku cair. Tuan putera tu pun beredar. Hentakan kaki kuda dia berlari memang gagah nan permai. Aku masih lagi terkesima. Haah lah. Semua tentang putera tu aku suka.

Oh bukan brader ni. Ada lagi satu putera lain.
Mohd Ar Rahman.


p.s: i love everything that creates u.

No comments: