Dari sombong tak tentu pasal, aku pun tak perasan sejak bila entah, akak tu jadik rapat gila dengan aku. Sampai hari hari terakhir dia di sekolah tu, nak rak nangis sebab nak berpisah dengan aku. Gila lagenda budak setan. Cis sebelum lupa, sebenarnya akak tu suka sangat bercerita tentang kehidupan dia. Indah nian hidup dia. Sangat teruja kaki aku hentak katil sebagai tanda aku sangat kagum dengan kisah dia. Semua kedengaran macam puteri punya alkisah je. Setiap hari ada sahaja update. Hari hari tau.
Jadi, aku nak ikut lah nasihat besah. Jangan kisah sangat orang tipu tipu ni. Sebab penipuan mereka tak secergas penipuan yang pernah dialami oleh ramai mangsa sebenarnya. Tinggi tu tahap mampu nak potong cerita dia. Haha. Nak menyombong tak tentu hala pun biar sahaja asalkan hari hari boleh menghadap muka common ecah tak pun norman tak pun ha dah sah sah lah ar rahman. Tengok macam aku. Dah dapat bergambar dengan siti masa tu lepas kitorang ada show nyanyi duet ha tak adalah nak berlagak mana.

p.s: SGF, gua nak korang sentiasa di sekeliling pinggang gua. Tapi, gua ramping.
1 comment:
tudung dah sama warna..duet? WOW!
Post a Comment