Friday, November 26, 2010

tuan puteri pergi kerja


Halo teman teman. Bosan nya tak tau nak buat apa. SGF jauh. Nak skype, tapi ah siapa je lah yang tau nak guna (haha mentang mentang baru buat akaun). Bila baring sambil mengadap laptop, otak aku ligat fikir. Macam mana nak majukan sahsiah diri. Haha. Tak lah. Macam mana nak kaya. Oh pehlis lah aku nak kaya. Nak pakai gown puteri hari hari. Hari hari warna lain. Rambut nak set macam macam. Rantai ke anting anting ke gelang ke tak payah tunggu hujung bulan untuk beli. Kasut nak warna senada dengan gown. Haha. Kalau boleh, aku nak bawak ke hulu ke hilir ciko. Nak groom dia macam chihuahua paris hilton.

Lepas tu melaram pergi kerja. Lantak lah aku tak kisah. Kalau dah kaya, ke mana mana pun aku tak berkira nak bergaya jugak. Memang kelas kalau masuk kerja sambil jinjit gown aku yang labuh bukan main lagi. Tak kisah siapa yang reka kan. Rizalman ke rizman ruzaini ke yang penting aku kempunan nak pakai gown. Kali terakhir aku pakai masa darjah 2. Aku berhenti pakai pun sebab gown aku dah singkat dan kaki aku dah ada cop ekzos motor. Siyee.

Oh ya. Kalau kau pun teringin gila nak pakai gown macam aku, nah hilangkan sikit kemaruk kau tu. Aku pun memang galokkk main. Kena prektis pakai gown princess. Maklumlah, putera raja dah berkenan. Haha.


Alah biasalah. Bukan lucah, tapi memang kena ada pakaian dalam.


Pakai gown peach ni masa nak pergi meeting kat syabas. Ah, susah jugak nak masuk lif nanti. Tak muat.

Kalau hari tu je dapat tau ada orang nak belanja kat jm bariani, aku sarung kaler ni. Barulah sepadan dengan warna nasik.

Bila dapat tau ada staf lelaki bujang baru daftar kerja hari tu, aku akan pakai gown hijau ni. Biar mereka terpukau. Eh ada puteri cantik lah.

Bangun pagi terlambat sekarang dah tak payah risau. Pakai gown merah ni. Kurang sikit bahagian ropol nak digosok.


Sekarang aku tekad nak kaya. Aku nak pakai gown pergi kerja. Duit banyak nak pakai. Sebab banyak kain diperlukan untuk buat gown.

p.s: dalam diam, kuat jugak berdendam



Wednesday, November 24, 2010

nak bersara awal ke

Sekarang ni aku risau betul kalau kalau ramai orang dapat hidu aku tak ada kerja di ofis. Macam tu lah manusia, kalau masa sibuk, asyik mengeluh tak ada masa nak mengangkang. Memang gampeng. Kalau lapang pun mengadu bosan jugak. Memang kena bersara awal lah nampaknya kalau bos tahu kegiatan aku. Tapi, sekurang kurang nya aku ketuk ketuk papan kekunci.

Walau macam mana pun, aku tak sia sia kan duit syarikat dengan saja saja bukak internet secara berpanjangan sebab tak ada kerja. Aku tak ada lah sikit sikit bukak fesbuk, youtube, main poker tanpa henti siap roger orang lain weh cepat lah masuk lepas tu berlagak cakap kuat kuat kata kau ingat kita kerja sok sek sok sek macam ni je pun sehari dapat 80 hinggit tau. Gila kau. Dah lah bersalah, nak berlagak lagi. Ni kalau barua, memang sedap. Dah lah sahkai kata twitter untuk artis artis sahaja. Oh, dulu pernah kata pakai baju belang sangat kodi sebab selalu sama dengan orang lain. Ya ya, handbag guess sungguh common. Tapi tak ada lah beli senyap senyap di mudah dot com.

Ramai je penumpang melebihi pengemudi. Semua nak harap orang lain punya usaha memang tak tahan lah kan. Daripada kerja sampai ke masalah peribadi nak tunggu orang lain fikirkan. Seolah olah pergi kerja semata mata untuk tambah kerja pada orang lain. Seolah olah, kau adalah awek, padahal lelaki jambu kegilaan ramai yang seharusnya menjadi hero.

Aku pun pantang duduk diam setempat lama lama. Selalu je hilang. Sekejap sekejap ke jamban, tak pun pantry buat air, tak pun mesin printer ke fotostet ke, tak kira lagi aku hilang lama sikit kat luar. Tapi aku tetap ada rasa sekelumit rasa bersalah dalam diri. Wah, puitis sekali.

kadang kadang bosan, aku menempek kat meja shahmie, main curik curik henset

p.s: malas nak mengeluh ngeluh ni, kang terbau mulut busuk

Sunday, November 21, 2010

Pre- Dungun 1: Doktor Mira



Semoga sang isteri nani gembira dengan sang iklas sedangkan sgf lain bermuram je.


Ah-ha. Hai. Ingat tak dulu pernah cakap nak buat percutian bersama sama SGF lagi. Yes tak lama lagi memang nak pergi bercuti pun. Tapi, bukan korea. Bukan sri lanka yang besah kata tiket pergi balik rm500 lepas tu membabi buta call sana sini mintak persetujuan padahal tak bagitau pun dia dah tukar nombor telefon. Bukan juga gold coast seperti yang dicadangkan ramai. Bukan jugak krabi. Gila kau sekor sekor kena pakai bikini. Malas ah sebab nanti kantoi perut aku lapis lapis. Dan bukan bandung lagi. Tapi, cuti cuti malaysia sudah. Destinasi berikutnya adalah Dungun, Terengganu. Ah, jauhnya.

Percutian kali ni, tak payah stand by banyak pun. Cuma perlu ada kereta beberapa bijik, duit segenggam untuk tol dan minyak dan asam asam. Mana tahu, kau mabuk naik kereta nanti. Penginapan percuma. Ye, percuma. Terima kasih kepada penaja suhaida zakaria. Aktiviti raptai sebelum ke dungun pun murah saja dan dah lama bermula rupanya. Haha. Tapi, cincai kira, semalam adalah Pre- Dungun 1. Yes, boleh takak ikang di kuala kemamang. Petang petang buak kerpok gete. Cekidaut.


kenapa makan nan cheese share ramai ramai. sungguh kemut.


kau rasa kenapa masing masing belum kawin, sebab semua masih suka berangan ada misai.

sebenarnya, aku ada di kiri natra. siye.

the-snow-white-prince-brian yang ambik kan gambar. sangat neyo.

SGF yang lain, cepat cepat balik malaysia. Jangan ketinggalan Pre-dungun seterusnya.


p.s: kenapa macam dah terbiasa?

Friday, November 19, 2010

berjalan atas air

Hai diari (padahal blog yang semua orang boleh tau rahsia peribadi),

Dua tiga menjak ni, aku rasa berat gila bahu. Kalau sebelah kanan, alhamdulillah lah. Yelah, mungkin berat dengan pahala. Kalau kiri, mungkin aku kena cepat cepat muhasabah diri. Tapi kalau sama je berat nya. Maksudnya, banyak sangat fikir masalah negara. Apa nak jadi dengan anak bangsa. Dah macam cerita gossip girl pulak bila video pilih antara klcc atau aku tersebar secara meluas di internet. Apa nak buat untuk membangunkan ekonomi luar bandar. Pisang nenek aku asyik kena rembat je. Kesian weh, orang tua tu dah bongkok macam L dah.


1. Bila ditimpa masalah, tarik nafas dalam dalam, dan hembus kuat kuat dekat orang depan kau. Kasik dia terkojut. Haha. Nanti dia tanya lah, apa masalah kau.

2. Buat sesuatu yang luar kebiasaan. Kot kot boleh lupa masalah sekejap. Macam tiba tiba je nak panjat gunung lah bagai. Padahal selama ni tak adalah pulak nak menikmati keindahan alam ke apa. Baru tengok lukisan cat tepi sawah dah ngantuk.

3. Telefon mak. Dengar suara mama, sebenarnya buat aku rasa semua gelabah hilang.

4. Telefon kawan rapat kau. Dan buat dia rasa meluat dengan lawak bodoh kau. Nanti bila dia tanya kenapa, masa tu menangis lah. Sebenarnya aku tengah tension doh. Haha.

5. Pakai baju buruk. Tak pasal pasal. Sebenarnya, teori aku adalah bila pakai baju lama, rasa macam muda muda dulu. Masa tu mana ada masalah. Semua mak bapak kau handle. Amacam. Ok tak.

Dah berapa lama ni aku rasa 24 jam tu tak lama. Macam sekejap. Padahal banyak hal nak settle. Cis, sikit lagi mungkin aku botak sebab fikir masalah. Haha. Ah, botak lagi seksi daripada pakai baju tak ada lengan apa. Dah lah, besar mana pun masalah kau, jangan buat benda benda terjun ke neraka.

Sekali sekala layan fizik malam malam buta macam ni, gemersik jugak.



p.s: let me ease the pain

Tuesday, November 16, 2010

badan penuh bulu memang seksi

Kembang kempis hidung aku mengawal keseronokan abadi. Padahal tengok gambar je, tapi dah syok sendiri. Berbunga bunga hati bila terpandang mata dia. Macam ada karen. Bila dia menyeringai sumpah, sumpah buat aku rasa bertambah sayang. Ah, rindu lah pulak. Macam dah lama tak peluk cium. Kalau depan mata, dah lama aku gomol dia. Geletek geletek. Suka betul tengok dia manja manja. Miang semacam. Dah lah macho. Berjalan sahaja pun dah macam model tampan kaki silang kangkang, catwalk. Apa lagi kalau masa berlari. Pantas. Tambah tambah pula bulu penuh di badan. Cekci nya.


atas: ciko kalau tido, suka dengkur.
bawah: maru kalau dengkur, mana gua tau. dia kat jepun.


atas: power spek ciko boleh tahan jugak. akibat daripada suka baca dalam gelap.
bawah: maru terpaksa pakai sebab tuan dia nak ambik gambar buat kalendar (:


atas: ciko suka berbaring di dada i, memeoww meow (empuk katanya). haha.
bawah: maru tak suka baring dengan tuan dia sebab tuan dia berdada rata.


atas: ciko tido tapi tak lupa tutup. malu.
bawah: maru tak malu sangat. biasalah, kucing oversea kan hidup bebas. yelah, gaya western.

Amacam. Walaupun ciko tak komersial sangat, tapi dia sebenarnya kiut juga sama seperti maru. Ni kalau aku betul betul berlagak memperdagang tubuh ciko dan mengiklankan ciko, mesti popular juga sebaris dengan maru. Masa ni aku jerit seluruh dunia aku adalah PA ciko. Nama pun dah tukar, bukan sayda. Mungkin Casey. Nah promote sikit belog maru <-- kelik sini. Eleh, ciko pun ada facebook.

Sebab tu lah, aku suka kucing. Selain comel dan mendamaikan, kucing kan haiwan kesayangan rasul.

Nah, hambek gambar ciko beriman, baring pun nak kat sejadah (:


Babai.

p.s: selamat hari raya haji. jangan risau ciko, takkan lah kakak nak sembelih lembu depan awak. takut awak trauma.

Saturday, November 13, 2010

festival yang dah tamat

Bukan main lagi minggu ni ye. Satu ofis raya. Tambahan pula sambung dari cuti bersama budak sekolah tamil. Dah macam kemaruk sorang sorang nak cakap kuat kuat. Terpekik terlolong. Aku pun tak terkecuali. Dan dan masa festival raya ni lah komputer aku jahanam. Haha. Memang tak lekat di tempat sendiri.

Masa perayaan ni memang ngam ngam je masa. Sempat menikmati youtube kaw kaw punya. Hadhoi cek mek molek. Tengah syok tiru gaya lakonan johan, sambil berdekah dekah ketawa ha boleh lupa pakai baju kurung, berjujuran air mata ketawa dengan lawak sendiri. Kurang nya akhlak. Tapi aku rasa aku nakal dulu tak sebahaya kenakalan remaja sekarang.

Ha terkojut tak kau sibuk sibuk cerita pasal sorang pakwe hensem ni, tiba tiba dia ada depan mata. Ha hambek kau. Surprise. Saki baki ketawa masih ada lagi. Peluh lengai sebab ketawa habis habisan belum kering lagi. Tapi, berani nak ajak pakwe hensem tu bergambar. Mana tau, nanti boleh lah decorate rumah kita. Lagipun, ni mesti kak ikan suke munye pun. I suka u Eric Leong.

Tadi ingat nak terserempak sekali lagi dengan artis mana mana. Konon konon bila tengah bercerita yes yes terserempak artis yabedabedu. Haha. Tak apa lah berjumpa dengan pakcik promote perfume berkumis tebal pun ok lah. Bersungguh mata meliar mengingat nama perfume yang dia tengah promote. Kesian noman kena ambik alih melayan pakcik tu sebab aku ecah dan nani dah seronok ketawakan bekas minyak wangi lacoste.


p.s: sunday (:

Thursday, November 11, 2010

menyombong tak tentu pasal

Sikit masa dulu kan, tak ingat masa umur berapa, ha tingkatan 2 kot. Sebelum tidur, mesti naik katil slow slow ye. Kalau tak, kena jeling. Awal awal masuk dorm tersebut, wah bukan main lagi akak tu kecil kecilkan mata, cebik bibir, dan menyenaraikan amaran amaran jika nak duduk satu dorm dengan dia. Kita tak nak pun sama dorm dengan dia. Tapi, warden paksa. Kita nak duduk dengan prefect.

Dari sombong tak tentu pasal, aku pun tak perasan sejak bila entah, akak tu jadik rapat gila dengan aku. Sampai hari hari terakhir dia di sekolah tu, nak rak nangis sebab nak berpisah dengan aku. Gila lagenda budak setan. Cis sebelum lupa, sebenarnya akak tu suka sangat bercerita tentang kehidupan dia. Indah nian hidup dia. Sangat teruja kaki aku hentak katil sebagai tanda aku sangat kagum dengan kisah dia. Semua kedengaran macam puteri punya alkisah je. Setiap hari ada sahaja update. Hari hari tau.

Jadi, aku nak ikut lah nasihat besah. Jangan kisah sangat orang tipu tipu ni. Sebab penipuan mereka tak secergas penipuan yang pernah dialami oleh ramai mangsa sebenarnya. Tinggi tu tahap mampu nak potong cerita dia. Haha. Nak menyombong tak tentu hala pun biar sahaja asalkan hari hari boleh menghadap muka common ecah tak pun norman tak pun ha dah sah sah lah ar rahman. Tengok macam aku. Dah dapat bergambar dengan siti masa tu lepas kitorang ada show nyanyi duet ha tak adalah nak berlagak mana.


p.s: SGF, gua nak korang sentiasa di sekeliling pinggang gua. Tapi, gua ramping.

Wednesday, November 10, 2010

sukan, politik atau kesenian

Ah, kalau nak stay kolej semester hadapan, dah sah sah lah kena menyumbang sikit. Bukan sumbang duit. Sumbang mahram lagi lah haram. Tapi sumbang jasa. Kalau tak, bak hulur surat rayuan. Lepas tu kena hafal lagu kolej tau.

Nak bersukan memang aku ke laut. Cis, padahal dulu kemain lagi dia lompat jauh tinggi segala. Lumba lari pun laju semacam dah macam terbang pun ada tahap kelajuan dia. Tapi, sekarang dengan beban punggung mak bapak semacam memang kau tak payah berangan nak rasa kehebatan jadi atlet. Lepas tu apa apa bola pun dah jadi bangang. Tak reti tangkap ke apa. Nak pukul pukul bola pulak aku senang hilang fokus. Sekejap sekejap tengok langit sekejap sekejap tengok langit. Sukan dah sah sah bukan lagi bidang idaman.

Nak terlibat dalam kepolitikan pulak aku tak reti. Nak jadik ketua aku takut anak buah semua musnah. Nak jadik pengikut aku takut nanti jadik lalang. Tapi, jangan risau, aku sokong kerajaan. Hehe. Kang kalau terpilih jadik wakil pelajar pun konfem aku gelabah. Kena handle meeting sana sini. Kalau meeting gang bersama SGF boleh tahan lah lagi. Topik perbincangan pun berkisarkan hal rumah tangga masing masing je. Maka, politik pun bukan bidang yang padan dengan aku.

Tinggal bidang kesenian je ni. Menyanyi tak sedap. Sumpah. Berlakon pun ala kadar je. Malas nak mampus duduk dalam bulatan bersama pelakon lain dan hayati skrip di tangan. Bayangkan watak tu meresap dalam diri. Haha. Kau tengok sekarang, bulu roma aku meremang remang. Kalau menari, setakat dulu nak kinja kinja sana sini lagu hindustan ke lagu bandboy ke lagu britney ke boleh lah. Bila menari zapin ke joget ke rasa macam awek hang tuah lah pulak. Haha. Tapi, kau kena percaya sekali lagi sekarang. Aku pernah menari lagu lagu ketimuran begitu. Ha terkojut ke (gaya eric leong). Macam penari istana seh baju kita. Tangan kita pun macam sotong je. Haha.

Jadi, apa motifnya nak tulis aktiviti kokurikulum kau kat sini. Haha. Saja. Aku nak elak ketawa lebih lebihan. Itulah akibatnya kalau semua SGF malam malam buat hal. Dah lah. Jumpa lagi esok lusa.




p.s: sayang, 143.

Monday, November 8, 2010

everything that creates you

Malam tadi mimpi baik punya. Persetankan rasa sejuk semua. Masa aku tengah menunggang kuda di kawasan pergunungan, wah memang aku patut kata kuda aku patut berbangga sebab dapat penunggang macam aku. Semua lurah bahaya aku tempuh. Pengawalan yang baik boleh mengelakkan kuda kau dari mengalami kecederaan kau tahu. Lupa nak bagitau tips, tebas lalang ke ranting ke yang cuba menghalang laluan kuda kau. Sisipkan pedang tu kat pinggang.

Entah sampai selekoh mana kat celah celah bukit ni, ada satu putera bertegur sapa lah pulak. Apa aksesori kepala dia aku tak tau tapi memang kacak lah. Dengan baju perisai dia. Wow. Kata dia baru balik dari peperangan. Dia kata menang. Tapi ramai tentera dia mati syahid. Bila turun dari kuda, shit wangi gila siak bau dia. Wow. Kebetulan angin tengah tiup tiup sepoi bahasa. Dia kata nak berehat sejenak.

Dia bukak aksesori kepala dia. Wow. Rambut tak agak agak. Spike ke apa tah tapi memang terluka lah muka kau kalau berlaga dengan rambut dia. Aku nak cuba usap. Dan buat buat mengada aduh luka tangan i terkena rambut u. Dia ketawa sahaja. Wow. Ukiran bibir dia bila ketawa sumpah buat aku terpana. Sambil duduk minum air dengan aku, rancak gila bercerita tentang koleksi jam tangan berjenama dan mahal yang dia baru usha baru baru ni. Mata dia wow memang memancar mancar sinar tampan. Tangan yang berurat urat. Wow. Perut aku rasa agaknya memang ada 6 pek. Segan pulak nak selak.

Sebelum berangkat, sempat sang putera idaman ni puji pedang aku. Dia kata lain kali ada perang lain dia nak pinjam. Masa tu aku cair. Tuan putera tu pun beredar. Hentakan kaki kuda dia berlari memang gagah nan permai. Aku masih lagi terkesima. Haah lah. Semua tentang putera tu aku suka.

Oh bukan brader ni. Ada lagi satu putera lain.
Mohd Ar Rahman.


p.s: i love everything that creates u.

Monday, November 1, 2010

Gold is money. That's it.

1.Kenapa nak beli dan simpan dan melabur dalam emas.
  • Simpan duit di pelbagai tempat dan kalau boleh simpan harta dalam pelbagai rupa. Salah satu yang sesuai dengan pendapatan umur baya aku adalah dalam bentuk emas. Yelah, kalau nak mula kumpul hartanah pun boleh tahan jugak tahap kekayaan kau perlu ada.
  • Emas mempunyai kadar peningkatan nilai sehingga 38% setiap tahun. Ni aku ambil kira prestasi emas dunia. Bukan ikut kedai emas punya harga.
Januari 2009 : 858.69 usd/ounce
Disember 2009 : 1134.72 usd/ounce
Peratus kenaikan : 32.15%

Amacam, menarik tak. Kau simpan je harta kau dalam bank jugak, ASB jugak, Tabung Haji jugak dan lain lain yang kau rasa gempak. Tapi, lagi stail, kau sempat selit simpan dalam bentuk emas. Memang sofistikated weh.

2. Apa jenis emas yang sibuk diperkatakan.
  • Emas keluaran PublicGold (tapi, aku bukan agen)
  • Emas 999.9 (gold bars) yang mempunyai tahap ketulinan hampir seratus peratus dan boleh didapati dalam 20g, 50g, 100g dan 500g.
Harga semasa untuk emas 100g 999.9 keluaran PublicGold setakat hari ini ialah RM 15, 140.00. Berdesing desing tak telinga dengar duit macam banyak keluar. Tapi, seperti kira kira di atas, dalam masa setahun nilai dia boleh meningkat sehingga RM19, 984.80. Jadi, boleh agak tak berapa keuntungan. Ok, cepat menangis kesyukuran sekarang.

  • Emas 916 (Emas dinar) yang mempunyai tahap ketulinan 91.6% dan boleh didapati dalam 1 dinar (4.25g), 5 dinar (21.25g), dan 10 dinar (42.5g).

1 dinar emas dengan berat 4.25g dan 91.6% ketulinan boleh didapati pada harga RM631 setakat hari ini. Aku malas nak kira nilainya selepas setahun. Kan dah ajar.


3. Lepas membeli emas, nak buat apa.
  • Simpan di tempat kau rasa selamat. Kat rumah pun boleh. Kat bank lagi lah boleh. Tapi prosidur semua aku malas nak taip sekarang.
  • Simpan untuk anak cucu waris harta pusaka.
  • Boleh jual balik ke PublicGold mengikut harga semasa berdasarkan pasaran dunia. Atau pun kat mana mana kedai emas mengikut harga persatuan diorang. (lagi nampak keuntungan yang jelas abadi adalah selepas lebih kurang setahun usia emas kau. kalau kau jual keesokan hari nya memang lah tak bawak keuntungan apa apa).
  • Kalau ada menghadiri mana mana seminar tentang pelaburan emas, saranan untuk melabur emas dengan cara beli dan jual dan beli balik akan dipelajari.
  • Pajak di Ar Rahnu untuk tujuan sama ada pelaburan atau pun keperluan. (yang ni agak berat untuk ditulis, kang aku rajin, aku tulis lah ok, love u muah muah)

4. Ok, bila dah berminat, kat mana boleh tahu harga jual, harga beli, harga semasa.

Haha. Tepuk tangan ramai ramai sekarang. Bukan sebab pelajaran asas emas baru je tamat tapi sebab mengenangkan emas memang membawa kebahagiaan. Kecing kecing. Bila duit dah menjadi emas, tak ada masa dah kau nak membazir duit. Amacam. Selamat kan tabungan kau? Haha. Haha. Haha. Haha. (stop kau annoying sayda)

p.s: aku bukan suka suka kempen nak promote kawan ke apa. tapi kempen sebab warga belia remaja jelita dan genius seperti aku ni memang selalu terdorong untuk membazir.

pantang larang kehidupan

Selama ni aku selalu risau kenapa aku suka sangat letak syarat dan petua yang bukan bukan dalam hidup aku. Semua ya. Semua nak kena ada garis panduan. Tak boleh agak agak. Lain betul dengan perangai masa bersekolah dulu yang pantang ada peraturan, aku konfem terikut ikut kawan nak ingkar.

1. Mak dulu ada cakap, kalau berak kena letak tuala atas kepala. Takut nanti setan ikut berak. Sebab tu ada kelumumur. Aku malas nak ikut. Akibatnya, memang banyak emping emping putih atas kepala. (Happy birthday mama)

2. Kalau nak tidur, selain kena basuh kaki ke, baca doa ke, kalau boleh hadap kanan tau kawan kawan. Tapi, apa masalah aku, aku suka mengerekot ke kiri. Ha, sebab tu lah berdengkur. Menderu deru.

3. Pak kamil ada pesan, kalau kau mengantuk dalam kelas fizik dia, picit picit cuping telinga. Dah lah taknak ikut. Siap main tersiku siku perut dia. Konon nak ceriakan suasana dan buang setan ngantuk.

4. Sebelum memandu, kan cikgu sekolah memandu ada bagitau, sebaik baiknya study peta jalan destinasi dulu. Ha, kali ni aku ikut. Tapi menyambung sampai masa memandu lah. Sebab tu lah, secara tak sengaja aku melanggar pakcik teksi. Tawakal weh tawakal. Peta ada 19 steps dari kepong ke pudu.

5. Semasa berkawan, aku tak berkira sangat bab bab duit. Konon pakai prinsip, harta ni bukan boleh bawak mati dan harus dirasa secara sama rata dengan semua kawan. Tapi, dah tak boleh pakai teori tu sekarang. Masing masing dah bekerja. Lagipun, risau sebab duit, badan binasa. Jadi, hutang 40 sen pun kau kena ingat. Barulah hidup rukun. Macam aku bersama SGF lah ('',).

dulu: lagi rancak langgar peraturan, lagi merasai kehidupan.


sekarang: apa salahnya kadang kadang ikut je peraturan. dalam masjid, memang kena sopan. (dah berubah kan?) haha

6. Lagi kuat aku test apa yang boleh buat aku turn off, lagi buat aku suka. Mengada gila, bila tiba tiba frust ala kenapa semua macam sempurna je di mataku ini. Macam pahlawan kesatria. Auwww. Yang bila sebenarnya bila dengan orang lain, dah lama aku pangkah. Tapi, kali ni adalah cabaran. Cabaran yang perlu dilengkapkan supaya di masa akan datang tak akan menyesal. Betul lah, cinta itu buta. Haha. Taman sayda taman.

7. Ni pun antara pantang yang aku reka sendiri tapi aku lanyak je. Mana boleh tidur lambat. Nanti bad mood. Tak cukup 12 jam tidur bagi aku memang memalukan. Tak apa. Demi blog gempak tersayang, aku korbankan masa tidur sikit. Esok boleh tidur senyap senyap masa kawan kawan tengah sembang.



p.s: banyak sangat ikut syarat sebenarnya rugi kawan kawan- konfem cikgu disiplin kau marah