Bila usia dah banyak macam ni (usia adalah rahsia), aku selalu terfikir fikir mana duit aku pergi lepas dah kerja lebih 1 tahun. Kenapa macam tak ada saving yang stabil. Sumpah aku cakap dengan korang, duit aku tak dapat dirasa banyak pun. Dalam bank pun tak banyak. Adalah sikit sikit.
Jadi, aku rasa aku dah patut mulakan sekarang. Aku nak mula cari apa yang patut sementara mampu dan bertenang. Aku nak kumpul emas.
Tak adalah segan nak beli emas ni. Walaupun ramai yang cakap, muda muda pakai emas ni nampak macam makcik makcik. Tak apa, nanti aku memang jadi makcik pun. Walaupun ramai cakap, beli emas nak buat apa, bukan boleh buat pegang sendiri pun. Tak apa, aku nak cari emas yang aku boleh pakai atau pegang. Bukan setakat ada dalam bentuk tulisan sahaja.
Walaupun ramai cakap, daripada beli emas, baik simpan kat asb atau pun labur kat unit trust atau pun simpan je dalam bank. Tak apa, aku nak rasa aku simpan harta kat banyak tempat. Walaupun ramai cakap nak beli emas ni kena banyak duit. Tak apa, aku nak mulakan sikit sikit je dulu. Siap aku buat langkah pengiraan sendiri lagi. Tak tahulah formula apa aku tibai. Tapi, tu kira strategi aku untuk sampai dapat memegang 20gram emas 999. Tak adalah tamak sangat kan. Haha. Poyo.
1. Beli 1 dinar bulan ni (lagipun harga tengah turun, aku lock masa RM559).
2. Beli lagi 1 dinar bulan depan dan untuk 3 bulan seterusnya 1 dinar setiap bulan (aku tetap akan consider mana mana komitmen lain yang lebih penting dan harga semasa juga).
3. Bulan ke-6, dengan modal aku nak beli 1 lagi dinar tu dan 5 keping 1 dinar yang aku beli bulan bulan sebelum tu, aku convert kepada 20gram emas 999.

Kesimpulannya, kalau aku kuat untuk sampai dapat rasa sendiri duit aku tu dalam bentuk emas, aku puas. Aku percaya emas sebab emas bersifat sepanjang zaman. Evergreen. Nilai dia tak susut. Stok dalam perut bumi pun dah tak banyak. Jadi, lagi lama simpan, lagi kaya lah kau. Lagipun, kalau aku menyimpan dalam bentuk wang tunai, dah sah sah lah duit aku kejap ada kejap tak ada kejap ada lepas tu tak ada terus. Tau tau je, eh duit aku dah jadi handbag. Memang tak menyimpan.
Sambil sambil aku dapat menabung, aku sebenarnya percaya yang aku tengah menternak nilai dia. Kalau kau berminat, dan memang nak cuba miliki sendiri emas tu baguslah. Muda muda ni lah aku rasa kita kena mula menjaga kebajikan sendiri. Mak aku pun mesti mesti bangga dengan cita cita makcik aku ni.
p.s: dulu aku bengkek betul mak aku taknak belikan aku mainan semata mata nak beli emas.
p.ss: kalau nak beli emas, roger mamat ni --> gold fever