Assalamualaikum kawan kawan...
Ingat tak hari ketiga tu malam malam tu buat apa. Haha. Kan tak larat dah nak buat apa. Nak ambil gambar pun aku taknak. Malam tu aku janji dengan besah nak mandi swimming pool sebenarnya. Sebab tu aku beli seluar tidur gempak. Nak buat mandi sebenarnya. Tapi, dah tutup pulak. Klorinnya udah ditabur.
Jadi, esok paginya, senaman pagi dimulakan dengan aktiviti berenang. Aku rekrut sesiapa yang dah celik mata join mandi di lantai 5. Sejuk nak mampus. Biasalah, dah lama tak mandi air terjun. Aku segan bagan betul. Tak pandai berenang. Semua orang kok pandai renang ya. Siyalan betul.
Lepas pack barang untuk pulang tssk tssk tssk sedih, kitorang sempat bergambar depan apartment. Apartment Ciumbeleuit. sedih betul nak tinggalkan tempat kenangan. Sebelum ke airport, kitorang singgah kartika Sari. Aku beli tak banyak pun. Takat lepan nak bagi family pakcik tersayang aku pun cukup lah. Harga semua tak sampai Rp 38, 000. Kalau bawak bodyguard, konfem aku bedal berkotak kotak kek nak sedekah kat orang orang kampung aku.
Sempat mencatat saat saat akhir sebelum berangkat ke malaysia dengan sesi gurau ganas dengan kawan kawan kat airport (shit, kenapa aku sebak ni)..Gurau dan ketawa memang tak ingat pesan mak bapak hep kalau ketawa jangan terbelahak lahak. Nak buat macam mana. Dorang ni hah yang buat lawak kodi.
Tak sangka kan, percutian yang ditunggu sejak setahun lepas bersama kawan kawan, dan dengan beberapa pre bandung yang sempat dibuat sempena nak membiasakan diri bercuti bersama selama ni, dah berakhir sebenarnya. Yang tinggal, konfem konfem lah gambar je. Malas betul nak cerita hari terakhir kat bandung ni. Bukan apa, aku syahdu pulak. Lebih sepuluh tahun berkawan, aku bersyukur hubungan kitorang ni masih sihat malah makin menyeronokkan pulak. Ada je yang di plan untuk menghabiskan sisa sisa hidup sama sama. Shuze selalu cakap, nak duduk dengan kawan kawan sampai ke tua. Haha. Tak habis habis nak berkawan. Ni bila percutian dah tamat, kan ke susah aku nak kena teringat ingat lepas tu tersengih sengih dengan perangai kolot kawan kawan aku. Ah, rindunya!
Semoga perjalanan hidup aku lepas ni sentiasa disusuli dengan masa masa yang dirancang bersama kawan kawan. Kali ni, nak semua ada. Termasuklah yang tengah belajar kat oversea tu. Yang kat sarawak jugak. Kalau korang ada, pasti lagi bising. Mulut macam helikopter. Sehingga post percutian ni akan bertemu dengan destinasi lain. Chow da mow.
p.s: cepatlah pre-'wherever' bermula
No comments:
Post a Comment