Selepas dihasut dan dimaki sebab tak tetap pendirian aku decide untuk pergi tenpat peranginan. Yalah, nak shopping apanya. Bag aku dah nak meletup. Mana nak sumbat lagi kalau membeli. Alasan aku baik punyaaaa.
Mula mula, kita pergi belian roti dulu ya, kata pak amir. Hip hip horrayyy! Walaupun, aku tau sebenarnya semua orang dah mentekedarah maggie kat bilik tadi. Tapi, jakun nak merasa roti Holland Bakery, semua orang dah mula tak tentu arah. Itu nak ini nak. Nak beli roti berbentuk cicak.
Lepas turunkan penumpang yang degil taknak ikut naik gunung (nani, syaf, hamster, natrah dan pali), kitorang terus gerak ke Tangkuban Perahu. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Pak Amir kali kali pesan doang jangan ikut orang asing yang gak gak, takut nanti dimarahin kalau asyik layan ngobrol. Kat situ udaranya kok segerrrrrr alami. Walaupun baunya gak enak. Tapi dingin amat. Jakun jugak aku tengok ada asap asap kat sungai ke apa tah tu. Kali terakhir gunung berapi ni meletup tahun 1963 kalau aku tak silap lah. Dalam perjalanan balik aku sempat rembat sepasang selipar murah. Teman teman guwe yang udah lama gak rasain stroberi, pun turut ada belian 2 pek stroberi. Lupa nak bagitau. Sekalian masuk, satu kepala Rp 25, 000.00.
Dah selesai kat tangkuban perahu, kitorang terus dibawa ke ladang stroberi (aku bukan saja saja eja macam tu, tapi emang dieja begitu). Kitorang ambil pakej bayar Rp 16, 000 bersamaan satu gelas jus stroberi dan dapat melawat kavling nya. Besar macam 2 classrooms lah. Jusnya enak sih. Emang keren!
gambar yang oh-sangat-selalu-nampak-kat-majalah-dewan-kosmik
Sesudah nikmatin kedinginan cuaca dan jus stroberi, kami terusan menuju ke Sari Ater Hot Spring Resort. Bayaran masuknya Rp 20, 000. Tempatnya nyaman untuk berehat dan rasa kehangatan air panas. Kelakar tengok muka sekor sekor tahan kena masak masa kaki berada dalam air sepanas 40C. Haha. Kalau lagi lama, kaki aku sudah empuk untuk dihidang.
Satu hari ni aku tunggu bila lah agaknya dapat makan. Hari dah petang. Aku nak nasi. Mana tahan makan roti je. Haha. Nasib baik pak amir terdengar perut bergelandangan. Kami dibawa menjamu selera di Kampung Daun. Korang, sumpah tempat dia sangat menarik dan cantik. Kalau pernah sampai Anjung Warisan kat johor tu, ha tempat dia 10 kali lebih besar dan cantik. Biasalah, pantang jumpa tempat indah sikit, perut aku akan meninggalkan tanda ya. Tandas dia pun memang cantik. Kati situ makanan nya memang lezat. Aku punya coma Rp 45, 000 ayam goreng dan nasi enak sekalian lalapnya dan air cendol es. Kawan ku ada yang ambil nasi bakar belut, nasi timbel, nasi goreng spesial kampung daun. Memang ngetop.
Lepas makan, kitorang terus shopping di Rumah Mode. Aku masa tu dah rasa aura aura demam. Yalah, mungkin hyperactive dan berada lama sangat di tempat dingin. Haha. Tapi, aku dapat membeli sehelai baju cantik dan seluar tidur gempak di situ. Tak ada gambar sebab bateri aku (bukan bateri kamera) dah habis.
Sehingga berjumpa di post hari keempat ok. Terima kasih pak amir, nadia, wanita dan mai sebab kasik aku curik gambar. Aku terdesak nak update cerita bandung. Kang lupa.
p.s: when 'it' is not around, I'm LOST.
No comments:
Post a Comment