Thursday, July 29, 2010

cantik dan laju

Sumpah semalam aku dah tak boleh blah lagi dah dengan mandiri kereta aku. Tengok tengok dalam dia masyarakat.... memang tak boleh terima akal. Dengan resit tol sepah sepah. Dengan air kotak straw dah jahanam aku gigit gigit (loya bila tengok balik). Dengan payung tak berlipat tersadai kat belakang. Dengan keadaan penumpang percuma aku kat belakang yang dah tunggang terbalik. Tak tengok lagi yang luar. Berbedak bedak dah. Kalau tersentuh debu kat luar tu, aku terpaksa keluar masuk bilik air banyak kali nak cuci tangan. Tak nak kena penyakit.

kesian. buas.

aku konon nak jimat dan cepat. sental laju laju pakai pembersih cermin kereta free kat stesyen minyak. hasilnya macam hareeem.

Tapi, aku dah janji dengan dia, aku akan hantar dia grooming hari ni. Nano mandi, nano vakum, nano polish, nano wax semua lengkap. Wah semua nak nano. Paling teliti lah tu. Kesian dia. Dah lama sangat terabai sejak aku pergi bandung. Dah lah kena tinggal. Tak belikan apa apa. Malas nak jaga pulak tu. Bukan apa, kakak takut kalau mandikan awak, menyesal, sebab musim hujan kan (tiba tiba kereta aku adalah adik aku). Lagipun, aku anggap ni reward untuk kereta aku sebab pandai jaga diri sendiri. Tak melanyak apa apa sahaja. Pandai dia.

ah, terima kasih ahbhang

Nantilah. Lagi setengah tahun baru aku bawak dia pergi mandi besar macam tu lagi. Kalau tak, kita mandi biasa biasa je kat macha belakang ofis tu ya. Baru RM8.

Bila kereta dah cantik, dan dan boleh jadi laju pulak. Zup zup je pergi. Semua pun kena pakai seatbelt semula. Duduk diam diam.



p.s: smart betul.

5 comments:

Miss FZ said...

katak ijau, hippo n bebear ikot awak gi keje ke?huhu.

sayda dino said...

haha. terpaksa lah ikut. kesian pulak nak tinggal

Mama Amirul said...

comel nye......

Unknown said...

Sayda...kete ko dah kemas eh...wahhh...lega hatiku.......

sayda dino said...

ibu amirul: saya paling suka bebear tu kak. cohmehll

aina: hahaha. nanti aku pegi annexe kau ada teman di bawah =)