Saturday, January 30, 2010

sayangku sebanyak gulungan kerinting di rambut

Hari ni aku kerja walaupun hari ni cuti wel wel. Dah lama rasanya aku tak tidur 12 jam macam selalu. Nak buat macam mana. Tapi, aku ikhlas. Lagipun, memang perlu untuk elak apa apa unsur penjajahan di opis aku.

Balik dari opis, aku tetap gatal gatal nak update blog kesayangan. Kejap lagi nak balik kampung. Ada kenduri apa tah. Aku lupa. Tadi mama ada sebut, tapi mcm panjang sangat je nama kenduri tu. Haha. Nanti sampai kampung, aku tanya lagi.

Aku selalu tak tau sekarang nak buat apa kat kampung. Tengok adik adik sedara aku pun, bukannya diorang buat apa apa aktiviti pun. Lebih lebih lagi sejak nenek dah pasang astro. Tak aktif langsung.

Aku dulu masa kecil, pantang balik kampung. Baju konfem kena bawak superrr extra. Sebab aku tau aku main main kat kampung sampai belacan. Tak boleh duduk diam mak aku kata. Macam beruk makyeh.

Geng belacan


Depan rumah nenek aku ada sekolah rendah. Dulu, sekolah tu macam tak ada pagar je. Sesiapa pun boleh masuk tak kira lah bila bila. Jadi, port aku nak main setiap kali balik kampung memang sekolah tu lah. Kalau tengah hari mak aku nak cari aku suruh makan tengah hari, dia pasti akan cari aku kat sekolah tu. Tu kira markas aku lah. Tengah tengah hari pun tak reti balik rumah. Patutlah sekarang aku agak hitam.

Macam macam permainan aku buat dalam sekolah tu. Hah, pedulik apa aku masa tu. Sekolah tu sekolah orang ke apa. Nak nak arwah atuk aku ketua kampung. Haha. Aku pernah bawak kasut roda balik kampung. Masa tu, kalau kau tak ada kasut roda memang kodi. Main kasut roda dengan sedara mara aku kat padang diorang. Rasa hebat bila ada budak budak kampung yang curi tengok aku meluncur. Tapi, aku tak kedekut. Aku ajak ajak ayam.

gambar lama


Ha, kat sekolah tu jugak lah aku hampir kehilangan adik aku sapikah. Ni mak aku tak tau. Aku simpan rahsia ni baik punya. Masa tu, aku main main kat tepi kolam ikan kat sekolah tu dengan sedara mara aku. Aku sibuk main conteng conteng kat lantai tepi kolam tu dengan sedara aku. Conteng apa aku tak ingat. (Kat sekolah orang pun, kenapa aku berani nak buat vandalisma, haha). Adik aku masa tu kecil lagi. Tak silap, umur dia setahun lebih kot. Sebab dia masih lagi pakai pampers. Aku kakak yang baik. Nak pergi main dengan kawan kawan pun, aku tetap bawak adik aku walaupun dia kecil lagi. Tengah syok menconteng, aku dengar bunyik air terpercik. Aku tengok, eh, adik aku dah terjatuh dalam kolam. Cuak cuak. Ya Allah, macam mana ni. Dah lah aku nak sangat adik, Tapi aku tak jaga adik betul betul pulak. Tanpa buang masa dan tak sempat pun nak gelabah gelabah, aku tarik adik aku keluar. Dia cuma terjatuh separuh badan. Kepala dalam air. Nasib baik adik aku gemuk. Perut dia buncit lah sebab aku senang nak tarik kaki dia keluar sebab perut dia tersangkut kat tepi. Kesian dia, masa dalam kolam tangan dia mengocak-ngocak air dari dalam.

Aku lap badan adik aku sampai kering, perah pampers dia, pastu aku bawak dia naik basikal keliling sekolah banyak kali sebab nak kering kan rambut dia. Nak hapuskan bukti. Adik aku baik betul. Dia tak menangis pun walaupun perut dia luka sikit masa aku nak tarik dia keluar.

Oklah, aku nak kemas bag. Tadi aku cuma masukkan tuala wanita sahaja ke dalam bag. Chow da mow!

p.s: nak kena bawak balik maruku untuk kawan kawan. kalau tak nanti kena ungkit.

Thursday, January 28, 2010

ke depan tak boleh ke belakang pun tak boleh

'Hari ni aku nak balik awal la weh. Hari hari yang aku nak bersandar je tanpa buat kerja, asyik tak menjadi je.'

'Aku pun nak balik awal. Tapi esok kau kena janji tolong aku. Bos suruh aku buat prepare apa tah, tapi aku tak reti.'

'Ah, senang je. Tapi, kena cakap macam ni dulu, 'tolonglah saya gadis jelita, tolonglah saya gadis jelita.'

'Baiklah. Tolonglah saya gadis jelita, tolonglah saya gadis jelita.'




Lepas ambil syiling dari tabung kebajikan (untuk bayar tol), aku pergi ke kereta. Panaskan enjin jap, tekan tekan minyak, bila enjin dah menderum, orang sekeliling dah jeling jeling sebab iri hati, nak2 yang parking depan aku tu, semacam je usha kereta aku, tau lah, kereta aku laju macam rimau bintang. Aku pun gerak. Lupa nak cerita, sebelum gerak, pastikan gaya mesti ada. Aku pakai cermin mata hitam bapak besar konon selari dengan kehebatan kereta aku. Gaya weh gaya.

Sambil drive berlatarbelakangkan bunyi radio yang hiruk pikuk gila, aku makan goreng pisang. Siut. Aku beli tapi tak laku. Budak budak ni bukan nak makan kasi habis. Daripada nanti mak menti makan lepas tu berkampung kat opis aku baik aku ambil semula. Buruk siku pun buruk siku lah.

Aku bajet bila lalu depan satu sekolah ni dah shortcut. Tiba tiba jalan kat situ sesak terkepam. Mampus. Aku dah kat tengah tengah jalan depan sekolah. Kereta penuh tepi tepi. Kat depan aku ada kereta masuk dari jalan besar. Belakang aku pun ada kereta jugak. Lama jugak aku fikir nak buat apa. Aku ingat kereta depan mengalah dan dia bagi laluan kat aku. Tapi, tiba tiba eh, kenapa apek nyonya keluar depan kereta aku buat isyarat suruh aku reverse. Oh, rupanya kereta belakang aku pun dah reverse. Tunggu kereta aku je nak kena reverse gak sebab nak kasik kereta dari depan lepas. Jap lagi budak budak habis sekolah. Lagi lambat aku gerak, lagi parah lah aku.

Jadi, aku reverse. Baru ke belakang sikit dah ada nyonya tepuk tepuk kereta aku suruh aku stop sebab aku dah nak langgar kereta orang. Jadi, aku ke depan sikit nak ambil lajak sebab nak reverse balik. Reverse sekali lagi, aku dah disuruh berhenti sebab aku nak langgar kereta sebelah sini pulak. Ke depan balik. Ke belakang balik. Bukak tingkap sebab senang orang orang kat luar nak mengarah aku. Makin lama makin ramai orang yang tadi tunggu dalam kereta keluar sebab mungkin nak tengok apa yang kecoh kat luar. Aku la sumber kekecohan. Berkali kali aku reverse forward, tapi gerak setakat sekangkang je. Macam mana ni? Tangan aku dah basah basah berpeluh ni. Goreng pisang aku dah tak rasa apa.

Datang lah satu apek ni, pakai helmet turun dari motor kapcai dia dari belakang. Dengan heronya, dia tawarkan diri tolong reversekan kereta aku. Aku keluar kereta. Malas nak fikir panjang sebab makin lama jem yang aku buat depan sekolah makin teruk. Sampai melibatkan jem dari jalan besar depan aku. Aku keluar je kereta, apek tu reverse kan kereta aku bukan main laju dan sekejap lagi. Tiba-tiba aku dengar orang kat situ semua tepuk tangan. Tepuk ramai ramai meraikan kejayaan kereta aku dialihkan dan menyelesaikan masalah lalu lintas. Aik. Apa tu? Vavi betul! Malu betul.

Sebelum masuk kereta aku semula, ada satu nyonya ni tepuk bahu aku. 'Amoi, baru dapat lesen ka?' Aku dengan rendah diri nya mengangguk. Gila ke apa. Aku dah dapat lesen nak dekat 7 tahun!! Kurang asam punya nyonya.

Tebalkan muka, aku sambung drive balik rumah. Eh, goreng pisang aku ada lagi rupanya. Sebelum keluar tadi, aku rupanya letak pisang goreng aku atas dashboard. Nasib baik tak kena rembat dengan apek tadi. Dia memandu pakai helmet woh.




Malas dah nak fikir apa cara nak improve skill memandu aku yang sangat aneh ni.


p.s: aku rasa aku boleh je reverse kereta sendiri tadi, tapi aku penat dan mengantuk sangat tu..tak fokus

Wednesday, January 27, 2010

Laporan kemajuan

Aku dah rasa 'kurang' dengan individu-individu tertentu kat opis aku. Semuanya kerana aku rasa dia memperlekehkan aku. Entah apa masalah, tak pasal pasal nak menghina aku. Tapi tak apa, selagi aku tau apa aku buat dan jauh mana aku boleh pergi dah cukup. Bukan nak bongkak. Tapi, aku sengaja nak bakar semangat sendiri untuk maju setapak ke hadapan (hm.. aku macam baca syarahan).

Dalam hidup aku kan, aku selalunya fikir macam mana nak berhibur je. Apa-apa lah, asalkan aku boleh gembira-gembira sudah. Dan dalam berhibur ni, aku memilih kawan. Selalunya memang aku nampak budiman sebab konon aku ramah dengan semua orang. Semua orang aku kawan. Haha. Aku belajar cara orang tu sebenarnya. Kalau kawan tu aku tengok jenis tak mendatangkan faedah buat apa aku nak tahan lama. Agak agak bosan dan semak, memang aku tinggal. Kalau kawan tu kerjanya asyik nak menjatuhkan orang je, asyik nak kasik aku 'turn off' memang lagi lah cepat aku nak cipta gap, malas nak dekat dekat. Buat kempis beg duit aku.



Ah, malas lah nak cerita pasal kawan yang buat aku sesak nafas dah. Baik aku cerita kawan yang boleh bawak kau senang dunia akhirat. Ha, kawan macam ni memang aku tengah cari. Senantiasa. Bila senang aku tau siapa aku boleh ajak bantai ketawa sama-sama. Bila susah, aku tau siapa aku nak mengamuk lepas tu menangis. Bila tak ada duit, aku tau mana tabung dia yang aku boleh korek. Bila aku rasa tak tenang aku tau siapa bank gossip yang boleh ceriakan balik hidup aku.



Lagi lagilah sekarang. Aku taksub nak bina hidup ke arah kesenangan. Terus terang aku cakap, aku dah plan untuk masa hadapan. Umur yang dah nak 24 ni (hey, birthday aku dah dekat) aku rasa dah patut kot aku mengumpul sebanyak harta yang boleh. Jadi, selain keluarga yang sangat menyokong aku dan selalu buat aku rindu rinduan kat diorang, aku memerlukan kawan yang betul. Kawan yang boleh aku berangan sama sama. Bincang macam mana nak jadi lebih berguna dan menggapai bintang tertinggi di langit (aku harap barisan ayat aku yang kali ni ada orang guna untuk buat lirik lagu?). Hmmm..orang macam ni, aku melabur beringgit ringgit sampai aku kering kontang pun tak apa. Asalkan aku boleh curi belajar cara fikir nak jadi matang macam dia (poyo sayda. poyo poyo poyo). Macam gaya poyo pun tak apa lah.

Seterusnya, mestilah diri aku sendiri. Tak boleh nak bergantung pada jenis kawan je. Aku pun nak jadi kebal. Nak jadi pekak. Alang alang laluan aku macam dah mudah je aku nampak, aku nak rembat peluang yang ada. Tak mo lah gua nak main main sana sini dah. Nak kena letak sorang untuk jadi pesaing eh tak, role model untuk aku ikut, barulah rasa bergerak sikit. Kalau tak, sampai ganyut pun aku masih kat kerusi lama. Lepas tu macam mana aku nak kumpul emas dan turunkan wasiat banyak banyak kat anak cucu nanti.

Pung pang pung pang nanti aku tengok umur aku eh dah separuh abad. Masa tu taknak lah cek cek bank ada 2-3 ribu je. Busuk busuk pun, lepas kalau nak boleh beli cruise sebijik. Boleh bawak mak pergi memancing tengah tengah laut. Mesti dia suka. Ah, tak boleh bayangkan over excitednya bapak aku tebar jala atas kapal mewah yang aku belikan tu. Adik aku ambil gambar sendiri pakai handphone dia berlatarbelakangkan laut dan kucing kucing aku berlari lari atas kapal. Mintak mintak mak aku terbaca dan berbangga dengan cita cita anaknya ini. Amin.




p.s: sampai je rumah, aku tempek muka dengan yogurt lepas tu terus blogging. tak perasan bila masa semut merayap rayap kat muka aku, sedar sedar ada 6 ekor ha sekarang.

Tuesday, January 26, 2010

saya pernah berada di sini dulu

Dalam perjalanan pergi ke tempat kerja pagi tadi, aku jadi rajin pulak dengar berita kat radio. Tajuk berita tu kata kerajaan dah senarai pendek 20 sekolah terbaik dan ada prestasi tinggi untuk diangkat ke taraf dunia. Masa tu, aku macam terfikir, eh, sekolah aku ada ke. Tak sabar nak tau walaupun aku tau aku bukan lah produk yang berkualiti pun. Tapi, aku pernah cipta banyak (ceh, cipta) memori kat situ weh. Aku bangga aku pernah mastautin kat sekolah tu dulu.

1. Join band, macam biasa lah, kalau join band, boleh berlagak gila.

2. Join teater

3. Join dikir barat yang mencipta kontroversi sebab tok karut mengarut gila bawak baldi kat tengah tengah pentas.

4. Pernah lumba lari kat koridor. Pertandingan lumba lari antara ibu ibu mengandung. Saingan sengit antara aku dengan ecah.

5. Pernah saksikan kawan aku kena lempang dekat toilet sebab maghrib2 nak nyanyi lagu patriotik

6. Pernah berenang berenang kat swimming pool (adikkewek punya) dengan ecah, nani, affa, nk, lepas tu sekor sekor kena cubit dengan cik salnah

7. Setiap kali april fool sangggup berjaga malam semata mata nak letak ubat gigi kat spek mata junior. Habis gempaklah tu.

8. Hujung minggu menggelabah nak cari baju yang paling menarik untuk dipakai masa jalan jalan compound sebelum pergi tengok wayang singgit dengan kawan kawan.

9. Pernah mengamuk sakan sebab beruk belakang blok e kirai kirai aku punya shower span. Siut.

10. Pernah pura pura kutip sampah belakang surau sebab pak kamil tiba tiba berhenti motor dan aku tak pakai kain masa tu. Kain kat bahu. Konon gempak jugak.

11. Pernah beraksi bijak. Masa spotcheck pagi pagi, aku gunting renda kain dalam aku dan agihkan sama rata antara kawan kawan untuk diselit dekat stokin. masa cek, angkat sikit je kain. Mengaburi mata pengawas. Mintak maaf hazimah.

12. Pernah berebut rebut roti bilis dengan nooh kat koop.

13. Pernah rebut rebut kepak ayam dengan tempeh.

14. Pernah marah mak aji sebab dia kedekut, nasi goreng sikit sangat.

15. Pernah tapau nasi lemak dalam plastik banyak banyak lepas tu makan ramai ramai dalam kelas bawah meja.

16. Setiap rabu, tunggu lori roti depan dewan melati dengan ecah sebab nak mengepow roti potato. Selalunya abang tu kasik banyak gila.

17. Pernah saksikan besah buang kasut sendiri dalam tong sampah dan kaki ayam masuk kelas. Ah, besah masa ni memang macho habis.

18. Pernah gaduh dengan malika masa prep malam dekat dining hall. Siap baling baling pasu bunga.

19. Pernah kena kejar dengan minati masa teman nani bergayut malam malam. Aku commander crawling sepanjang panjang dari dining hall ke blok c. Cilaka kenteng.

20. Pertama kali dengar peribahasa, kalau cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari masa sessi kaunseling dalam bilik wawasan.

21. Pernah main 'speed' dekat bawah meja library. Taksub main daun terup sampai kitorang ada meja khas yang lukis lukis tempat letak kad dan tangan semua.

22. Pernah buat kek birthday untuk kawan kawan. Bajet sikit, jadi semua orang pun konfem pernah buat kek pakai kek apollo pastu curah milo kat atas kek. Habis kreatif.

23. Pernah berjaya takutkan budak kelas sebelah. Pakai telekung lepas tu jalan jalan kat tepi tingkap kelas diorang masa blackout prep malam.

24. Pernah menipu satu sekolah ada fire drill. Buat bunyi siren dan pakat ramai2 gerak gerak kan kerusi konon nak lari. Semua cikgu pun turut terpedaya.

25. Tak pernah ada selipar sendiri terutama sekali masa form 5 sebab asyik kena rampas. Jadi, sesiapa saja yang menyinggah kat dorm aku mesti seliparnya di'rampas' oleh kitorang.

26. Pernah buat saloon kat sekolah. Pelanggan tetap adalah leman sebab rambut dia kritikal sangat.

27. Pernah ketawakan besah yang suka tanya soalan tanpa disangka sangka.

28. Pernah tuang milo dalam mulut dan minum air. Kocak kocak air dalam mulut. Jadilah air milo.

29. Pernah buat snek milo.

30. Pernah main main choral speaking dalam dining hall.

31. Pernah nyanyi nasyid untuk blok e. Pakai baju putih sekolah, kain telekung, gunting gunting bedsheet junior untuk dijadikan selempang.

32. Masa SPM week memang genting, tapi sempat lagi nak gossip2kan aishi dan pedorn.

33. Banyak kali tak tidur malam sebab banyak sangat aktiviti melawat blok orang lain pada waktu malam.

34. Pernah ketawakan syasya sebab dia kantoi gelakkan cikgu tapi tak mengaku. Dia kata dia bercerita pasal hakimah form 3.

35. Pernah seram sejuk dengan cerita cerita hantu kat sekolah. Juga tak lupa cerita misteri kereta eliza terbakar.

36. Prep malam selalu konon nak buat kelainan. Pakai baju kurung, tapi kain orang lain punya. Main tukar lah.

37. Pernah tengok affa mennagis sebab bantal hijau dia terburai terkena kipas. Diorang buat baling baling.

38. Pernah panggil syaf cokan.

39. Pernah konon konon nak menjadi pengunjung tetap study room. Siap hias hias meja masing masing. Gantung kain lah, tampal kertas lah. Tapi datang study room memekak nyanyi lagi where's the love, telefon radio buat dedication sampai cikgu mata lalat mengamuk.

40. Takpernah ada beg sekolah yang betul. SELALUNYA PAKAI BEG PLASTIK. Aku cuma ingat pernah pakai beg merah lubang lubang. Tu pun ecah punya.

Kalau aku nak list panjang panjang pun, aku tak rasa ramai yang faham kenapa aku sayang sekolah aku. Cukuplah beberapa orang yang faham pun bagus. List panjang panjang pun, kenapa aku lupa nak letak aku pernah belajar bersungguh sungguh kat situ ah? Haha. Aku bangga aku Srikandi Tun Fatimah.

Tak larat nak upload semua gambar kenangan aku kat sekolah tu dulu. Tapi, cekdiout je.




Ni lah tujuan aku menulis post kali ni sebenarnya. Selepas dah 7 tahun tinggalkan sekolah, aku rasa tak salah kalau aku tumpang berbangga. Sebab aku pernah ada kat situ dulu. Bangga bangga. Nak lagi puas hati ketik sini.

p.s: Persyaitankan apa orang kutuk pasal sekolah. Yang penting aku tetap nak bangga. (aku nak buat kuiz lah, cuba kira berapa kali aku sebut 'bangga' dalam post ni? haha)

Saturday, January 23, 2010

aku benci hobi

Kalau semua orang sekarang tengah gila gila nak ada hobi, aku tak nak. Hobi tu menyakitkan hati. Aku meluat, makan hati, tercabar segala dengan hobi. Semua yang ada kaitan dengan hobi ke apa lantut segala, aku pangkah.

Daripada kau ada hobi, baik kau fikir pasal cita-cita. Berangan berangan pun berangan pasal buat duit. Bukan habiskan duit.

Aku percaya yang kita boleh lalai sampai tak ingat orang sekeliling pentingkan diri sendiri bongkak cakap besar lupa anak anak bini kawan kawan, dan akhirnya, boleh kehilangan semua benda lain terus. Masa sedar semua dah hilang ke lari ke apa adalah masa hobi yang kau gila gilakan satu masa dulu tu dah lopek. Hm, hobi tu fenomena sahaja.

Kau peduli apa hal ehwal sekitar kau bila dah pegang hobi.


Dahlah. Sekian.


Err...tak baik dik, hanya sayang mak bila mak bagi cookies je.




p.s: Hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu adalah hari kerja. Ahad pun kerja juga. seronok woo.

Thursday, January 21, 2010

Here's the secret

Dua tiga hari ni, aku join satu misi penting secara tak sengaja kat tempat kerja aku. Misi yang geli geleman. Kenapa diorang mesti tak nak halau tikus tikus yang ada kat tempat aku tu? Seriau gila. Sampai aku rasa nak draft balik surat resign. Nasib baik ada kapten kenteng. Dapat lah sekor(tengkuk aku sekarang rasa geli-geli, shit). Selalunya, pagi-pagi buta samapai ofis, aku dah mengadap komputer, tapi hari ni, aku melepet kat meja orang sebab aku nak jauhhhhhhhh sangat dari perangkap tikus yang dekat dengan meja aku. Kurang asem punya tikus.


Daniel rasa dia tak layak sandang jawatan baru tu dan dia kecewa gila bila dia blah dari company tu, company tu macam tak rasa apa apa kehilangan. Kesian.

Tapi, Daniel rasa bertuah sebab dengan jawatan yang sempat dia sandang masa kat company lama dan experiences yang boleh tahan lumayannya tu, Daniel tak rasa susah pun nak cari kerja lain. Kat tempat kerja lama, dia banyak belajar pasal cara cara berkomunikasi dengan orang secara profesional. Macam mana nak present product dan service yang company dia offer. Dan dia pandai jugak bab tawar menawar harga dengan client semua. Hebat tak hebat lah. Tapi, dia tak perasan.

Memang susah masa ingat dia tak dihargai oleh company dia dulu. Rasa hilang keyakinan, tak ada kawan kawan menyokong, dan pihak pentadbiran pun asyik buat kacau. Tapi, dari segi lain, Daniel patut bersyukur sebab dia dapat benda-benda lain. Dia sebenarnya dapat belajar control career dia dengan lebih baik lepas tu dan improve dia punya long term prospect. Bagus kan.


Masa yang baik untuk memajukan diri sendiri adalah bila kau rasa sempit atau sibuk mencari kemudahan kat tempat lain. Masa tu, kau akan belajar semua skil baru yang boleh mencabar diri sendiri dan biarkan diri sendiri develop dengan idea idea kau yang baru untuk ke mana kau nak pergi nanti.

Aku tak kenal pun siapa Daniel. Main petik je sebab nama omputih selalu nampak bijak. haha. Aku saja reka cerita sebab aku nak motivasi diri sendiri lepas aku fikir balik career plan aku. Berangan sikit je. Aku nak tempat paling atas macam mana sekali pun.

Nah. Gambar tikus-aku-tak-nak-tengok-pun-sebab-tangan-kaki-tengkuk-aku-rasa-lain-macam-bila-terpandang-dia.



p.s: letih nak buat diri sendiri bercakap benda yang bukan merapu.

Monday, January 18, 2010

kalau dah tak selera makan

Entah berapa kali agaknya aku cuba tengok majalah makanan, buku resipi, rancangan masak masak kat tv, masuk keluar dapur, pergi semua kedai makan yang aku pernah suka dulu. Ni semua semata mata nak timbulkan balik nafsu makan aku yang hilang pergi mana tah. Risau jugak. Macam macam usaha dan tawakal dah aku buat untuk berselera makan balik.

Kawan aku pernah kata, 'hey sayda tak eloklah makan cili', tak pun 'kau minum air suam sebab nak saving eh', yang paling selalu dia kompelin adalah 'kau pegang sudu buruk tak boleh bawak pergi majlis'. Ok, sejak aku kena kutuk macam tu, selera makan aku terus putus. Tak tahu apa salah aku, padahal aku tak pernah pun kutuk dia apa apa. Aku mangsa keadaan.

Mati akal dah. Aku nak balik selera makan aku.




Dari gambar 1 hingga 4, semua rupa aku yang tak lalu makan. Walaupun makan kat tempat kelassss, bos bawak. Kesian dia. Sia sia bawak aku.


Hiburan malam ni. Tertarik betul dengan gaya nyanyi lululele dan mata kenyit kenyit dia. Dah, tengok je.




p.s: dalam satu pinggan ada kismis sebiji, kuih samosa atau maggi masak kicap, kerepek bawang 2 keping dan 1 chewing gum pendek.

Sunday, January 17, 2010

Kasihkan kereta tangan-tangankan

Hari tu balik dari kerja, aku bawak kereta laju. Laju yang luar biasa. Tiba-tiba sampai satu selekoh ni, entah bila satu van ni keluar gelojoh nak mampus. Dia himpit himpit kereta aku. Nak jugak masuk jalan aku. Tak nak mengalah. Eh, lebih lebih pulak van ni. Apa lagi. Aku himpit balik. Guna semua skill selit menyelit aku, dan macam biasa, kereta aku berdesup cepat memancung van tu. Akhirnya, van tu makan asap kereta power aku.

Haha. Aku mana berani buat macam tu. Berani berani ayam je. Bawak laju pun sebab nak elak orang ramai perasan kereta aku yang dah macam belacan.

Petang tadi, lepas melihat kereta aku mempunyai lapisan pembedakan yang melampau lampau tebalnya, aku rasa dia perlu mandi. Tapi, ajak adik saudara lah sebab konfem tangan aku tak larat buat sorang.

Kau tengok. Bedak tebal sampai orang boleh buat onar kat kereta aku. Heh, aku sendiri yang conteng.


Meh, aku kongsi sedikit tips membasuh kereta supaya lepas tu boleh pandu kereta perlahan lahan sebab dah bersih bergaya dan menggamit perhatian orang ramai. (ni macha kat snow wash pun tak aplikasi tau)

1. Basahkan keseluruhan kereta dengan air. Tadi aku terkejut, bukan senang comot-comot tu nak tanggal rupanya.

2. Gosok kereta dengan kain dan sabun. Usaha lebih sikit masa ni sebab kotoran sangat degil. Kurang asam punya asap lori.

3. Bilas kereta sambil gosok dengan kain.

4. Ulang langkah 2 dan 3 beberapa kali sampai puas hati. (aku ulang sampai stress gila)


5. Biar kereta kering kejap sebelum tempek liquid wax kat atas permukaan kereta. Usap dengan tenang secara berputar putar.

(Cara membersih tayar dan bahagian dalam kereta aku cerita lain kali, tangan dah kebas sebab basuh kereta tadi)

Kereta dah bergilap gila. Maka, kena buat aksi berbangga. Pakai baju 'I love London'. But, don't worry malaysia, I love u more.


6. Sebelum tinggalkan kereta dengan selamat, pakai kan baju. Takut demam.



Tangan aku sumpah tengah bisa-bisa sekarang ni. Terpaksalah aku ambil cuti sakit esok. tak daya nak bangun. haha.


p.s: Bila tengok adik saudara aku ni 'mabuk asmara', teringat pulak masa aku mula mula jatuh cinta dulu. Cis, gatal gila rupanya muka aku masa tu.

Thursday, January 14, 2010

it is suppossed to be kept locked.

Pernah tak kau punya niat disalah anggap? Bila kau rasa prihatin dengan seseorang tapi dia tak faham. Aku baru belajar something hari tu. Tak semua benda tentang hal kawan kita, kita boleh ambil tahu. Kadang-kadang kalau kau tahu sekalipun, tak boleh bagi dia tahu yang kau tahu. Diam-diam sudeyyy. Sekarang aku dah faham. Bukan semua orang macam ecah, nani, shuze, wanita, affa, azeela, mye..yang suka kongsi cerita sesama sendiri. Ha, ni yang buat aku rindu nak jumpa diorang ni. Mulai hari ni, aku nak jadi perahsia lah. Haha.


Hehe, aku nak je tolong tolakkan baby ni.




p.s: menemui skandal baru. ecececeh..

Tuesday, January 12, 2010

Untung anak pertama

Aku sebagai anak pertama dalam keluarga selalu sibuk sibuk fikir dan banding best ke jadi anak sulong. Mana tau lagi best jadi anak kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan, kesepuluh..


Dua orang yang bertanggungjawab menghasilkan aku sebagai anak pertama. Pose macam masa bersanding atas pelamin.


1. Bila kau dilahirkan sebagai anak pertama, selalunya atuk nenek belah mak ayah kau berebut nak letak nama cucu. Mak bapak kau apatah lagi. Masing masing berlumba nak keluarkan idea kretip. Maka, keluarlah nama Puteri Jelita Sarah Zulaika Rafflesia. Yang lelaki pulak, Mohd Azrul Istana Cinta Menanti. Masuk anak kedua dan seterusnya, dah takde siapa larat nak fikir nama hebat biasanya. Nak nak yang last. Hah, hambek kau. Rohana.

2. Selalunya anak pertama ni selalu ditunggu tunggu. Excitement nya luar biasa sikit. Semua tunggu nak tengok anak pertama. Masa tu, cinta mak bapak masih utuh. Yalah, hasil pertama. Haha. Masuk yang kedua ketiga, aku tak tahu.

3. Anak pertama biasanya akan dapat semua baru. Dari kau lahir, sekolah, sambung belajar mana mana, kahwin, sampailah kau lahirkan anak pulak. Adik kau mesti terpaksa pakai yang recycle punya. Tengok buku teks sekolah, ada nama kakak.

4. Sebagai anak yang pertama, kau boleh memenangi hati mak bapak lebih. Masa adik kau baru pandai kira sikit sikit, masa ni kau boleh lah tunjuk pakar. Kau tunjuk lah kau hebat kira kira pengkamiran pakai kalkulator saintifik. Barulah, mak kau kata, hah adik, tengok kakak. Pandai dia. Kan best?

5. Kau boleh menjadi penasihat yang dihormati kalau kau jadi anak pertama bila kau banyak pengalaman untuk kau share dgn adik adik kau. Yang ini tak boleh. Yang itu pun tak boleh. Adik kau nak bercinta dengan lelaki tu, kau nasihat. Tak boleh, lelaki tu pengotor. Kuku dia hitam hitam. Sebab kau dah jumpa banyak lelaki. Masa ni, mesti adik kau sikit sikit minta idea kau. Bangga betul.

6. Jadi anak pertama seronok. Mak bapak selalu rindu. Sebab bila dah ada adik, automatiknya, kasih sayang mak bapak kau dah beralih. Beralih ke adik. Jadi, kurang dah masa bermanja manja. Masa ni mungkin mak bapak kau tak perasan sangat. Tapi, bila kau dah besar, dah duduk jauh dgn mak bapak kau kau akan selalu dirindui. Hari hari call tanya makan apa, buat apa, pakai baju apa, sakit dada lagi tak. Semua dia tanya. Ala, rindu lah tu.

Aku anak pertama. Jadi aku rasa beruntung.


p.s: hari ni sibuk gila. mata aku dah macam terkeluar dari soket.

Sunday, January 10, 2010

bila kena buat pilihan

Aku tak dapat pilih. Sekarang ni aku rasa bersalah sebab terpaksa pilih salah seorang dan bukan dua dua nya sekali. Masalahnya, dua dua aku sayang. Dua dua aku cinta. Kalau boleh, aku memang nak belah hati aku. Biar dua dua pun dapat.

Macam ni lah rasanya bila kau ada dua jejaka yang berjaya curi hati kau. Buat kau jatuh cinta sedalam dalamnya. Tak sangka pulak jadi macam ni. Aku ingat rasa suka kat dua dua tak jadi masalah. Rupanya, aku, dia dan dia sekarang terseksa gila weh. Bukan nak berlagak ke apa bila aku cerita aku ada 2 cinta yang kejar aku sekarang.

Bila aku jumpa yang kat sini, aku pegang, aku belai rambut dia, aku peluk peluk cium cium dia rasa macam terawang-awang. Dia suka aku manjakan dia. Rasa macam kat dunia ni cuma ada aku dengan dia je. Bila aku jumpa yang satu lagi pulak, walaupun agak pasif dan dingin, tapi aku tau setiap kali pun dia sebenarnya cuba ambil hati aku. Aku tau dia sayang aku dan perlukan aku. Pantang dapat tangan aku, cepat je dia nak pegang. Rasa menjalar jalar sayang dia kat aku bila dia pegang tangan.

Malaslah bila kena pilih. Taknak kecil kan hati mana-mana pihak. Tak sampai hati bila kena buat pilihan. Dua dua ada dalam hati aku sekarang. Kat tempat yang kukuh. Tak ada masalah untuk aku kasi kasih sayang seadil adilnya. Jadi, aku tekad untuk tak akan pilih. Aku nak dua dua.

Aku nak Ciko.






Garfield pun aku nak.







p.s: nak ulang balik kenangan nyanyi perpisahan terasing. aku nyanyi sedap gila. cayalah!


Friday, January 8, 2010

Hati aku terguris

Aku tak sure macam mana nak mula. Perasaan aku bercampur aduk. Dah banyak kali aku tahan, sabar dan cuba anggap itu tak sengaja. Tapi, makin lama, aku jadi konfius. Semata-mata aku tak nak hilang dia, aku lupakan je perasaan pelik aku ni. Semata-mata tak nak tak bercakap dengan dia, aku buat-buat tak kisah.

Kadang-kadang bila jumpa, rasa dia memang sayang. Kadang-kadang rasa dia memang tak kisah pun aku ada ke tak ada. Macam tak hirau lah. Malas nak tanya sebab aku tau dia tak suka ditanya. Dan, aku pun macam lebih waras pulak bila aku buat tak tau. Walaupun lepas tu aku terasa hati jugak (terguris gila sebenarnya). Ah, tak apa, aku kuat. Ah (eh, berapa kali ah?), cincai cerita, aku anggap aku dah nak menstruasi. 2010 akan jadi tahun aku jadi sangat tak berperasaan. Selamat tinggal cinta (eee, geli pulak aku ayat-ayat minah bunga tak siap ni).

............................................

Tadi, belek fesbuk. Aku terhibur gila dengan satu kelompok gambar ni. Suka suka suka suka sangat!! Hahaha. Kawan punya teman lelaki punya kawan aku punya gambar. Sorry ambil without permission. Aku teruja nak abadikan gambar korang dalam blog aku. Untuk bahan tatapan aku juga sambil minum teh cicah dengan biskut hupseng petang-petang di hari tua kelak (teh tawar, sebab tua nanti aku rasa aku ada kencing manis).


Ekin mesti tercabar sebab dia sebagai perintis tudung ni tapi belum terfikir pun untuk gayakan tudung macam diorang.


p.s: i hate to say i hate u


Wednesday, January 6, 2010

koleksi muka kelakar


Habis tergendala semua kerja menjahit lengan baju aku gara-gara terjumpa balik gambar ecah yang kelakar. Perit perut aku. Memang tak akan jadi model sampai bila-bila lah kalau muka masing-masing bila bergambar tak reti nak behave. Untuk gambar di atas, aku dendam dengan kau ecah.


Agak lama lah jugak aku nak teka siapa ni. Padahal kawan sendiri.




Semua muka nani aneh-aneh


Hidung tak reti kontrol. wtf?



Ekspresi wanita masa sebelum bercerai


Ini gaya rok


Miken lotang (nama toink syaf dan aimisabri)


Hanya boleh harapkan putih bawah mata je


Aksi macho wanita. Sumpah buat aku gelak.


Joyah gila aku


Mula-mula aku terpikir macam mentol je, lama-lama tengok macam casper pun ada.



Men-takut-kan


Retro terbaik



Perempuan yang akan mengakhiri zaman bujang tak lama lagi. Sungguh menawan.


Mikael (anak sedara ecah, kalau kau nak kenal siapa mikael, ha ni lah dia)



Ecah= hyperactive

Pengapit tak guna


Bushy-bushy nya kening kau ecah.


Keliwon


Conclusion: Nani memang macam mentol.


Haha.sabri yunus

Kelakar sepanjang zaman. Kalau tak ketawa kau bukan manusia normal.


p.s: semalam bincang pasal penjanaan wang buat aku sedikit kerasukan hari ni. terima kasih azmi.