Thursday, January 28, 2010

ke depan tak boleh ke belakang pun tak boleh

'Hari ni aku nak balik awal la weh. Hari hari yang aku nak bersandar je tanpa buat kerja, asyik tak menjadi je.'

'Aku pun nak balik awal. Tapi esok kau kena janji tolong aku. Bos suruh aku buat prepare apa tah, tapi aku tak reti.'

'Ah, senang je. Tapi, kena cakap macam ni dulu, 'tolonglah saya gadis jelita, tolonglah saya gadis jelita.'

'Baiklah. Tolonglah saya gadis jelita, tolonglah saya gadis jelita.'




Lepas ambil syiling dari tabung kebajikan (untuk bayar tol), aku pergi ke kereta. Panaskan enjin jap, tekan tekan minyak, bila enjin dah menderum, orang sekeliling dah jeling jeling sebab iri hati, nak2 yang parking depan aku tu, semacam je usha kereta aku, tau lah, kereta aku laju macam rimau bintang. Aku pun gerak. Lupa nak cerita, sebelum gerak, pastikan gaya mesti ada. Aku pakai cermin mata hitam bapak besar konon selari dengan kehebatan kereta aku. Gaya weh gaya.

Sambil drive berlatarbelakangkan bunyi radio yang hiruk pikuk gila, aku makan goreng pisang. Siut. Aku beli tapi tak laku. Budak budak ni bukan nak makan kasi habis. Daripada nanti mak menti makan lepas tu berkampung kat opis aku baik aku ambil semula. Buruk siku pun buruk siku lah.

Aku bajet bila lalu depan satu sekolah ni dah shortcut. Tiba tiba jalan kat situ sesak terkepam. Mampus. Aku dah kat tengah tengah jalan depan sekolah. Kereta penuh tepi tepi. Kat depan aku ada kereta masuk dari jalan besar. Belakang aku pun ada kereta jugak. Lama jugak aku fikir nak buat apa. Aku ingat kereta depan mengalah dan dia bagi laluan kat aku. Tapi, tiba tiba eh, kenapa apek nyonya keluar depan kereta aku buat isyarat suruh aku reverse. Oh, rupanya kereta belakang aku pun dah reverse. Tunggu kereta aku je nak kena reverse gak sebab nak kasik kereta dari depan lepas. Jap lagi budak budak habis sekolah. Lagi lambat aku gerak, lagi parah lah aku.

Jadi, aku reverse. Baru ke belakang sikit dah ada nyonya tepuk tepuk kereta aku suruh aku stop sebab aku dah nak langgar kereta orang. Jadi, aku ke depan sikit nak ambil lajak sebab nak reverse balik. Reverse sekali lagi, aku dah disuruh berhenti sebab aku nak langgar kereta sebelah sini pulak. Ke depan balik. Ke belakang balik. Bukak tingkap sebab senang orang orang kat luar nak mengarah aku. Makin lama makin ramai orang yang tadi tunggu dalam kereta keluar sebab mungkin nak tengok apa yang kecoh kat luar. Aku la sumber kekecohan. Berkali kali aku reverse forward, tapi gerak setakat sekangkang je. Macam mana ni? Tangan aku dah basah basah berpeluh ni. Goreng pisang aku dah tak rasa apa.

Datang lah satu apek ni, pakai helmet turun dari motor kapcai dia dari belakang. Dengan heronya, dia tawarkan diri tolong reversekan kereta aku. Aku keluar kereta. Malas nak fikir panjang sebab makin lama jem yang aku buat depan sekolah makin teruk. Sampai melibatkan jem dari jalan besar depan aku. Aku keluar je kereta, apek tu reverse kan kereta aku bukan main laju dan sekejap lagi. Tiba-tiba aku dengar orang kat situ semua tepuk tangan. Tepuk ramai ramai meraikan kejayaan kereta aku dialihkan dan menyelesaikan masalah lalu lintas. Aik. Apa tu? Vavi betul! Malu betul.

Sebelum masuk kereta aku semula, ada satu nyonya ni tepuk bahu aku. 'Amoi, baru dapat lesen ka?' Aku dengan rendah diri nya mengangguk. Gila ke apa. Aku dah dapat lesen nak dekat 7 tahun!! Kurang asam punya nyonya.

Tebalkan muka, aku sambung drive balik rumah. Eh, goreng pisang aku ada lagi rupanya. Sebelum keluar tadi, aku rupanya letak pisang goreng aku atas dashboard. Nasib baik tak kena rembat dengan apek tadi. Dia memandu pakai helmet woh.




Malas dah nak fikir apa cara nak improve skill memandu aku yang sangat aneh ni.


p.s: aku rasa aku boleh je reverse kereta sendiri tadi, tapi aku penat dan mengantuk sangat tu..tak fokus

No comments: