Saturday, January 30, 2010

sayangku sebanyak gulungan kerinting di rambut

Hari ni aku kerja walaupun hari ni cuti wel wel. Dah lama rasanya aku tak tidur 12 jam macam selalu. Nak buat macam mana. Tapi, aku ikhlas. Lagipun, memang perlu untuk elak apa apa unsur penjajahan di opis aku.

Balik dari opis, aku tetap gatal gatal nak update blog kesayangan. Kejap lagi nak balik kampung. Ada kenduri apa tah. Aku lupa. Tadi mama ada sebut, tapi mcm panjang sangat je nama kenduri tu. Haha. Nanti sampai kampung, aku tanya lagi.

Aku selalu tak tau sekarang nak buat apa kat kampung. Tengok adik adik sedara aku pun, bukannya diorang buat apa apa aktiviti pun. Lebih lebih lagi sejak nenek dah pasang astro. Tak aktif langsung.

Aku dulu masa kecil, pantang balik kampung. Baju konfem kena bawak superrr extra. Sebab aku tau aku main main kat kampung sampai belacan. Tak boleh duduk diam mak aku kata. Macam beruk makyeh.

Geng belacan


Depan rumah nenek aku ada sekolah rendah. Dulu, sekolah tu macam tak ada pagar je. Sesiapa pun boleh masuk tak kira lah bila bila. Jadi, port aku nak main setiap kali balik kampung memang sekolah tu lah. Kalau tengah hari mak aku nak cari aku suruh makan tengah hari, dia pasti akan cari aku kat sekolah tu. Tu kira markas aku lah. Tengah tengah hari pun tak reti balik rumah. Patutlah sekarang aku agak hitam.

Macam macam permainan aku buat dalam sekolah tu. Hah, pedulik apa aku masa tu. Sekolah tu sekolah orang ke apa. Nak nak arwah atuk aku ketua kampung. Haha. Aku pernah bawak kasut roda balik kampung. Masa tu, kalau kau tak ada kasut roda memang kodi. Main kasut roda dengan sedara mara aku kat padang diorang. Rasa hebat bila ada budak budak kampung yang curi tengok aku meluncur. Tapi, aku tak kedekut. Aku ajak ajak ayam.

gambar lama


Ha, kat sekolah tu jugak lah aku hampir kehilangan adik aku sapikah. Ni mak aku tak tau. Aku simpan rahsia ni baik punya. Masa tu, aku main main kat tepi kolam ikan kat sekolah tu dengan sedara mara aku. Aku sibuk main conteng conteng kat lantai tepi kolam tu dengan sedara aku. Conteng apa aku tak ingat. (Kat sekolah orang pun, kenapa aku berani nak buat vandalisma, haha). Adik aku masa tu kecil lagi. Tak silap, umur dia setahun lebih kot. Sebab dia masih lagi pakai pampers. Aku kakak yang baik. Nak pergi main dengan kawan kawan pun, aku tetap bawak adik aku walaupun dia kecil lagi. Tengah syok menconteng, aku dengar bunyik air terpercik. Aku tengok, eh, adik aku dah terjatuh dalam kolam. Cuak cuak. Ya Allah, macam mana ni. Dah lah aku nak sangat adik, Tapi aku tak jaga adik betul betul pulak. Tanpa buang masa dan tak sempat pun nak gelabah gelabah, aku tarik adik aku keluar. Dia cuma terjatuh separuh badan. Kepala dalam air. Nasib baik adik aku gemuk. Perut dia buncit lah sebab aku senang nak tarik kaki dia keluar sebab perut dia tersangkut kat tepi. Kesian dia, masa dalam kolam tangan dia mengocak-ngocak air dari dalam.

Aku lap badan adik aku sampai kering, perah pampers dia, pastu aku bawak dia naik basikal keliling sekolah banyak kali sebab nak kering kan rambut dia. Nak hapuskan bukti. Adik aku baik betul. Dia tak menangis pun walaupun perut dia luka sikit masa aku nak tarik dia keluar.

Oklah, aku nak kemas bag. Tadi aku cuma masukkan tuala wanita sahaja ke dalam bag. Chow da mow!

p.s: nak kena bawak balik maruku untuk kawan kawan. kalau tak nanti kena ungkit.

No comments: