Aku dah rasa 'kurang' dengan individu-individu tertentu kat opis aku. Semuanya kerana aku rasa dia memperlekehkan aku. Entah apa masalah, tak pasal pasal nak menghina aku. Tapi tak apa, selagi aku tau apa aku buat dan jauh mana aku boleh pergi dah cukup. Bukan nak bongkak. Tapi, aku sengaja nak bakar semangat sendiri untuk maju setapak ke hadapan (hm.. aku macam baca syarahan).
Dalam hidup aku kan, aku selalunya fikir macam mana nak berhibur je. Apa-apa lah, asalkan aku boleh gembira-gembira sudah. Dan dalam berhibur ni, aku memilih kawan. Selalunya memang aku nampak budiman sebab konon aku ramah dengan semua orang. Semua orang aku kawan. Haha. Aku belajar cara orang tu sebenarnya. Kalau kawan tu aku tengok jenis tak mendatangkan faedah buat apa aku nak tahan lama. Agak agak bosan dan semak, memang aku tinggal. Kalau kawan tu kerjanya asyik nak menjatuhkan orang je, asyik nak kasik aku 'turn off' memang lagi lah cepat aku nak cipta gap, malas nak dekat dekat. Buat kempis beg duit aku.
Ah, malas lah nak cerita pasal kawan yang buat aku sesak nafas dah. Baik aku cerita kawan yang boleh bawak kau senang dunia akhirat. Ha, kawan macam ni memang aku tengah cari. Senantiasa. Bila senang aku tau siapa aku boleh ajak bantai ketawa sama-sama. Bila susah, aku tau siapa aku nak mengamuk lepas tu menangis. Bila tak ada duit, aku tau mana tabung dia yang aku boleh korek. Bila aku rasa tak tenang aku tau siapa bank gossip yang boleh ceriakan balik hidup aku.
Lagi lagilah sekarang. Aku taksub nak bina hidup ke arah kesenangan. Terus terang aku cakap, aku dah plan untuk masa hadapan. Umur yang dah nak 24 ni (hey, birthday aku dah dekat) aku rasa dah patut kot aku mengumpul sebanyak harta yang boleh. Jadi, selain keluarga yang sangat menyokong aku dan selalu buat aku rindu rinduan kat diorang, aku memerlukan kawan yang betul. Kawan yang boleh aku berangan sama sama. Bincang macam mana nak jadi lebih berguna dan menggapai bintang tertinggi di langit (aku harap barisan ayat aku yang kali ni ada orang guna untuk buat lirik lagu?). Hmmm..orang macam ni, aku melabur beringgit ringgit sampai aku kering kontang pun tak apa. Asalkan aku boleh curi belajar cara fikir nak jadi matang macam dia (poyo sayda. poyo poyo poyo). Macam gaya poyo pun tak apa lah.
Seterusnya, mestilah diri aku sendiri. Tak boleh nak bergantung pada jenis kawan je. Aku pun nak jadi kebal. Nak jadi pekak. Alang alang laluan aku macam dah mudah je aku nampak, aku nak rembat peluang yang ada. Tak mo lah gua nak main main sana sini dah. Nak kena letak sorang untuk jadi pesaing eh tak, role model untuk aku ikut, barulah rasa bergerak sikit. Kalau tak, sampai ganyut pun aku masih kat kerusi lama. Lepas tu macam mana aku nak kumpul emas dan turunkan wasiat banyak banyak kat anak cucu nanti.
Pung pang pung pang nanti aku tengok umur aku eh dah separuh abad. Masa tu taknak lah cek cek bank ada 2-3 ribu je. Busuk busuk pun, lepas kalau nak boleh beli cruise sebijik. Boleh bawak mak pergi memancing tengah tengah laut. Mesti dia suka. Ah, tak boleh bayangkan over excitednya bapak aku tebar jala atas kapal mewah yang aku belikan tu. Adik aku ambil gambar sendiri pakai handphone dia berlatarbelakangkan laut dan kucing kucing aku berlari lari atas kapal. Mintak mintak mak aku terbaca dan berbangga dengan cita cita anaknya ini. Amin.
p.s: sampai je rumah, aku tempek muka dengan yogurt lepas tu terus blogging. tak perasan bila masa semut merayap rayap kat muka aku, sedar sedar ada 6 ekor ha sekarang.
No comments:
Post a Comment